i walked the dollar..


Minggu lepas saya telah selesai membaca buku tulisan Dr. Saiful Bahri yang berjudul “I Walked The Dollar”, iaitu sebuah buku terbitan sulung IrfanKhairi Sdn. Bhd.

Buku ini saya dapat percuma dari dr. irfan khairi menerusi blognya.

Pertama kali melihat buku ini, saya sebenarnya agak “blur” dan tertanya-tanya, apakah topik yang diutarakan di dalam buku ini. Tetapi setelah membaca bab pertama buku ini, baru saya tahu.. rupa-rupanya.. buku ini menceritakan tentang “Bagaimana Menjadi Seorang Jurujual Yang Hebat”…. ( macam mana lah saya boleh tak perasan perkataan “Proven Strategies on How To Become A Great Salesperson” yang terdapat di kulit buku ini..oh!)

Isi kandungan buku ini agak menarik.. ia menceritakan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang jurujual bermula dari mencari prospek hinggalah kepada perkhidmatan selepas jualan. Semuanya diceritakan dengan lengkap.

Bagi saya buku ini amat sesuai untuk bacaan orang-orang yang terlibat secara langsung dengan bidang kejurujualan seperti ahli MLM, penasihat insuran, agen unit trust dan juga bagi sesiapa sahaja yang bidang kerjanya bersangkut-paut dengan aspek “penjualan”.

Secara keseluruhannya.. saya berikan buku ini 2 setengah bintang daripada 5… oh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “i walked the dollar..

  1. Ha ah!. kalau bagi mereka yang cenderung kepada perniagaan internet.. memang buku ini agak kurang menyeronokkan untuk dibaca. Sebab dia lebih kepada bagaimana menjadi jurujual.. bagaimana hendak menelefon prospek. membuat temujanji.. membuat presentation dan sebagainya.

    Kalau bagi mereka yang pernah memasuki bidang insurans @ unit trust.. saya percaya.. semua perkara itu telah diajar sewaktu di dalam kursus & training mereka…

    Jadi.. saya rasa.. buku ini lebih sesuai kepada golongan yang baru hendak berjinak-jinak (newbie) menjadi seorang jurujual..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>