3waylinks.net…. berhasilkah?
August 29th, 2007, by shuth

3waylinks.net…. berhasilkah?

Pada bulan lepas, saya ada buat review di blog ini tentang betapa kecewanya saya melakukan urusniaga jual beli dengan pihak jonathan ledger bagi produk terbarunya yang diberi nama 3waylinks.net, bagi yang belum baca , anda boleh baca di sini.

Sebenarnya, selepas saya menulis entry tersebut, saya telah pun membuat dispute kerana kecewa dengan khidmat layanan pelanggannya yang agak perlahan. namun begitu, kes tersebut telah diselesaikan dengan cara baik apabila pihak jonathan telah memberi maklumbalas terhadap permasalahan saya dan saya pun telah menarik balik permohonan dispute tersebut.

Setelah itu, saya merancang untuk membatalkan “subscription ” saya… namun malangnya.. saya terlupa untuk membuat”unsubscribe” sehinggalah terlepas tempoh sebulan dan menyebabkan akaun paypal saya di caj secara automatik untuk membayar subscription tersebut.

Oh!… saya agak terkilan sedikit.. tetapi setelah membuat kiraan cashflow.. kerugian tersebut masih boleh diterima dan saya mengambil sikap untuk memberikan tempoh sebulan lagi untuk melihat keberkesanan teknik 3waylinks.net ini. Saya telah memasangkan script ini kepada 3 daripada XX buah laman web saya..

Hasilnya?… anda boleh lihat dibawah…

Ini adalah screenshoot akaun google adsense saya, bagi 3 buah website saya SEBELUM diletakkan skrip 3waylinks.net, iaitu pendapatan pada 1 Jun – 30 June

Sebelum guna 3 wayslinks.net

dan dibawah ini pula.. screenshoot akaun google adsense saya bagi 3 buah website tersebut SELEPAS guna 3waylinks.net , iaitu antara 1 – 28 August

selepas guna 3waylinks.net

Secara zahirnya.. kelihatan.. earning saya telah meningkat hampir 4 kali ganda.. namun begitu.. jika ditolak dengan harga kos “subscription” yang bernilai USD47 sebulan…. earning saya sebenarnya telah berkurang.. iaitu..

Sebelum : $14.66 (bersih)
Selepas : $50.30 – $47 = $3.30 (bersih)

Kesimpulannya…. teknik yang digunakan oleh 3waylinks.net ini memang agak berkesan dan bagi saya, ianya amat sesuai untuk anda yang malas tidak tahu bagaimana hendak membuat promosi untuk website anda. Ini kerana, sebelum ini, saya telah hampir mati akal bagaimana hendak mempromosikan 3 buah website saya tersebut. Maklumlah, 3 website tersebut bukanlah sebuah blog yang mempunyai kandungan yang hebat yang mampu menarik trafik yang fresh.. tetapi, ianya hanyalah website statik yang terbiar & “usang” . Dengan teknik 3waylinks.net ini, ia serba sedikit dapat menceriakan (menghasilkan duit) semula  website saya yang terbiar itu.

Kalau nak mencuba.. boleh lawati 3waylinks.net . Pastikan anda mempunyai lebih dari satu website untuk diletakkan skrip 3waylinks.net ini.

Yosh!

Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

16 comments Subscribe Comments

  1. Hello Shuth, komen pertama saya kat sini rasanya. Mcm boleh tahan je 3 way links nie. Ada possibility kena google slap tak? Rasanya ni mcm paid link je kecuali teknik ni 3 hala.

    Result pun mcm ok je. CTR ada mcm naik mendadak tak? Klu naik obvious sangat, risau klu google tetiba take action mcm case guna F2R kat wangcyber tuh plak.

  2. Tahniah Shuth!

    Kadang2 sesuatu teknik tu memerlukan masa.

    Cuma tertanya-tanya, kenapa Shuth galakkan perlu ada lebih dari satu laman web? Adakah ia ada kaitan mcm faktor pemboleh-ubah ke agar dapat hasil yg baik?

    ps. Saya tak tahu sangat pasal 3waylinks ni. Tu yg tanya. ;)

  3. zaki >> risiko kena slap? hmm.. yg itu saya tak pasti.. pasal CTR.. rasanya ok.. takderla naik mendadak… mcm biasa je.

    smartzul >> kena ada lebih satu laman web kalau 1 web tu tak mencukupi untuk cover kos USD47 tu sebulan. Tapi kalau 1 laman web pun boleh dapat cover kos USD47 tu.. ok je… dalam 3waylinks nie.. kita diberi quota sebanyak 50 website. Maksudnya.. satu akaun boleh digunakan untuk 50 website.

  4. tahniah dan terima kasih bagi advice..
    perbezaan dalam sebulan leh naik 4 x ganda… agak2 memberansangkan ar..ehehe
    saya nak tanya
    1)3waylinks.net nih seuai tuk website kaku jer ke?
    2)47USD tuh tuk pendaftaran setahun ke permenant atau sebulan?
    3) 47USD x RM3.57 = 167.80 ke???

  5. Jawapan untuk hisham
    1) Tak.. blog pun ok.. yang penting.. website itu dihostkan di server sendiri.
    2) USD47 tu adalah bayaran bulanan
    3) Yer…

    Konsep dia begini sebenarnya… jika dengan bantuan 3wayslink ini anda boleh menjana USD200-300 sebulan.. apa salahnya anda bayar USD47 sebagai kos untuk menjana USD200-300 tersebut?

  6. thanks kerana menjawap dengan pantas…
    ehehe
    x sampai sehari tuh tunggu..
    Niway,sebenarnya saya masih baru lagi dalam dunia internet nih…
    banyak jugak yang saya dapat belajar dari blog shuth nih..
    trime kasih sekali lagi

  7. Assalamualaikum,maaf jika tersalah ruang untuk bertanya…
    saya baru saja setup account google adsence saya dan telah di approve..
    soalan saya..
    1) bagaimana nak setup tax information tu?

    terima kasih

  8. Secara amnya, saya anggap Hisham ni bukan tinggal di US dan takde kepentingan di US, Hisham boleh choose utk option semua yg bukan US.

  9. Shuth, saya try beli dari affiliate URL kat atas, masa nk activatekan account, tetiba dpt session expired jugak.

    Check balik kat paypal, mmg dh kena deduct. Hampeh betul.

    Kena request support lak. Hampeh

  10. zaki>> trima kasih degan bantuan anda tuh.. :)

  11. Zaki >> oh!.. nampaknya masalah session expired sewaktu beli tu dia masih belum betulkan yer. Tak apela.. contact je dia kat support tu. Harap2 dia bagi feedback pantas pada zaki.. :)

  12. Kali nie respond ok. Dah start install dh pun. Timekasih psl tips. Tapi tak tau la hasil dia mcmana. Hopefully ok.

  13. ermmm…tak berapa faham ler pasal artikal ini..

  14. erm…shuth bagi tau la..ape 3 blog ko tu?dan berapa adsense earning ko bulan ni?

  15. oh aku pon ade servay pasal 3wayslink ni yang jon.. tq 4 the info


Add your comment