Archive for August, 2007



17
Aug

teknik menggandakan jualan

Suatu masa dahulu, terdapat seorang pemilik syarikat ubat gigi yang mengalami kebuntuan apabila melihat laporan hasil jualan ubat gigi beliau yang hanya mendatar sahaja sejak beberapa bulan lalu. Untuk membolehkan graf jualan ubat gigi beliau meningkat, maka beliau telah memanggil semua pegawai pemasaran di syarikat beliau untuk membuat sesi “brainstorming” bagi meningkatkan lagi hasil jualan ubat gigi syarikat beliau.

Hasil daripada sesi branstorming tersebut, pelbagai idea telah dikemukakan… ada yang mencadangkan pihak syarikat..

- membeli lebih banyak slot iklan di TV & media massa
- membuat iklan billboard dijalanraya
- membekalkan ubat gigi percuma kepada pihak sekolah bagi tujuan promosi
- mendapatkan pengesahan halal dari jakim

dan bermacam-macam lagi idea… namun begitu, tiada satu idea pun yang benar-benar menarik yang dapat menyakinkan pemilik syarikat ubat gigi tersebut untuk dilaksanakan. Kebanyakkan idea-idea yang diberikan hanya akan meningkatkan kos (pengiklanan & promosi) kepada pihak syarikat. Maka, pulanglah pemilik syarikat tersebut dengan fikiran yang masih buntu.

Sewaktu di dalam kereta, pemandu kereta pemilik syarikat tersebut menyedari akan kesedihan yang melanda diri majikannya. Maka, bertanyalah  pemandu tersebut kepada bosnya..

“Awat bos? murung semacam je….. ada masalah ka?”…

“Takde apa lah driver.. biasalah.. masalah syarikat…”.. jawap bos ringkas..

“Masalah apa bos… habaq mai lah kat saya.. mana tahu saya boleh tolong ka…” pujuk si driver untuk cuba mengurangkan tekanan kerja bosnya..

“Hmm.. kamu ada apa-apa idea tak driver.. bagaimana saya boleh mengalakkan lagi orang membeli lebih banyak ubat gigi saya?”.. tanya bos tersebut dengan niat hendak menguji pemandunya..

“Ohh.. sennag tu je bos… bos tukaq skit saiz muncung ubat gigi tu jadi besaq skit… bila besaq…  orang picit skit pun dia keluaq banyak bos.. bila keluaq banyak.. maka.. cepatlah ubat gigi tu habis.. bila cepat habis.. maka.. orang akan belilah lagi bos”…. ujar pemandu tersebut dengan selamba..

“hmm… betul juga tu.. terima kasih driver…”

Esoknya, dengan semangat yang berkobar-kobar, si bos tadi pun menyuruh jurutera perekabentuk produk ubat gigi syarikat beliau mengubahkan sedikit saiz muncung ubat gigi keluaran syarikat beliau agar menjadi lebih besar sedikit. Hasilnya, setelah beberapa bulan… jualan ubat gigi syarikat beliau pun meningkat dengan mendadak tanpa ada sebarang kos tambahan yang tinggi perlu dikeluarkan…

Sekarang… anda sudah tahu…

  • mengapa ridsect mengeluarkan penyembur racun serangga dengan 2 muncung semburan
  •  mengapa ambi pur mengeluarkan pewangi versi “dual” untuk pewangi dalam kereta…
  • dan mengapa.. yakult dengan poyonya menyuruh sebuah keluarga berlari-lari dan melekat di papan tanda dan akhirnya menyebut.. “saya minum dua”…

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

14
Aug

perniagaan masa hadapan..

Saya agak sibuk pada minggu ini… mohon maaf kepada semua pelawat2 setia yang tidak jemu2 merefresh blog ini. Dalam sibuk-sibuk ini, saya hanya sempat jengah-jengah sahaja…

Sewaktu menjengah di wangcyber, terlihat sebuah topik tentang kewujudan internet 100 tahun akan datang..  dari situ, terjumpa pula satu video yang menarik di blog ramzy. Iaitu video mengenai dunia internet pada masa hadapan.

Jika pada waktu ini, orang berjual beli “MAKLUMAT” , tetapi pada masa hadapan…. produk yang paling hangat untuk dijualkan ialah “PENGALAMAN”…

Bukan pengalaman yang ditulis ke dalam ebook.. tetapi pengalaman yang disimpan di dalam bentuk seperti video/virtual reality… (saya tak pasti bagaimana bentuk produk yang menyimpan “PENGALAMAN” itu…) .  Apa-apa pun, pengalaman yang mungkin laris adalah seperti pengalaman “Pengembaraan Ke Bulan/Planet Lain”…  Memang sesuatu yang agak memeranjatkan dan mengujakan… dan juga sedikit mengerikan.

Dari video diatas… diramalkan, google akan membeli microsoft dan amazon akan membeli yahoo.. satu syarikat yang bernama prometeus akan wujud dan akan mengetuai fenomena penjualan “pengalaman” ini.

Betul ke semua ini?…

Saya tak tahu… anda boleh baca mengenai kajian mereka dan nilaikan sendiri di  Prometeus

P/s:- Hmmm…. agak-agaknya, industri manakah yang akan mengaut keuntungan yang paling besar bagi teknologi dan fenomena ini? Internet marketing? Training?  Traveling? games? movies? atau porno?… Oh!

10
Aug

5 cara melanggan RSS dari blog mohdsuhaimy.com

Baiklah… mengikut saranan alang.. untuk meningkatkan bilangan subscriber RSS di dalam blog ini, saya perlulah menunjukkan kepada pembaca-pembaca blog ini, bagaimana mereka boleh melanggan RSS di blog ini dengan mudah dan sempoi. Bagi sesiapa yang masih tak tahu apa itu RS, boleh baca artikel berkenaan RSS di blog RahsiaBlogger.com dan juga artikel berkenaan jenis-jenis RSS reader.

Untuk pengetahuan, terdapat 5 cara yang mudah untuk melanggan RSS di blog ini…

Kaedah #1 : Firefox

Bagi pengguna mozilla firefox.. untuk melanggan RSS di blog ini, anda hanya perlu klik pada ikon RSS yang berwarna oren yang terdapat di sebelah URL di  bahagian “Adrees Bar” diatas..

RSS Firefox

Selepas klik pada ikon tersebut, anda akan dibawa kepada Web Based RSS Reader yang anda miliki sama ada dari Yahoo, Google, Bloglines atau sebagainya.

Kaedah #2 : Internet Explorer

Jika anda menggunakan browser IE 7 pula, anda boleh klik pada ikon kuning yang terdapat sebaris dengan tab-tab window anda. Secara automatik, RSS blog ini akan di masukkan ke dalam “Browser RSS Reader” yang terdapat di dalam IE anda.

Subscribe RSS Using IE 1

Kemudian, anda akan dibawa ke page RSS dan anda perlu klik pada link  “Subscribe to this feed”

IE RSS 2

Satu lagi popup akan di paparkan. Klik pada butang “Subscribe”

RSS IE 3
Untuk membaca RSS yang telah anda langgan menggunakan Browser IE anda, anda hanya perlu klik pada ikon bintang yang terdapat dibucu sebelah kiri, sebaris dengan tab window di browser IE anda.

Ikon faveroute RSS

Kaedah #3 : Email

Jika anda kurang gemar untuk membuka weblog ini setiap kali ia di update, anda boleh membaca kandungan/post2 terbaru blog ini menerusi email anda. Kandaungan yang dihantar adalah “FULL”, bukan sekerat-sekerat ya.. Untuk membolehkan post-post terbaru blog ini dihantar terus ke email anda, anda hanya perlukan masukkan alamat email anda di kotak yang kat bucu atas sebelah kanan blog ini.

Email Subscribe 1

Hanya perlu masukkan alamat email anda dan tekan butang “Subscribe” . Satu popup window seperti dibawah akan dipaparkan secara automatik, dan anda dikehendaki menjalani ujian penyingkiran SPAM dengan memasukkan abjad yang dipaparkan ke dalam kotak yang disediakan.

Email RSS 2

 Kaedah #4 : Feed Burner Subscriber Counter

Satu lagi cara paling mudah, anda hanya perlu klik pada butang counter subscriber yang comel dan berwarna hitam yang terletak di ruangan “badge farm” di sidebar blog ini.

Bagde RSS

 Kaedah #5 : Copy & Paste URL Feed ke dalam RSS Reader Anda.

Satu lagi cara, copy url  Feed ini, dan pastekan ia kedalam RSS Reader anda.

http://feeds.feedburner.com/MohdSuhaimyBlogPerniagaanInternet

atau

http://www.mohdsuhaimy.com/feed/

Itulah antara 5 kaedah mudah bagaimana anda boleh melanggan RSS blog ini, sebenarnya, ada banyak lagi cara, mungkin saya akan tunjukkan di lain kali pula jika ada masa. Kepada mereka yang telah melanggan RSS blog ini, terima kasih saya ucapkan… boleh beritahu bagaimana anda men”subscribe” RSS blog ini? Adakah menggunakan salah satu daripada 5 kaedah di atas.. atau guna kaedah lain?

Yosh!