Cikgu kata, orang berpuasa tak boleh korek hidung.. kalau korek hidung nanti batal puasa. Tapi haritu.. hidung saya memang gatal sangat.. mungkin disebabkan saya selsema pada hari itu. Saya dah cuba tahan.. tapi tak boleh tahan.. akhirnya.. saya terpaksa tutup muka saya dengan buku teks sekolah dan mengorek hidung saya dengan sepuas-puasnya… oh! Leganya..~~ tetapi selepas itu, rasa menyesal pula di dalam hati.. Oh tidak!.. ya Allah ya tuhanku… ampunkanlah segala dosaku.. aku terpaksa membatalkan puasa ku kerana tidak sanggup menahan derita hidung ku yang gatal ini..
Balik dari sekolah.. saya tidak beritahu sesiapa yang puasa saya telah terbatal hari itu disebabkan kegagalan saya menahan diri dari mengorek hidung. Oh~….
Oleh kerana puasa saya sudah terbatal.. maka saya rasa.. tidak ada gunanya saya terus-menerus menahan lapar.. maka.. saya cuba mencari apa-apa makanan yang boleh dimakan di dapur. Tapi.. mak tak masak pula hari tu dan tiada sebarang makanan yang boleh dimasukkan ke dalam perut..
Kemudian, saya teringat.. ayah ada beli coklat semalam dan menyimpannya dalam peti sejuk. Maka dengan pantas.. saya membuka peti sejuk, mengambil sebungkus coklat dan terus menyorokkannya di dalam almari baju saya. Setelah line agak-agak clear.. dengan pantasnya, saya membuka plastik coklat tersebut dan terus membahamnya.. nyum~~ nyum~~ nyum~~… kemudian kepala toleh kanan-kiri.. ok.. line clear.. takde dengar dan nampak sesiapa menghampiri lokasi kejadian.. maka saya teruskan membaham lagi coklat tersebut.. nyum~~ nyum~~ nyum~~…. dan coklat tersebut lenyap dari muka bumi ini hanya dalam masa 2 minit.
Selepas itu.. saya keluar dari bilik dan terus menyambung permainan teng-teng dengan rakan-rakan yang lain sambil membuat muka tidak bersalah..
11 tahun selepas itu… sewaktu di bulan ramadhan.. saya menerima sepucuk email yang diforwardkan oleh seseorang yang tidak dikenali. Di dalam email tersebut.. ada satu artikel yang memberitahu.. bahawa, sesungguhnya.. ulama-ulama fiqh’ telah bersepakat sejak dulu lagi bahawa… “mengorek hidung itu tidaklah membatalkan puasa”…
Hah? Arggghhhhh….. cis!.. selama 11 tahun hidup saya terseksa kerana terpaksa menahan diri dari mengorek hidung di bulan puasa… mengapa semua ini harus terjadi? why? why?? whhyyy~~~?? saya menghempaskan diri diatas katil sambil memukul-mukul bantal.. oh!
Untuk rujukan leh lawati blog ini pasal tidak batal puasa apabila korek hidung & blog ustaz zaharuddin
Itulah sedikit catatan diari ramadhan shuth sewaktu berumur 10 tahun.. oh..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.
Terdapat 2 cara untuk anda mencapai keajayaan di dalam hidup ini. Saya tidak tahu apakah nama yang sesuai untuk diberikan kepada 2 cara itu… jadi.. izinkan saya memberikannya nama, iaitu kejayaan hitam & kejayaan putih.
+ Seseorang boleh menjadi jutawan dengan menjalankan sesebuah perniagaan yang sah disisi undang-undang dan agama seperti menjual keropok lekor ke pasaran antarabangsa, menjual kuih-kuih tradisional ke luar negara dan sebagainya.
+ Seseorang juga boleh menjadi jutawan dengan menjadi ketua penyangak kepada pelaburan haram, skim cepat kaya mahupun ketua pengedar dadah.
+ Seseorang boleh menjawat jawatan yang tertinggi didalam sesebuah organisasi dengan bekerja kuat, jujur, amanah dan bersikap saling hormat menghormati.
+ Seseorang juga boleh menjawat jawatan yang tertinggi didalam sesebuah organisasi dengan membodek, membuat fitnah, berhasad dengki & menjatuhkan orang lain.
+ Seseorang boleh berjaya mendapat pendapatan yang besar di internet dengan menjalankan perniagaan yang sah, mempromosikan produk-produk affiliate dengan berhemah serta membina blog yang berkualiti.
+ Seseorang juga boleh berjaya mendapat pendapatan yang besar di internet dengan menjual senarai email yang dikumpul secara haram, membuat spam dalam mempromosikan produk affiliate serta membuat blog-blog yang berstatus sampah.
Sememangnya terdapat banyak jalan untuk kita mencapai impian serta cita-cita yang kita impikan. Namun begitu.. kesemua jalan tersebut boleh dibahagikan kepada 2 kategori warna.. iaiatu sama ada hitam.. atau pun putih.
Kisah kejayaan yang berwarna putih sudah semestinya akan menjadi sebuah kisah yang menarik untuk didengari dan dibanggakan, tetapi, bagi kisah kejayaan hitam.. ianya hanya akan membuatkan si pemiilknya berasa malu dan tersisih..
Sekarang.. anda pilih.. warna apakah yang ingin anda warnakan kepada kisah kejayaan anda…..?

Ya!.. saya baru sahaja berjaya menyiapkan sebuah ezine untuk ibu-ibu yang sedang hamil. Ezine ini diberikan percuma kepada pelawat-pelawat yang melawati website setbersalin.com
Di dalam ezine ini, terdapat banyak tips-tips berguna untuk ibu yang sedang hamil.. antaranya:
- Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil
- Info tentang saat-saat melahirkan anak
- Perkara-perkara yang akan anda alami selepas melahirkan anak
- Panduan Menyusukan Bayi
- Ganguan-gauangan Kesihatan bayi
- Senarai kelengkapan menyambut kelahiran bayi
Kepada ibu-ibu yang sedang mengandung, jangan lupa dapatkan ezine percuma ini. Ya!.. ya! saya tahu.. anda jejaka tampan yang masih bujang juga mahu kan ezine ini.. mungkin disebabkan cover ezine ini yang terlalu menawan… Oh! Oklah.. bolehlah juga dapatkannya di setbersalin.com..!!
Lawati Setbersalin.com : Set Rawatan lepas Bersalin Yang Lengkap & MURAH!!
P/s:- Kini.. saya sudah tahu, bagaimanakah caranya merawat payudara yang sedang membengkak akibat menyusukan bayi… uwuuu~~~
Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]