Antara Maxis & Celcom..
September 1st, 2007, by shuth

Antara Maxis & Celcom..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua.

Saya kini sedang bercuti di kampung (kedah). Seperti yang saya jangka.. disini, tiada connection 3G sama ada maxis mahupun celcom. Oleh itu, terpaksalah saya menggunakan connection GPRS sahaja disini.

Sebelum pulang ke kampung, saya telah membeli pek Xpax 3G… dan sekarang.. saya sedang menguji dan menggunakan kedua-duanya…

Hasilnya….

Nampaknya.. saya akan tetap terus setia bersama Maxis…. connection internet menggunakan GPRS maxis disini lebih laju & konsisten, berbanding Celcom.. nak buka gmail pun tak boleh.. sambungan internet menggunakan celcom juga seringkali terputus-putus… huh! memang sedikit mengecewakan.. (saya mohon maaf kepada peminat2 celcom).

Begitu juga di rumah dan pejabat.. saya perasan.. Maxis 3.5G lebih laju daripada Celcom 3.5G…  Bagaimana dengan anda? Ada nak share pengalaman menggunakan celcom @ maxis 3G?

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

38 comments Subscribe Comments

  1. shuth kedah kat area mana? Kg saya kat SP takda masalah coverage 3G

  2. Saya stay kat penang dan company bagi Maxis 3G datacard. Perfomance OK klu kat sesetangh tmpt. Tapi sesetengah tmpt kat penang pun takde coverage langsung. Walaupun Maxis kata penang ni 3G island.

  3. By Muaz on September 2nd 2007

    Saya tak pernah guna 3G tapi masa pi kat Limbang , Sarawak 2 tahun lepas. Kat situ hanya ada 2 telco jer dapat. Brunei dan Malaysia. Malaysia=Celcom .

    Line ok walaupun kat pedalaman kampung , ada satu tempat tuh air , elektrik pun tak da . Memang pedalaman .

  4. saya guna maxis broadband..balik kampung area baling, ( lebih spesifik teloi kanan,kuala ketil ).

    tergezut jugak la..ingatkan tak dapat online dah..bila check kat laptop, hehehe..boleh online lagi..walaupun lembap, tapi masih berpuas hati sebab boleh juga cek emel, komen kat blog orang lain dan submit post terbaru…hehehe

    boleh kata puas hati la sket ngan maxis ni

  5. saya guna celcom 3G .. now.. kat subang jaya, saya tak dapat coverage 3g.. so gua GPRS.. lembab betul… sakit hati pulak pakai 3G.. bayar ratus-ratus tapi ni yang saya dapat.. nak masuk emel pun kena tunggu saya habiskan makan nasi 2 pinggan. hoh..

  6. huhu slamat hari kemerdekaan jugak
    3G 0h 3G…. Nak guna TMnet Pun x mampu…
    guna cc jer la nak coment blog orang :(

  7. saya 3g ka gprs ka saya tak tau.. saya tak reti ler..

    //saya saja menyibuk hahah..

  8. saya pun pernah guna 3G celcom.. yg tak best tu…connection selalu putus-putus. Apa lagi bila di luar kawasan dan hanya guna GPRS.

  9. alang>> saya di changlun..

    ho! ho!.. skang saya menggunakan mobile broadband daily celcom yang RM8 sehari itu, tetapi dengan kelajuan gprs la.. sebab takde 3G. Terpaksalah… sebelum nie pakai maxis (gprs).. 30 minit.. habis kredit den RM70.. ho! ho! ho! baik pegi cc kalau mcm tu. RM70 boleh tidur kat CC tu 2 hari rasanya..

    Kesimpulannya.. kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing2..

  10. hi,..hmm zaman semakin canggih manggih nak guna apa pun boleh asal poket tebal, hehehe….kalau nipih g cc pun ok jekk

  11. dulu time saya kat malaysia sy pakai maxis broadband. ok je.. cume lambat la skit.. tp bole la stakat nak reply email tu… celcom sy tatau lak camane..

  12. Saya tak pernah pakai maxis 3G melalui telefon. Tapi kalau maxis wireless broadband adalah dan itu yang saya pakai sekarang ni.Kalau Wireless tu connection memang tip top walaupun nampak signal macam lemah, tapi download speed memang laju. Saya tak tau streamyx selaju mana tapi yang saya dengar dari member yang pernah pakai streamyx sebelum ni cakap maxis 3G wireless broadband ni memang lagi laju.

    setakat ni saya tak pernah bawa balik kg dan tak tau macam mana connection maxis di situ.Wah..semua dok Kedah ke?hehe… kakak saya ada menetap di Sungai Karangan dan Abg saya di Alor Setar, sepupu pulak di Aman Jaya, SP jugak… jom pi Kedah…hehehe

  13. olla, sy guna jaring wireless..memang ade pasang niat nak guna maxis/celcom 3g nie..tapi mcm2 pulak aku dgr respon dari org membuatkan aku tak apply2 lagi smpai skang :p

  14. lah.. changlun… dah hujung dunia tu.. kikiki…

  15. aku ingat nak potong jer lain celcom 3g aku nih… bukannya dapat 3g.. yang dapat GSM dengan GPRS jer.. aduii

  16. meh kit gi changlun…

    adesh… apa kebenda 3G tu?? wireless? tak pakai lagi daaa, tak reti nak guna… tak mohon lagi sebb takder talipon hp. wakakakaaaa…

  17. Simple decision. Kalau bayar lebih utk servis 3G (Celcom or Maxis) tapi dapat GPRS, batalkan servis 3G. Membazir duit aje. Tapi kekadang tu jenama memainkan peranan walaupun servis tak elok … :-)

  18. aku dengar citer dr kengkawan kata maxis 3G bagus, stable. Tapi aku blom apply pun lagi dan x pernah pakai tuk sendiri punya. Kekadang aku pkai laptop derang xs internet best jer

  19. Berjiran la kita shuth. Kampung mak saya kat Kampung Tengah (Kg Tok Kecik) Kodiang. Selalu beraya di rumah Chu nanti. Insyaallah… Kalau balik raya ni, sila berjalan ke rumah Chu saya.

    Sebelum ni saya pakai 0142, milik Maxis. 3G saya tak pakai la. Tapi sejak sebulan lepas, bila saya top up RM 30, dah tak dapat tempoh berganda. Dah la tempoh tak berganda, bonus point pula tak dapat. Hangin sungguh saya… Kelmarin terus tukar Celcom 013. Sebab ramai kawan saya pakai Celcom. Termasuk si dia… (baru berkenalan :) )

  20. By amrie on September 11th 2007

    aku ni orang yang baru nak blajar bab usahawan internet. Since ramai pakar2 kat sini dari Kedah…, bila nak buat seminar atau bengkel kat Kedah? aku tringin gak nak join.

  21. By raiza on October 5th 2007

    nak tanya sikit, boleh terangkan tak macamana nak guna celcom 3g datacard melalui laptop? nak masukkan ke mana?

  22. By koma on October 19th 2007

    nak tanya sikit.. karangan kat kulim ada celcom 3G tak?
    i nak register braodband tapi takut karangan takde coverage la..

  23. [quote comment="4190"]nak tanya sikit, boleh terangkan tak macamana nak guna celcom 3g datacard melalui laptop? nak masukkan ke mana?[/quote]

    Cucuk kat slot datacard.. kalau laptop2 baru.. slot tu sudah sedia ada

    [quote comment="4255"]nak tanya sikit.. karangan kat kulim ada celcom 3G tak?
    i nak register braodband tapi takut karangan takde coverage la..[/quote]
    karangan? tak tahu pula.. cuba cari handphone 3G (kawan-kawan @ sedara mara punya ke) sheck signal kat henpon tu.. kalau dia ada tulis 3G, maknanya ada lah tu… kalau tak.. takder la..

  24. By orang on October 23rd 2007

    aku ni sapa hapa taktahu, habiskan duit kat cc buka blog orang… hehe hanpon pun komang jer.

  25. By khairul on October 30th 2007

    aku hangat hati la ni pasai celcom 3G brodband ni macam siput. Laju lagi dialup tm.net. pasai apa aku tak tau la. mula2 guna sebulan lepas punya la laju macam f1. coverage 3g kat sini (penang) tak dak problem. tapi nak bukak satu muka website pun habih sebatang rokok dulu. nak kena komplen kat celcom nih

  26. aku guna Celcom 3G ok jer, mula2 dulu takut gak nak subsribe, takut tak laju dan membazir jer.. so aku try lah ambik yg daily unlimited dulu rm8/day tuh.. pastu tgk connection superb.. so aku terus la ambik monthly unlimited rm68/month.

    pasal speed tu, averages aku dtp 350kbps la.. aku ni suka jalan2, area KL, selangor, N9, pahang, kelantan.. tu tempat2 yg aku selalu pegi la skrg. kalau tempat ada 3G dpt 350kbps paling kurang.. tp kalau tempat takde 3G, dlm 50kbps jer.. paling laju dpt utk gprs 70kbps (masa kt kg aku baru2 ni)..

    so, kalau tanya aku.. mmg puas hati la.. aku tak tau la plak knp korang punya putus2 connection.. sbb aku ok jer, setakat nak streaming audio/video tu ok la.. tgk tv pun ok, putus skali sekala tu ada la jgk.. tp overall puas hati lah. tp kalau kat kawasan gprs, mmg tak dpt la nak streaming, aku pernah jgk try.. tp putus2.. so tak payah la nak tgk tv or dgr radio guna gprs hehe.. tp kalau aku try tgk tv kat phone (http://www.freebe.tv) tu tak putus2 plak.. pelik2 celcom gprs nih. tp kalau setakat nak surf internet, check email, blog, friendster pun bleh lagi la guna celcom gprs.. hari tu try maxis gprs lagi teruk rasanya, 30kbps pun tak smpai.

    bagi aku mmg puas hati.. tp bg korang aku tak tau lah.. masing2 punye pendapat la kan..

  27. Salam perkenalan…Pengalaman saya guna maxis, celcom, streamyx ngan digi…Mengikut rangking yang terbaik adalah fiber optik, Celcom, Streamyx, maxis dan digi…yang untungnya coverage celcom dapat semua kawasan cuma akan down ikut kawasan dan speed mcm HSDPA ke 3G ke GPRS ke atau EGDE dll…Perkara lain yang perlu di ambil kira ialah performance laptop atau pc kita, software tambahan untuk lajukan pc spt active speed, cFos speed atau DSL speed…Pakej yang dibayar juga diambil kira mcm celcom up ke 3.6Mbps RM98 tapi bukan semua tempat dapat (lihat coverage 3G celcom di laman web celcom) dan juga maxis pakej 640kbps RM78…Di penang kawasan gurney, bandar jelutong dan beberapa tempat lain ja yang ada..Lebih baik guna teknologi fiber optik (penghantaran data melalui cahaya)buka laman web penangfon..Murah dan laju. RM60/sebulan untuk 2Mbps..Tak mengecewakan.

  28. Saya lebih suka guna maxis wap gprs kerana “boleh kasi free” masuk wap untuk hp tertentu sahaja seperti NOKIA 3100,3120, 3200, MOTOROLA E368, V360, SAGEM MYX7 dan entah apa semua… Surf wap free pakai google xhtml. Sekarang ni ramai orang chat free di wap pakai maxis wap!

  29. By hajar on January 22nd 2008

    kat sintok ade je lain 3g selalu je bwat video kol ngan mak di kamu… jauh di mata dkat di telefon.. heran sintokkkan lebih pendalaman dari changlun??

  30. By hamba allah on June 12th 2008

    saya cuba 3g celcom di lap top kat bandar baru selayang tapi asyik putus-putus lepas tu cuba kat gombak tak da pula coverage cuma ada gprs agaknya celcom ni tipu pelanggan agaknya

  31. Hah? Changlun? hehe eden rasenye dekat aje dgn rumah eden..

    p/s: Aik? Dok kedah cakap negeri sembilan hahaha :D

  32. By shahrul on September 16th 2008

    mesti la celcom broadband, banding dgn maxis broadband teruk giler.. dulu aku guna maxis broadband jgk, slow nak mampus, signal 3G dah tp speed slow mcm gprs. skrg pakai celcom broadband ok la, kdg2 tu down jgk tp mmg jauh lebih puas hati dari maxis tu.

  33. By sensegirl86 on September 30th 2009

    hm..mgkin ramia pengguna celcom berbanding maxis sekarang. tu yg jd cmtu.. sbb igt tahun lpas maxis yg buat hal.. lembab jer

  34. By boy on May 6th 2010

    Aku gune celcom xpax 3g dan phone Nokia N82 sebagai modem.
    Download speed menggunakan INTERNET DOWNLOAD MANAGER paling tiggi pun 53-55kbps je tak lebih..
    Macam ade SPEED LIMIT???
    Berbanding menggunakan WiFi yang dapat line 2-3 bar kat laptop nie boleh cecah 200kbps dengan sofware INTERNET DOWNLOAD MANAGER..

  35. By boy on May 6th 2010

    Aku tiggal kat PUCHONG.
    kalau speedtest broadband dia akan pilih kawasan SERI KEMBANGAN..
    Maybe pencawang celcom kot..
    Sekarang dah 2010 dah..
    ketigalanlah kalau semuanya lembab..

  36. By MohdJohan on May 19th 2010

    hi,salam perkenalan.org baru ni,sdg bjinak2 dgn perniagaan internet. agak lewat masuk gelangang.org lain dah jadi mahaguru aku baru masuk tadika,baru nak kenal huruf A B C 1 2 3, tolong bantu ye dlm gelanggang ini,TQ


Add your comment