Usahawan Internet.. Kerja Sendiri @ Ahli Perniagaan?
September 5th, 2007, by shuth

Usahawan Internet.. Kerja Sendiri @ Ahli Perniagaan?

Mereka yang bergelar Usahawan Internet.. boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Iaitu, kategori yang “Bekerja Sendiri” ataupun kategori “Ahli Perniagaan”..

Jika…
- anda lah yang membuat & menghasilkan produk
- anda lah yang membuat website
- anda lah yang menulis surat jualan
- anda lah yang merekabentuk grafik website anda
- anda lah yang mengupload website anda
- anda lah yang mempromosikan website anda
- andalah yang membuat SEO bagi website anda
- anda lah yang memeriksa pesanan dari pelanggan anda
- anda lah yang mengesahkan bayaran pelanggan anda
- anda lah yang menghantar produk anda kepada pelanggan anda
- anda lah yang melayan karenah pelanggan anda
- andalah yang menjawap segala pertanyaan & email pelanggan anda
- pendek kata … andalah yang melakukan segala-galanya…

Ketahuilah.. anda adalah tergolong di dalam kategori “bekerja sendiri”. Walaupun mereka yang tergolong dalam kategori ini dapat menjimatkan banyak kos operasi & mendakwa ianya lebih memberikan kepuasan kepada diri kerana semuanya dilakukan sendiri… tetapi ianya bukanlah satu amalan yang bagus untuk diamalkan bagi jangkamasa panjang.

Melakukan kesemuanya sendiri (bekerja sendiri) untuk perniagaan anda akan menyebabkan anda
- tidak boleh cuti sakit
- tidak boleh bercuti dan pulang ke kampung berminggu-minggu
- tidak boleh pergi melancong & berkelah di tepi pantai lebih dari sehari..
- tidak boleh cuti kahwin lebih dari 3 hari.. oh! nasib baik saya dah kahwin
- tidak boleh cuti bersalin selama 30 hari (bagi wanita)
- dan banyak lagi perkara-perkara yang tidak boleh anda lakukan jika perkara tersebut akan menyebabkan anda terpisah dari komputer & internet selama beberapa hari.

Oleh itu… anda yang tergolong di dalam kategori ini, perlulah cepat-cepat mengeluarkan diri anda dari kategori ini dan masuk ke dalam kategori “ahli perniagaan” dengan menghasilkan satu sistem di dalam perniagaan anda.

Sistem yang saya maksudkan disini bukanlah “sistem aplikasi komputer @ software” , tetapi ianya adalah sistem @ carta alir gerak kerja untuk perniagaan anda. Di dalam sistem tersebut, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda akan terus dapat berjalan tanpa kehadiran @ penglibatan dari anda.

Sistem ini boleh terdiri daripada mesin(komputer) atau manusia.

Contohnya… untuk tugas mempromosikan website, menerima tempahan, menerima bayaran dan juga mengesahkan bayaran, anda boleh membuat satu aplikasi komputer untuk menguruskannya.

Manakala untuk tujuan, pembungkusan & penghantaran produk, mungkin anda boleh mengupah seseorang untuk menguruskannya. Namun begitu, anda perlulah menyediakan “sistem @ manual @ cara kerja” bagaimana hendak melakukkannya. Pada awalnya, sistem ini tidaklah perlu sempurna.. anda boleh perbaiki & menaiktarafnya dari masa ke semasa sehingga anda merasakan ianya sempurna.

Jika anda berjaya membina “sistem untuk perniagaan anda” maka, anda akan tergolong ke kategori yang kedua.. iaitu kategori “ahli perniagaan”. Di dalam kategori ini, anda boleh cuti berkelah, cuti sakit, cuti kahwin dan cuti-cuti malaysia tanpa sedikit pun menjejaskan perniagaan anda.

Jadi..  usah bertangguh… mari membina sistem untuk perniagaan kita.. yosh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

10 comments Subscribe Comments

  1. Assalamualaikum,

    Betul tu shuth. Sekiranya kita bekerja sendiri, kita tak akan kemana. Maksud saya, perniagaan kita tak akan maju. Ini disebabkan kita hanya ada 2 tangan dan 2 kaki. Jadi, kerja kita terhad. Sekiranya kita mengupah orang, masa kita menjadi lebih banyak untuk melakukan perkara lain kerana sesetengah kerja kita telah dilakukan oleh orang lain.

  2. Post yg bagus Shuth!

    Cuma pada pendapat saya, ‘bekerja sendiri’ itu adalah satu permulaan yg ideal bagi mereka yg mahu start dengan modal yg rendah. Dah cukup modal atau sampai masa, WAJIBLAH menjadi ahli perniagaan. :) Saya rasa, kebanyakan ahli perniagaan yg berjaya bermula dengan bekerja sendiri kalau diimbau kembali sejarah permulaan mereka.

    - zul

  3. Yer betul tu zul.. for starting memang kebanyakkannya kita kena “bekerja sendiri” terlebih dahulu dan ianya bukanlah satu kesalahan.. tak perlu kita rasa rendah diri kalau kita berada dalam kategori “bekerja sendiri” buat masa ini.. saya pun masih dalam kategori tersebut.. APa yang lebih penting, kita kenalah ada perancangan untuk bergerak ke kategori “ahli perniagaan” tersebut.. so, kenalah reka satu sistem yang baik untuk setiap perniagaan kita.. tak bolehlah nak terus menerus buat sendiri sampai bila2 kan?….

    Persoalannya?.. Ceh.. ada soalan tu..
    Berapa lamakah masa “permulaan” itu ? 1 tahun? 2-3 tahun? 5-6 tahun? atau 9-10 tahun? :) Ini soalan subjektif.. kena tanya pada diri masing2.. :)

  4. Post yang menarik apa yang boleh saya huraikan ialah hala tuju perniagaan kita maju atau mundur

  5. EHm..kerja sendiri. Ahli perniagaan. On da way dan memang akan tercapai. Pokoknya kita mahu atau tidak..

    Apapun, tahniah kepada sesiapa yang berjaya kerja sendiri di internet hari ini.

  6. dan satu tahun lebih saya serahkan ‘pelamin.net’ kepada abang dan kakak ipar saya, saya cuma uruskan website jer.

    Yup, rasa penat sedikit ‘kerja sendiri’ mungkin lepas ni kena berani sket untuk upah orang. Walau apapun ada keseronokan juga bila bermula dengan ‘kerja sendiri’

    p.s: bila la boleh jadi macam donald trump eh? hehehe

  7. Baru first time terasa nak post di blog shuth ni. :D .. Memang menarik post ni.

    Memang menjadi idaman rata – rata yang bekerja sendiri untuk bergelar ahli perniagaan. Siapa tak mau mempunyai kakitangan sendiri yang bekerja untuk kita.

    Memang terasa terhad tindakan dan terbazir masa bila kerja sendirian. Lebih – lebih lagi bila tugasan dah bertambah. :( Tapi tulah, nak mencari pembantu / partner / outsource / software mungkin agak sukar bagi mereka yang baru nak bermula lebih – lebih lagi modalnya kureng..

    Nak mencari mereka (partner atau kakitangan / pembantu) yang benar – benar sesuai untuk bekerjasama dengan kita pun agak sukar.

    Hanya masa yang akan tentukan bilakah tahap ini akan tercapai. :) Akan ku sahut untuk mendapat gelaran sebagai ahli perniagaan…. ;)

  8. salam….bagus la….boleh buat perniagaan sendiri…tapi saya tak suka buat perniagaan melalui internet but i like the bisness butik…hahaha…ape2 pun tahniah kat u ek coz berjaya dalam perniagaan ini…for me…i hope u all the best…k, tata..salam

  9. By Nash Adnan on May 10th 2010

    Mr Suhaimy, agak lama juga saya mengikiuti perkembangan awak, So bagaimana saya boleh mulakan untuk bekerja sendiri? Saya ingin mengikiuti kelas awak? Bila dan Dimana?


Add your comment