07
Sep
07

Bajet 2008 & perniagaan internet

Pada 7 September 2007, kerajaan telah pun mengumumkan bajet 2008 di parlimen. Jika dilihat kepada intipati pembentangan bajet serta kesannya kepada industri perniagaan intenet di Malaysia, saya rasa tidak ada satu pun yang akan memberi impak secara langsung kepada industri ini.

Cuma terdapat sedikit peruntukan bajet untuk meningkatkan lagi infrastruktur serta tahap ICT dikalangan rakyat seperti :- 

  • Penyedia kemudahan rangkaian akhir akan diberikan elaun pelaburan 100 peratus atas perbelanjaan modal yang digunakan untuk jalur lebar sehingga 31 Disember, 2010.
  • Peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pendidikan ICT di luar bandar.
  • Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) memperuntukkan RM45 juta untuk perlaksanaan projek SchoolNet bagi menyediakan kemudahan Internet di sekolah-sekolah.

Diharapkan peruntukan bajet tersebut dapat membantu masyarakat, terutamanya generasi muda untuk  lebih celik IT dan sekaligus mewujudkan tabiat & amalan berjual-beli menerusi internet kepada masyarakat pada masa hadapan.

Sekarang nie, ramai lagi yang tak tahu nak guna kemudahan perbankan internet. Harap-harap generasi seterusnya nanti akan lebih "terrer" untuk berjual-beli di internet. (Maka beruntunglah orang-orang yang memulakan perniagaan internet pada waktu ini… kerana anda akan dikenali sebagai "pioneer" kelak).

Jadi, usah berlengah lagi.. mulakan perniagaan internet anda hari ini.

 

P/s:- saya tgh sibuk nak buat bajet untuk raya sekarang ini… oh!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


6 Responses to “Bajet 2008 & perniagaan internet”


  1. 1 naem Sep 7th, 2007 at 6:14 pm

    saya ada perasan yang kali ni yuran persekolahan dah dimansuhkan.bagus juga la untuk meningkatkan tahap pendidikan dan mengurangkan bebanan ibu bapa yang beranak ramai.

    bajet untuk raya? awalnya ..hehehe..saya plak nak prepare bajet untuk 1st day puasa..hehehe..nak makan apa ek?

  2. 2 azizmansor Sep 8th, 2007 at 12:35 am

    Ya… bajet untuk negara kerajaan dah umumkan. Macam mana pulak ngan bajet kita. Seringkali kita terlebih bajet bila berbelanja. Macam mana tu… :) Poning eden.

  3. 3 VideoPanas Sep 8th, 2007 at 5:16 am

    Ho ho samalah kita shuth tgh berbincang budget raya nih..yup budget ni nampaknya menguntungkan sekor korporat juga harap harap bonus lebih tahun depan

  4. 4 ambsmart Sep 8th, 2007 at 3:35 pm

    Untuk Broadband yang lebih baik ada tak. Hehe..

  5. 5 mijie Sep 9th, 2007 at 1:47 pm

    bajet 2008 ni…amat mesra rakyat..cuma yang agak tidak seronok untuk didengar ialah..tiada bonus untuk kakitangan kerajaan…heheheh walaupun aku bukan kakitangan kerajaan…tapi aku tgk member2 macam keje goment..ni mcm ada sedikit kekecewaan..yer lah tiap tahun lepas bajet ada bonus…

  6. 6 hisham Sep 12th, 2007 at 8:30 am

    Kerajaan dah bentangkan budget, tapi budget saya lari ar… hhuhu

Leave a Reply