Hari ini, saya berpeluang mengikuti satu mini seminar anjuran saudara Ahmad Fadzli Yusof di UKM yang bertajuk “Seminar Seronok Menjadi Penulis”. Secara ringkasnya, saudara fadzli berkongsikan pengalaman beliau di dalam arena penulisan serta tips-tips dan ilmu bagaimana menjadi penulis yang prolifik (maksud yang lebih kurang sama ialah.. produktif). Percaya tau tidak.. dalam masa 4 tahun, saudara fadzli telahpun menulis sebanyak 26 buah buku. Memang sesuatu yang agak membanggakan.. klik disini untuk melihat judul-judul buku tulisan beliau (dapatkan segera! setiap buku dijual secara berasingan.. oh!)
Sememangnya bukan mudah untuk menulis buku.. apatah lagi buku yang “Best Seller & Evergreen”… .. jadi.. melihat pencapaian beliau, saya memang teruja untuk hadir ke seminar tersebut dengan tujuan ingin menuntut ilmu serta mengorek serba sedikit rahsia kejayaan beliau..

* gambar sekadar hiasan.. gambaran sebenar.. saya tidaklah begitu tembam.. oh!
Di dalam seminar tersebut juga, saudara fadzli turut berkongsi kaedah menulis buku menggunakan kaedah KJ method, membina bank idea, fog index dan banyak lagi. Banyak juga perkara-perkara baru yang saya pelajari di dalam mini seminar ini. (termasuklah kesilapan pemimpin revolusi perancis dan persoalan mengapa anak-anak muda sekarang lebih gemar memakai seluar londeh?.. oh! apa kaitannya?)
Satu perkara yang paling menarik yang “baru” saya pelajari di dalam seminar ini ialah berkenaan “penghasilan bank idea”. Apa yang saya sedar, bank idea tersebut juga, sebenarnya amat bagus sekali jika digunakan untuk penulisan di dalam blog. Teknik imbauan, gagasan pemikiran, bacaan santai serta bacaan objektif yang digunakan untuk menghasilkan bank idea memang amat menarik… insyallah, saya akan berlatih menggunakan teknik ini di dalam penulisan saya di blog ini dan saya akan pastikan saya telah mahir menggunakan teknik ini sebelum saya mula menulis buku saya yang berjudul.. “Buat Duit Dalam Jamban” … yang bakal terbit pada tahun 2048 nanti… oh! euwww~~~ yuk!
Apa-apa pun.. menulis buku & menulis blog mempunyai keseronokan yang tersendiri (jawapan standard untuk digunakan apabila wartawan mengajukan “soalan seperti tajuk diatas” pada satu hari nanti…oh!) . Kedua-duanya boleh memberikan kepuasan, wang, nama, populariti, kredibiliti dan sebagainya…. dengan syarat… kita melakukan perkara yang betul dengan betul.
Yosh!
aku masih belajar byk perkara mengenai perniagaan internet, semakin tertarik tapi dalam perancangan. insya allah akan attend tuk course!
Shuth ni pada pandangan saya sesuai juga tulis mini novel. Susunan bahasa yg menarik dan sempoi, sering buat pembaca tersenyum sendiri. Pasaran remaja senang2 aje conquer!
haha! Tembam sebab senang hati?
Terima kasih kerana sudi datang ke seminar serba ringkas itu. Seronok dapat berjumpa e-lebritiy seperti Shuth! Nanti boleh jumpa dan sembang-bincang lagi pada lain masa!
Fadzli Yusof
Saya dahulu sorang yang meminati bidang penulisan. Malangnya kebolehan yang ada tidak di asah .
Rugi tul rasanya
P.S: Tembam ker camtu ? rasanya masih kurus lagi, patut kena tambah 20kg lagi berat badan pastu perut tu bagi berbukit baru lah jadi cam bapak orang
Pingback: Buat Duit Atas Katil | Rangsangan Kejuruteraan Kehidupan - Membina Kehidupan Di Alam Maya
habis jalan-jalan, mampir ngombe di sini….
Saya adalah seorang penulis buku untuk perpustakaan. Tapi kali ini saya ingin tahu bagaimana caranya untuk menjadi penulis blog. Ada sesiapa yang boleh tunjukkan.
saya seorang penulis. tapi saya ingin tahu bagaimana caranya untuk menjadi penulis blog. ada sesiapa yang boleh tunjukkan.