Pahala menulis blog….
September 10th, 2007, by shuth

Pahala menulis blog….

Salah satu ganjaran pahala yang tidak akan terputus manfaatnya kepada diri seseorang walaupun beliau sudah meninggal dunia adalah pahala daripada ilmu yang pernah beliau sampaikan dan ianya diamalkan pula oleh orang lain

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Sebentar tadi, saya telah melawati sebuah blog…. apa yang sedikit menyeramkan menyedihkan , pemilik blog tersebut telah pun kembali ke rahmatullah. Yang tinggal hanyalah… hasil catatan & penulisan beliau di dalam blog tersebut dan sehingga ke hari ini, blog tersebut masih lagi dilawati.

Lalu saya berdoa di dalam hati…  “semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang diberkati dan semoga blog ini akan dapat terus memberikan manfaat dan ganjaran pahala kepada roh beliau..”

Perkara ini membuatkan saya terfikir.. adakah blog saya ini mampu memberikan ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai dan sekaligus dijadikan sebagai amal jariah saya apabila saya sudah tiada kelak… hmm..nampaknya.. lepas ini saya kena perbanyakkan sedikit entry-entry yang bersifat nasihat & keagamaan… amiin.

Kemudian.. 15 minit   selepas itu, satu persoalan timbul difikiran saya… jika saya sudah tiada lagi didunia ini.. siapakah pula yang akan membayar yuran tahunan nama domain & webhosting blog saya ini?. .. Oh! Nampaknya… saya ada satu lagi sebab yang “pro”  mengapa seseorang perlu menggunakan perkhidmatan dari bloger.com untuk membuat blog mereka… oh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

23 comments Subscribe Comments

  1. sapa yer penulis blog nih??
    pe link dia?
    nak jugak tengok maa

  2. itulah…ilmu yang di berikan tanpa meminta sedikit pun balasan, akan mendapat pahala, ganjara yang memang akan dapat sampai bila2 selagi orang tersebut menggunakan ilmu yang di turunkan..

    dan hari ni saya pun terfikir apa yang saudara shuth ckp, buat blog percuma, di mana bila kita dah takder nanti, blog tersebut masih lagi ada, dan boleh memberi manfaat kepada orang ramai,

  3. ye jugak eh.. siapa nak sambung blog kita kalo kita dah takde nnt.. nak ke anak2 kita warisi blog?

    *fikir fikir fikir*

  4. hisham >> hah? tak paham soalan..

    mijie >> ilmu yang disampaikan di dalam buku juga.. tetap boleh memberikan manfaat kepada orang ramai walaupun si penulisnya dah meninggal dunia

    mohdismail >> rasanya.. inilah kali pertama en. mohdismail tinggalkan komen di blog ini.. tima kasih.

  5. hisham nak tengok blog yang ko kunjungi tu..
    aku pon nak tau jugak :)

  6. betul tu en shuth, hatta ilmu yg kt beri secara lisan dan brmanfaat utk org,akan mendpt ganjaran juga

  7. blog allahyarham tersebut ialah http://ashadinaz.blogspot.com/
    saya tidak mengenali beliau dan tidak tahu apa penyakit beliau..
    cuma tahu yang beliau dah meninggal dunia melalui chatbox dia..

  8. nampaknya kena sediakan akaun blogger.com laa satu sebagai tinggalan sejarah…

  9. By Johari on September 10th 2007

    yup..menulis pun adalah satu ibadah. Thanks Shuth!

  10. ada satu lagi kisah dari legendabuta, anda bleh try cari kisah beliau. beliau seringkali mengunjungi blog rakan beliau tersebut sebelum rakannya meninggal dunia akibat penyakit barah usus kalo tak silap. dan beliau juga sedang berperang dengan penyakitnya yang tidak terperi… bleh cari laa. dah lupa dah blognya…

    tengah cari nih tak jumpa2 lagi sebab jenguk sekali lalu je…

  11. Bagi saya Shuth, ilmu tu tak semestinya perlu terus dari blog yg ditinggalkan tersebut. Kalau sekarang beribu2 orang dah banyak belajar dari blog kita, then mereka sampaikan pula kepada orang lain atau mereka amal untuk kebaikan mereka, kita juga akan dapat manfaatnya walau blog kita dah expired.

    So, rasanya tak perlulah dirisaukan pasal domain name yg akan expired. :)

    Nota: Inilah pentingnya melakukan perniagaan secara pro. Ada biz partner. Contohnya spt Corey Rudl. Dia dah xder, tapi membernya menjadi penerus usaha perniagaan IMC. Kalau kita tak ada, member atau sesiapa yg berkaitan boleh meneruskan. Huuh, bilalah nak ada biz partner ni. ;)

  12. nampaknya penulis blog kena buat deed of trust untuk bolehkan partner dia sambung kerja / menulis kata-kata terakhir / ambik hasil adsense / hasil affiliate / hasil jualan… hohoho…

    camtu lebih baik buat corporation je ;)

  13. takpe laa takder partner.. takkanlah anak cucu cicit kita nanti takder yang berminat dengan blog. itupun kalo mereka berminat laaa nak meneruskan hasil kerja ayahanda bonda atau sampai bernenek moyang suatu hari nanti…

    “wah… blog ni tahun 2000 lagi mula start dan anak cucu cicitnya meneruskan perjuangan ayahanda nenek moyang mereka.”

    tahun bila? mungkin tahun merdeka ke 200. wohooo… merdeka ke 200? eh macam mana pulak dengan company penyedia web hosting dan jugak domain name…???

  14. saya dah baca artikal tu..memang menginsafkan saya…pada pendapat saya blog boleh dikatakan satu cabang untuk menyebarkan ilmu yang paling senang pada zaman ini.

  15. Satu post yg buatkan saya terfikir..
    Dalam era teknologi ini peribahasa pun makin bertukar rupa..

    Dulu jika manusia meninggal dunia, meninggalkan nama..
    Kini jika manusia meninggal dunia, meninggalkan penulisan di
    blog..

    Semoga roh beliau dicucuri rahmat.. Al-Fatihah..

    PS: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..

  16. Pakdi>apalah awak ni… orang dah meninggal..awak boleh fikirkan harta… nasib awak dah sedekah fatihah dekat arwah….patutnya bersimpati..bukan nya fikir harta peninggalan arwah…

  17. “Abah takde apa nak wariskan kepada kamu anak beranak. Blog ni je la harta abah. Korang uruskan la apa yang sepatutnya.”

    Haha. Best gak saranan pakdi tu. Bleh gak blog yang ada trafik yang tinggi dan hasil adsense yang berlipat ganda untuk dijadikan harta waris.

  18. saya sangat setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara suhaimi. Teringat saya tentang satu hadis Rasulullah yang bermaksud :

    ” sesiapa yang menunjukkan kepada seseorang sesuatu kebaikan, maka baginya pahala sebagaimana orang yang melakukannya.” -Muttafaqun Alaih

  19. Salam. bolehkah kita berkongsi idea ttg penulisan blog? saya ingin membuat satu blog baru, tapi tema untuk penulisan tu bleum dapat lagi. Blog lama, macam2 ada saya tulis. So, saya berharap boleh juga saudara memberikan sedikit cetusan idea kepada saya. – Nizam

  20. patutnya bersimpati..bukan nya fikir harta peninggalan arwah…

  21. Bagi saya blog salah satu medium wacana pemikiran masa kini. Salah satu alternatif utk berdakwah selain hanya lisan dan sebagainya. Pembangunan dan tujuan penghasilan blog boleh dalam bentuk dan motif pelbagai; sama ada untuk berkongsian jurnal peribadi, perniagaan atau sebagainya.

    Pendek kata, dunia kita kejar, akhirat pun kita kejar. Utk syafaat di alam akhirat nanti


Add your comment