12
Sep
07

Jalan-jalan sebelum puasa..

Apabila tiba sahaja bulan ramadhan, sudah pastinya perniagaan yang paling laku keras adalah perniagaan di dalam industri makanan. Bulan ramadhan adalah bulan orang berpuasa (kurang makan) , tapi bulan inilah paling banyak manusia berbelanja untuk membeli makanan… mengapa yer?..

Itu kisah industri makanan? Bagaimana dengan industri perniagaan internet?… Sham Rajaadsense kata, bulan ramadhan adalah bulan sejuk bagi perniagaan internet, especially, perniagaan yang marketnya di malaysia. Benarkah?.. mungkin juga… saya tidak ada statistik mengenainya..

Apa yang saya pasti.. pada bulan puasa.. jika seseowang wanita itu ingin melahirkan anak.. maka ia akan tetap melahirkan anak, takleh nak tangguh-tangguh punya. Oleh itu, sempena meraikan kelahiran anak-anak di bulan ramadhan yang mula ini, setbersalin.com menawarkan harga diskaun kepada semua bakal-bakali ibu.. oh!

Pada kebiasaannya, pada bulan ramadhan ini, produktif kerja saya akan bertambah.. waktu makan sudah boleh digunakan untuk kerja-kerja yang lain.. insyallah saya akan cuba siapkan WC 3.0 pada bulan ramadhan ini. Oh sebelum terlupa, saya sedang menjalankan pertandingan untuk rekacipta logo wangcyber yang baru, logo ini akan digunakan untuk WC versi 3.0 nanti.  Pada mulanya… saya bercadang untuk membuat sendiri logo tersebut.. tetapi disebabkan kesibukan masa, saya rasa lebih baik saya bagi peluang “menjadi perekabentuk logo ter-koooool” ini kepada ahli-ahli WC yang lain. Jadi, kepada yang berminat.. tunjukkanlah skil anda..

Semepena menyambut bulan ramadhan ini, berikut saya senaraikan beberapa sumber yang menarik untuk dilawati..

=============
Al-Quran Online
=============

Singgah di blog tazilan.. jumpa pula al-quran online.. menarik juga ini, banyaklah nampaknya pahala yang diterima oleh pemiliknya. Boleh buat bekalan di akhirat.

=============
Niat Puasa
=============

Terima kasih kepada tok harimau atas “niat berpuasa” yang dihantar secara spam melalui YM . Saya letak kat blog ini dulu, nanti malam saya baca blog saya ini semula.. ho! ho! …

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.

????????? ????? ? ??????? ?????????? ???????? ???????? ?????????

“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”

Lafaz Niat Puasa.

????????? ?????? ????? ????? ? ?????? ?????? ? ??????? ?????????? ??????? ??????????? ???????? ?????????

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

===========================
Jadual Waktu Berbuka & Imsak
===========================

Boleh lawati laman web jakim untuk mendapatkan jadual yang lengkap , http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php

Akhir kata, saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog ini jika ada yang tersinggung atau terkecil hati dengan penulisan saya di blog ini selama ini.  Selamat mengerjakan ibadah puasa dan selamat beramal ibadat.

Jangan lupa solat tarawih mula malam ini… wassalam.

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


4 Responses to “Jalan-jalan sebelum puasa..”


  1. 1 mijie Sep 12th, 2007 at 11:38 am

    selamat menyambut ramadhan,
    kepada semua blogger semoga ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik dari ramadhan sebelum ini
    selamat beramal

  2. 2 sham Sep 12th, 2007 at 12:15 pm

    Setbersalin tak efek la shuth sebab ia bukan jenis seasonal,orang nak bersalin perlukakannya..Sapa jual ebook tu akan terasa la nanti. Biasanya orang akan mengumpul duit untuk raya & sepanjang ramadhan…

    Yang pasti saya dah prepare untuk bulan “sejuk” ni…Go Global la..:p

    Selamat Berpuasa & Berterawih & Bertadarus.

  3. 3 zaki blogjer Sep 13th, 2007 at 12:58 pm

    Selamat menyambut Ramadhan.

    Kepada yg keje makan gaji mcm saya dan keje tak ikut waktu tempatan, selamat berbuka puasa di pejabat. Huhu. Langsung tak best

    Nmpknya firefox saya ni tak support tulisan jawi. Nampak ????? je

  4. 4 hisham Sep 14th, 2007 at 7:50 am

    tuh sebab x support ke atau si suth nih saja buh tanda soal…hehe
    selamat berpuasa la gamaknya yer…
    hope penuh la puasanya… :)

Leave a Reply