4 halangan memulakan perniagaan..

Jika ditanya kepada setiap orang.. “Adakah anda berminat untuk memulakan & memiliki perniagaan anda sendiri?” Sudah pastinya.. ramai yang akan berkata dengan kuat “YA!”… namun begitu.. seringkali impian tersebut hanya menjadi angan-angan dan tidak dapat direalisasikan… mengapa ya?..

Disini.. saya ingin berkongsi dengan anda, 4 sebab utama mengapa seseorang itu tidak memulakan perniagaan mereka sendiri (secara fulltime).

1- Kurang ilmu pengetahuan mengenai perniagaan..

Ini adalah merupakan sebab@halangan yang utama mengapa seseorang itu tidak berupaya untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Alasan seperti..

- Saya tidak tahu macam mana nak cari modal & apply loan
- Saya tidak tahu nak buat kertas rancangan perniagaan
- Saya tidak tahu macam mana nak pasarkan produk saya
- Saya tak tahu nak buat itu.. nak buat ini.. dan nak buat bermacam-macam lagi perkara..

Untuk mengatasi halangan ini, anda perlulah menimba banyak ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan anda sendiri, sama ada dengan membaca buku, ebook, artikel-artikel, suratkhabar, menghadiri seminar, dengar ceramah, menyertai bengkel-bengkel serta kursus-kursus jangka pendek dan jika perlu, dapatkan juga perkhidmatan consultation sama ada yang percuma mahupun yang berbayar.

2 – Bekalan Wang Simpanan (financial back-up)

Masalah ini pula, seringkali dialami oleh orang-orang yang hendak berhijrah dari “dunia pekerjaan makan gaji” kepada “dunia perniagaan”. Dunia perniagaan ialah dunia yang penuh dengan pancaroba dan ketidaktentuan, hari ini untung belum tentu esok akan untung juga. Oleh itu, perancangan yang rapi dari segi kewangan perlulah ada sebelum anda menceburkan diri anda ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.

Secara kasarnya, berikut adalah contoh untuk mengira bekalan kewangan yang anda perlu sediakan sebelum anda mengambil keputusan untuk menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.

Anggaran Modal Untuk Memulakan Perniagaan Anda : RM50,000
Tentukan Perbelanjaan Sara Hidup Anda Untuk 3 Tahun : RM2,000 sebulan x 36 bulan = RM72,000

Bekalan Kewangan Yang Anda Perlu Ada : RM132,000

Bagi saya.. bekalan perbelanjaan selama 3 tahun adalah tempoh yang ideal. Ini kerana, sesuatu perniagaan, biasanya akan mengambil masa 3 tahun untuk matang & betul-betul stabil. bagi perniagaan internet, modal itu mungkin boleh dikecilkan, mungkin RM5,000 sahaja.. maklumlah, perniagaan internet sememangnya tidak memerlukan modal yang besar.

Apa-apa pun.. rancang dan siapkan bekalan anda secukupnya. Memasuki dunia perniagaan sepenuh masa adalah seperti anda pergi memasuki medan berperang.. takut nanti.. sewaktu perang sedang hangat.. bekalan senjata & peluru anda kehabisan pula. Akhirnya.. terkorbanlah anda di medan perang..

Jadi.. usah terburu-buru, sememangnya, kita perlu berani mengambil risiko untuk berjaya.. tetapi.. tahukah anda? Orang yang mengambil risiko tanpa sebarang perancangan.. bukanlah seorang “risk taker”.. tetapi mereka hanyalah seorang “gambler”. Besar perbezaannya tu.. risiko hanyalah perlu diambil setelah anda mempunyai rancangan/cara untuk mengatasinya.. jika tidak.. usah memperjudikan hidup anda.

3 – Sokongan Emosi

Emosi juga kadangkala boleh menjadi penyebab dan batu penghalang kepada seseorang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Perasaan ragu-ragu dan tidak yakin kepada keupayaan diri sendiri seringkali menghantui diri.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah menempatkan diri anda dikalangan orang-orang yang positif dan memandang perniagaan itu sebagai sesuatu yang baik & mulia . Sokongan keluarga juga amat penting. Seelok-eloknya, dapatkan restu dari ibu, bapa, suami @ isteri anda sebelum anda memulakan perniagaan anda sendiri.

4 – Takut

Takut adalah sesuatu yang subjektif… setiap orang mempunyai ketakutan terhadap sesuatu perkara yang berbeza-beza.

Ada sesetengah orang takut pada hantu..
Ada sesetengah orang takut untuk bersemuka dengan pelanggan yang garang..
Ada sesetengah orang takut untuk bercakap di hadapan orang ramai..
Ada sesetengah orang amat takut jika barang jualan mereka tidak laku..
Ada sesetengah orang takut perniagaan mereka gagal..
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah mengenalpasti punca perasaan takut tersebut. Kemudian, barulah anda boleh mencari jalan untuk mengatasinya.

Contohnya..

Takut gagal dalam perniagaan.. maka anda perlulah menyediakan perancangan yang rapi untuk perniagaan anda… jika anda takut ia tidak lengkap.. dapatkan nasihat/pandangan daripada pakar@ orang yang berpengalaman tentang rancangan perniagaan anda

Takut kehilangan pendapatan tetap dari pekerjaan makan gaji anda.. maka anda perlulah menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi yang dapat menampung perbelanjaan sara hidup anda..

Takut untuk melayan karenah pelanggan.. mungkin anda boleh upah seseorang untuk menguruskan pekerjaan itu..

Takut produk jualan tak laku… maka anda perlulah membuat kajian “supply & demand” terlebih dahulu sebelum anda memulakan perniagaan anda..

Takut kena ngurat dan hilang konsentrasi dalam perniagaan… kahwinlah cepat-cepat.. oh!

Kesimpulannya, itulah 4 perkara yang paling kerap menjadi penghalang untuk seseorang memulakan perniagaan mereka sendiri, sama ada perniagaan internet mahupun perniagaan konvensional.. jadi.. sekarang.. kenalpasti apakah faktor yang menjadi penghalang anda selama ini.. selepas itu.. cuba atasinya dan hapuskannya agar anda dapat memulakan perniagaan anda sendiri.

Selamat berniaga & selamat menjadi usahawan… yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “4 halangan memulakan perniagaan..

  1. Sewaktu saya berumur 21 tahun, saya telah menonton rancangan nona (kalau tak silap), topik pada hari itu telah membincangkan tentang “Mengapa seseorang lelaki itu tidak berkahwin lagi walaupun umur dah lanjut (lebih 30)”.. antara personaliti yang ditemuramah pada waktu itu ialah azwan ali, lepas tu ada seorang ahli perniagaan melayu dan ada beberapa lagi orang lelaki bujang yang berjaya.. saya tak ingat siapa nama mereka itu.

    Tetapi, apa yang paling saya ingat.. ialah jawapan yang mereka berikan apabila ditanya “Mengapa anda masih belum berumahtangga?”..

    Kebanyakkan jawapan yang mereka berikan ialah… “Saya terlalu sibuk…. sibuk dengan kerjaya & perniagaan, tiada masa untuk bersosial dan memikirkan soal perkahwinan”

    Pada waktu itu.. terus terdetik di dalam hati saya.. saya tidak mahu jadi seperti orang-orang ini.. saya berjanji.. saya tidak mahu kerjaya @ perniagaan yang akan saya bina kelak menjadikan saya seseorang yang sibuk sehingga terlupa untuk mendirikan rumahtangga..

    jadi.. cara yag paling baik untuk mengelakkannya.. saya kena cepat-cepat kahwin sebelum saya terperangkap dengan situasi/fasa kehidupan yang “sibuk mencari kekayaan @ membina kerjaya”..

    Alhamdulilah… saya berjaya mengelakkan perangkap “sibuk sampai terlupa nak kahwin” tersebut.. ho! ho! ho!!..

    Pengajaran disini… hati-hati dengan rancangan TV yang anda benarkan anak anda menontonnya.. oh!

  2. huhhuhu, nampaknya kena kahwin cepat2 ni, takut nanti kena perangkap “sibuk sampai lupa nak kahwin” yang shuth ckp tu…hohohohoh

  3. Alhamdulillah, nasib baik saya dh kawin :) Saya rasa sibuk tu cuma alasan, setiap org yg bernyawa dan bekerja mesti sentiasa sibuk dgn urusan dunia dan akhirat. Cuma terpulang pada kita mcmana nk uruskannya.

    Meminjam prinsip Law of Attraction, klu kira pikir kita sibuk, bermakna sibuk akan sentiasa menghampiri kita, so jgn la fikir atau ckp sibuk, sbbb takut2 nnti kita tersibukkan diri sendiri plak, walaupun utk perkara yg tidak sepatutnya manjadikan diri kita sibuk.

    Kecuali sibuk menegrjakan Ibadat, itu boleh terima dan amat digalakkan. Tapi jarang org cakp aku sibuk beribadat, sbb itu menunjukkan kita riak atau mmg kita tak penah sibuk utk beribadat.

  4. info yang menarik bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan. saya tertarik kepada sokongan emosi. saya dapati ramai yang kecundang kerana tiada sokongan emosi terutama dari ahli keluarga terdekat. kecuali mereka yang betul2 tabah.

  5. sokongan emosi ni kena tengok diri sendiri jugak.. kalau dah senang rendah diri, susahlah nak berniaga… buat apa kerja pun,tak semua orang sokong, tak semua orang bantah.. kena latih diri untuk tidak terlalu emosional..

    untuk setiap jualan yang terhasil, hebahkan kepada yang membantah, agar mereka menyokong kita pula.

  6. Takut kegagalan tu lebih lebih lagi kalau kita dah ada tanggungan anak dan isteri. Bukan apa takut tak dapat beli susu anak, sebab tu laa kalau nak mulakan perniagaan tu mulalah masa masih bujang, kerana orang bujang ni kurang tanggungan.

  7. tuan blog…pening lah kt sini cam rojak..le susun tk topik2 kt sini…
    best blog ni byk info..tapi pblemnye..nak baca topik yg lum habis baca..susah nk cari lagi..harap pertimbankan ye.

  8. berkenaan kurang ilmu tentang perniagaan,

    ramai orang memilih untuk menjadi mahir dulu baru nak mulakan sesuatu,

    tapi..

    pada tahap mane baru kite dikire sebagai mahir?

    cume pandangan yang tak seberape dari saya,

    kalau kita dah ade ilmu dalam bidang perniagaan, cume tak la berape mahir sangat,

    boleh la mulekan terus untuk berniaga, biarlah mula dengan apa yang ada atau mule je dulu dengan sedikit ilmu,

    daripada tunggu ilmu tu penuh tapi perniagaan masih lagi tak mula2

  9. saya berminat utk niaga…tp tak berani utk memulakannya….sokongan juga kurang…ada bf tetapi x berminat utk berniaga…kalo boleh ingin mengajak beliau utk turut sama supaya dpt berniaga sama2 setelah berkahwin nanti….buntu dan harapan semoga ade teguran dr kalian..TK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>