Berhijrah lah….
Ho! ho!.. sudah 4 hari saya tidak update blog ini.. saya minta maaf. Saya telah pulang ke kampung pada hari sabtu & ahad lepas, walaupun saya masih boleh memasuki internet sewaktu di kampung (menggunakan laptop + n95 + celcom broadband daily)... tetapi entah mengapa, saya tiada mood untuk menulis blog.
Kepada peminat-peminat setia blog ini yang datang 5 kali sehari ke sini, saya mohon maaf kerana membuat batin anda terseksa selama 4 hari.. Oh!
Setiap kali pulang ke kampung, ibu & bapa saya akan melaporkan berita-berita tentang perkembangan semasa orang-orang kampung kepada saya…
Berita si pawang beristerkan jin yang sudah meninggal dunia akibat sakit..
Berita si samseng kampung yang sudah meninggal dunia sewaktu di dalam penjara..
Berita si awek lama anak dara jiran yang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati ..
Berita kedai yang baru dibuka….. dan macam-macam lagi..
Ada juga saya berjumpa dengan seorang rakan lama di kampung.. sekali pandang.. muka beliau memang sama sahaja seperti dulu.. apabila saya bertanyakan khabar dan perkembangan diri beliau.. nampaknya seperti tiada apa-apa perubahan.. masih bekerja di kilang yang sama.. masih menunggang motorsikal yang sama dan masih membuat aktiviti-aktiviti yang sama seperti melepak di tepi tembok dan mengurat budak-budak sekolah yang baru pulang dari sekolah…
Saya hanya mampu memandang dan memerhati.. nak tegur pun tak makan saman… hmm.. entahlah. Sememangnya, kalau kita sudah terlalu lama berada di dalam suatu persekitaran @ tempat, kita sememangnya kita akan berasa sangat selesa dan tidak mahu berubah.
Ditambah lagi dengan pengaruh rakan-rakan sekeliling yang “sama macam tu je” sejak dulu hingga kini.. sememangnya tidak akan ada “momentum” yang dapat membantu untuk bergerak kearah kemajuan diri.
Untuk orang-orang seperti ini, saya rasa adalah lebih baik mereka ini berhijrah & keluar dari kampung.. merantau dan melihat negeri orang… belajar berdikari dan hidup sendiri. Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan, semakin jauh seseorang itu merantau, maka semakin tinggilah “skill survival” mereka. Ilmu & pengalaman juga akan turut bertambah..
Orang-orang dari indonesia, bangladesh, myanmar, filipina dan sebagainya yang datang secara haram berhijrah ke malaysia.. kebanyakannya, berjaya mempertingkatkan diri dan kehidupan mereka.. walaupun tidak mewah, tetapi ianya masih tetap lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kehidupan mereka di kampung sebelum ini..
Namun begitu, saya tidaklah bermaksud menyuruh orang-orang di kampung ini berhijrah ke luar negara.. dapat keluar dari negeri kelahiran mereka pun sudah mencukupi. Tidak perlu lama.. 1-2 tahun pun sudah memadai.. banyak perkara yang akan dapat dipelajari.
Kadangkala sedih juga saya melihat segelintir rakan-rakan saya di kampung.. sepanjang usianya hanya dihabiskan di kampung sahaja. Setalah 30 tahun hidup di bumi ini, belum sekalipun mereka berkesempatan menjejakkan kaki ke negeri lain.. apatah lagi ke KLCC, Putrajaya, KLIA ataupun Nilai 3… Oh!. Hidupnya hanya di sekitar kampung, kampung sebelah dan kampung sebelah-sebelah sahaja..
Jadi.. tidak hairanlah.. setiap kali pulang ke kampung saya lihat mereka.. masih juga macam-macam itu je…… sama seperti dulu.. petang-petang duduk tepi simpang.. mengurat budak sekolah… hmm..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Hoho, saya sudah berada 6 tahun di Johor.
Bila balik kampung, saya juga melihat beberapa kawan yg masih spt dulu. Nampaknya mereka memang perlu berhijrah. Tapi jagalah diri. Jangan skrg dah teruk, bila dah ke bandar lagi teruk. Hoho..
Slmt berpuasa.
ps. Sy pun ber-HP baru => N70 jer.
yeaaaaahhhhhhhhh… saya pun naik syiok bila berhijrah keluar dari kampung yang tak akan membangun dalam masa 5 tahun mendatang. kalau tak keluar dari kampung 2 tahun lalu, agaknya saya masih mengharapkan not RM50 untuk bertahan selama 2 minggu. wooooo..
Samalah tu. Memang kena hijrah. Takkan nak duk rumah je..Cabarlah diri tu sikit..Apa-apapun. Selamat berpuasa. Sape tak pose, tak leh raya aa..
Ps: Aku pun berHP baru. Tapi sony ericsson W70i aje..Itu je yang mampu..
Balik kampung ni memang seronok terutama untuk kita yang duduk di bandar besar dan yang dah lama berhijrah nii. Apa kata kau upload kan sekeping dua gambar kg kau tu,kan lagi seronok kita berkongsi pengalaman.
Tapi balik kampung jadik tak seronok bila kampung kita ialah bandar diraja… dan kawan2 pula banyak yg sudah berpindah… x best..
mr lonely -akon-
ps: tapi, lepak ngan fmaily mmg best. Penangan adik2 yg sengal mmg meriah.
Robotys orang kuale kangsar ke? Bakal orang rumah orang sana..
Huhuhu..kene berhijrah ni..Lepas raya, saya akan berhijrah ke KL di Kota Damansara. Tempat yang kurang sesak di sana.hehehe
Bebudak tu tak sedar2 lagi. Asyik duk dgn mak bapak mmg tak rasa apa2. Takkan mak bapak nk biarkan diorang tak makan kan?
Klu dah terkan akat batang hidung sendiri, baru nk sedar kot. Baru tau mcmana susahnye hidup. Sama je kat mana2 pun. Klu kat pekan, diorang melepak cyber cafe, shoping complex.
Bakat atau tenaga yg diorang dibazirkan bigitu sahaja. Rugikan bangsa dan negara
zul & titan > wah.. ada handphone baru juga yer! tahniah!
saharman > gambar?.. hmm.. tak terfikir pula nak ambil gambar kampung.. mungkin lain kali saya akan cuba ambil..
Kadang-kadang.. bila balik kampung.. saya terfikir juga.. apa yang boleh saya buat untuk membantu orang2 kampung?.. nak ajar internet bisnes.. komputer pun diorang tak pernah pegang.. nak ajar buat bisnes betul.. susah lah pulak nak mengajar secara jarak jauh.. hmm.. kadang2 buntu juga.. tgklah nanti.. maybe bila saya dah berjaya betul2 suatu hari nanti, mungkin saya boleh buka satu projek besar-besaran untuk orang kampung.. projek penternakan ke? pertanian ke.. insyallah saya akan buat kalau ada rezeki kelak..
wahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaa…. itulah dia realiti kehidupan kat kampung. mereka yang berhijrah dengan cara hijrah mereka dan mereka yang melepak kat kampung dengan cara yang tersendiri…
memang wajar berhijrah untuk memantapkan skill kehidupan… huhuuuu.
salam,
Allah pun menyuruh kita bertebaran di muka buminya. Memang apabila kita berhijrah ketempat lain, hidup kita akan jadi lebih survival.Tengok sahaja golongan imigran pasca kemerdekaan yang menguasai ekonomi kerana mereka tidak berada di zon selesa. Anak muda zaman sekarang kurang daya tahan kerana mereka berada di zon selesa.
Sesekali cuba keluar daripada berada di zon selesa,nescaya akan lebih mengajar kita erti kehidupan
sedih nya tak terhingga ar suth…. saya telah di ban dari google adsence oleh sebab kerakusan diri sendiri… bagaimana nak aply semula google adsence nih yer?
Salam Shuth..(saya e-fun WC)
Sedih melihatkan anjakan paradigma sifar oleh rakan-rakan kita di kampung. Masih tetap seperti dulu. Orang tua-tua masih menghabiskan sisa usia di warung kopi, walau saham dunia jadi bahan bualan. Makcik-makcik masih sibuk dengan mesyuarat jendela. Sampai bila kita nak lihat wajah-wajah suasana begini?
Saya pasti, abg shuth, pembaca lain, termasuk saya, ada menanam cita-cita untuk menaikkan semangat anak muda di kampung sana. Semoga cita-cita melihat anak bangsa dimudahkan olehNya.
“(Siksaan) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. “Al-Anfaal, 53
shuth :
“tgklah nanti.. maybe bila saya dah berjaya betul2 suatu hari nanti, mungkin saya boleh buka satu projek besar-besaran untuk orang kampung.. projek penternakan ke? pertanian ke.. insyallah saya akan buat kalau ada rezeki kelak..”
–kita punya cita-cita yang sama–Amin..