Selamat pagi malaysia…

Tengahari tadi, saya telah berkesempatan untuk bertandang ke RTM di angkasapuri untuk tujuan rakaman segmen resensi yang terdapat di dalam rancangan selamat pagi malaysia, yang disiarkan setiap hari di RTM 1.

Saya tahu.. ramai yang tidak pernah dengar rancangan ini, bagi yang tidak tahu… “Resensi ” adalah salah satu segmen yang terdapat di dalam rancangan “Selamat Pagi Malaysia”.. dalam segmen ini, ia membicarakan tentang buku-buku yang terdapat di pasaran bersama-sama penulis buku tersebut. Pengcaara bagi segmen ini ialah saudara Sayed Munawar..

Alhamdulilah, tengahari tadi.. saya serta beberapa orang penulis dari Truewealth Publishing telah dijemput ke RTM untuk membuat rakaman bagi segmen tersebut.

Penulis-penulis Truewealth

Dari kiri : nirmitha (staff truewealth) , shuth , osman affan , zamri nanyan , eruwan gerry , irwan dahnill

Pertama kali berhadapan dengan kamera memang sedikit gementar, tapi nak tak nak.. kenalah juga hadapinya.. dah lama saya tidak merasai pengalaman pertama di dalam melakukan sesuatu.. Soalan untuk anda.. “When the last time u did something for the first time?”

mohd suhaimy di rtm

Bila akan ditayangkan di TV? hmm.. saya tak pasti.. saya akan maklumkan kepada anda kelak…

Hmm.. buku apakah yang saya tulis sampai kena temuramah di dalam rancangan TV ini? Oh!.. terlupa pula nak beritahu.. saya akan umumkannya esok@lusa di blog ini.. Tungggguuuuu! ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 thoughts on “Selamat pagi malaysia…

  1. wahh. shuth dah masuk tv la.. tahniah shuth.. semoga lebih berjaya nanti insya’Allah.

    ps:sy tgh berangan2 nak masuk tv.. dapat jadi hang kebun pun jadi la.. hehe..

  2. Pingback: Shuth Jadi Penulis Buku?

  3. Shuth jangan lupa kalau boleh rakamkan & upload kat youtube ye bukan apa rancangan ni disiarkan waktu pagikan mesti aku terlepas peluang nak tengok.

  4. Pingback: Pendapatan Pasif, Passive Income, Menulis Buku, Menulis blog, Buat Duit Dengan Sms, Rahsia Raja Lelong, » Noorizam Shah dot com - mengangkat penulisan bebas berkarya di bumi demokrasi...

  5. Tadi pagi saya tgk RTM.. saya lihat, segmen resensi tu dipaparkan pada pukul antara 8.30 pagi – 8.45 pagi. Hari ini, temuramah dengan Dr. Rozita penulis buku Cool mum Super Dad dimana rakaman tersebut telah dibuat semalam… turn saya? tak tahulah biler.. mungkin boleh start tgk Selamat Pagi Malaysia setiap hari mulai hari ini.. rakaman temuramah bersama irwan dahnil, osman affan, eruwan, zamri nanyan pun telah dibuat semalam.. mungkin akan dipaparkan dalam beberapa hari nie..

  6. Detik permulaan untuk sesuatu yg lebih besar! Tahniah!

    p/s bila nak buat promotion buku tu? Nak mintak autograph Shuth sekali.

  7. Pingback: Bagaimana nak kaya? Kena kahwin … at Pakej percutian menarik malaysia

  8. Shuth, Osman, Zamri dan Irwan, saya dah jumpa. Eruwan jer belum.

    Tahniah sahabat2 ku. Tumpang bangga dan gembira sekali.

    ps. Shuth, ada sebut wangcyber.com tak? :D

    pps. Tunggu turn Sham (rajaadsense) pulak tulis buku. Katanya dalam proses. Cepat2 sket Sham, kan tajuk tu diambil orang plak. ;)

  9. Pingback: Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » Ada apa dengan TV ?

  10. saya perlukan bantuan semua…tentang produk kesihatan yg ditayangkan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia bertarikh 17 Mei 2011. rancangan tue ada bgtau produk kesihatan tntg pelbagai penyakit…just nk tahu nama produk dan nmbr contact..please help me…maklumat tu amat diperlukan…xtau nk cari katne lg…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>