19
Sep
07

Selamat pagi malaysia…

Tengahari tadi, saya telah berkesempatan untuk bertandang ke RTM di angkasapuri untuk tujuan rakaman segmen resensi yang terdapat di dalam rancangan selamat pagi malaysia, yang disiarkan setiap hari di RTM 1.

Saya tahu.. ramai yang tidak pernah dengar rancangan ini, bagi yang tidak tahu… “Resensi ” adalah salah satu segmen yang terdapat di dalam rancangan “Selamat Pagi Malaysia”.. dalam segmen ini, ia membicarakan tentang buku-buku yang terdapat di pasaran bersama-sama penulis buku tersebut. Pengcaara bagi segmen ini ialah saudara Sayed Munawar..

Alhamdulilah, tengahari tadi.. saya serta beberapa orang penulis dari Truewealth Publishing telah dijemput ke RTM untuk membuat rakaman bagi segmen tersebut.

Penulis-penulis Truewealth

Dari kiri : nirmitha (staff truewealth) , shuth , osman affan , zamri nanyan , eruwan gerry , irwan dahnill

Pertama kali berhadapan dengan kamera memang sedikit gementar, tapi nak tak nak.. kenalah juga hadapinya.. dah lama saya tidak merasai pengalaman pertama di dalam melakukan sesuatu.. Soalan untuk anda.. “When the last time u did something for the first time?”

mohd suhaimy di rtm

Bila akan ditayangkan di TV? hmm.. saya tak pasti.. saya akan maklumkan kepada anda kelak…

Hmm.. buku apakah yang saya tulis sampai kena temuramah di dalam rancangan TV ini? Oh!.. terlupa pula nak beritahu.. saya akan umumkannya esok@lusa di blog ini.. Tungggguuuuu! ..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


20 Responses to “Selamat pagi malaysia…”


  1. 1 emzek Sep 19th, 2007 at 12:45 pm

    wahh. shuth dah masuk tv la.. tahniah shuth.. semoga lebih berjaya nanti insya’Allah.

    ps:sy tgh berangan2 nak masuk tv.. dapat jadi hang kebun pun jadi la.. hehe..

  2. 2 sAf-OnE Sep 19th, 2007 at 1:38 pm

    Tahniah Shuth!!! Sy bangga sbb kenal shuth dr dulu lg..

  3. 3 sham Sep 19th, 2007 at 3:28 pm

    hohoho… The blog reveal… Tahniah dengan pelancaran buku nanti shuth..

  4. 4 Maizul Sep 19th, 2007 at 9:49 pm

    Shuth jangan lupa kalau boleh rakamkan & upload kat youtube ye bukan apa rancangan ni disiarkan waktu pagikan mesti aku terlepas peluang nak tengok.

  5. 5 Noorizam shah Sep 20th, 2007 at 12:39 am

    tahniah shuth.. tahniah!!

  6. 6 Badruzamani Azmi Sep 20th, 2007 at 1:37 am

    Tahniah Shuth a.k.a Suhaimy. Semoga rezeki bertambah lagi :)

  7. 7 tazamfn Sep 20th, 2007 at 1:48 am

    Ho ho shuth dah masuk TV teringat bila mula saya mula mula jadi pak pacak dalam drama gol dan gincu ohhh

  8. 8 shuth Sep 20th, 2007 at 2:29 am

    Tadi pagi saya tgk RTM.. saya lihat, segmen resensi tu dipaparkan pada pukul antara 8.30 pagi - 8.45 pagi. Hari ini, temuramah dengan Dr. Rozita penulis buku Cool mum Super Dad dimana rakaman tersebut telah dibuat semalam… turn saya? tak tahulah biler.. mungkin boleh start tgk Selamat Pagi Malaysia setiap hari mulai hari ini.. rakaman temuramah bersama irwan dahnil, osman affan, eruwan, zamri nanyan pun telah dibuat semalam.. mungkin akan dipaparkan dalam beberapa hari nie..

  9. 9 vangardx Sep 20th, 2007 at 4:20 am

    tahniah shuth, patutla skang antar mesej kat ym tak reply2, sibuk depan kamera rupanya :p

  10. 10 BenJol Sep 20th, 2007 at 4:46 am

    Detik permulaan untuk sesuatu yg lebih besar! Tahniah!

    p/s bila nak buat promotion buku tu? Nak mintak autograph Shuth sekali.

  11. 11 smartzul Sep 20th, 2007 at 8:25 am

    Shuth, Osman, Zamri dan Irwan, saya dah jumpa. Eruwan jer belum.

    Tahniah sahabat2 ku. Tumpang bangga dan gembira sekali.

    ps. Shuth, ada sebut wangcyber.com tak? :D
    pps. Tunggu turn Sham (rajaadsense) pulak tulis buku. Katanya dalam proses. Cepat2 sket Sham, kan tajuk tu diambil orang plak. ;)

  12. 12 abdfatah Sep 20th, 2007 at 9:08 am

    jangan lupa rekodkan dan buat simpanan. kalo ada yang miss boleh jenguk semula…

  13. 13 kams Sep 21st, 2007 at 1:01 am

    Tahniah bro shuth… makin naik saham tu.. ;-)

  14. 14 shuth Sep 21st, 2007 at 1:05 am

    Aduh.. saya punya rakaman keluar hari ni.. sempat rakam separuh je.. oh! :( Ada sesiapa yang sempat rakam full tak?

  15. 15 shah Sep 22nd, 2007 at 2:54 am

    Perhh…segak2..kacak2 semua…apa pun tahniah2..rezeki bulan Ramadan kot !!

  16. 16 abdfatah Sep 23rd, 2007 at 3:20 am

    rasanya boleh kontek rtm agaknya. kontek jangan tak kontek…

  1. 1 Shuth Jadi Penulis Buku? Pingback on Sep 19th, 2007 at 6:54 pm
  2. 2 Pendapatan Pasif, Passive Income, Menulis Buku, Menulis blog, Buat Duit Dengan Sms, Rahsia Raja Lelong, » Noorizam Shah dot com - mengangkat penulisan bebas berkarya di bumi demokrasi... Pingback on Sep 20th, 2007 at 1:06 am
  3. 3 Bagaimana nak kaya? Kena kahwin … at Pakej percutian menarik malaysia Pingback on Sep 20th, 2007 at 8:15 am
  4. 4 Usahawan, Perniagaan, Perniagaan Teknologi & Internet, Pemasaran SMS » Ada apa dengan TV ? Pingback on Sep 21st, 2007 at 4:03 am

Leave a Reply