23
Sep
07

Ebook tak laku di bulan puasa?

Pada mulanya, saya juga merasakan begitu.. apabila tiba bulan ramadhan, mungkin jualan ebook saya “Maskahwin Yang Hilang” akan menurun. Maklumlah, bulan puasa, orang lebih berminat untuk membeli makanan daripada membeli ebook. Tambahan lagi hari raya akan tiba, maka, mungkin duit yang ada akan disimpan dan digunakan untuk tujuan hari raya nanti. Nak beli kuih, baju raya, tiket bas (ada lagi ke?) ,kad raya, langsir baru, bunga api dan sebagainya.

Disebabkan bajet yang banyak perlu diperuntukan untuk digunakan bagi tujuan menyambut hari-raya kelak. Maka bajet-bajet yang tidak mengambarkan @ mengarah kepada sambutan “hari raya” akan dikurangkan.  (Hmm… mungkin saya boleh keluarkan ebook berjudul “Ketupat yang hilang - panduan menjimatkan wang dihari raya!”… oh!)

Saya tidak pasti adakah perkara ini hanya berlaku kepada saya atau ia berlaku kepada semua penjual2 ebook di internet. Pada minggu pertama menyambut bulan ramadhan, ebook maskahwin telah mencatakan peningkatan jualan sebanyak 100%. Jika sebelum ini, ebook maskahwin hanya terjual 4-5 buah sehari, tetapi, sejak hari pertama puasa, ebook maskahwin telah terjual sebanyak 8-12 naskah sehari. Agak menghairankan.. mengapa yer?

Saya tidak pasti apa yang menyebabkan peningkatan jualan tersebut.. setahu saya, saya tidak ada buat sebarang promosi @ beli iklan dimana2..  saya juga tidak ada buat potongan harga diskaun.. jadi saya tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan peningkatan jualan tersebut.

Setelah beberapa lama berfikir..  saya membuat “andaian yang tidak berasas”. Andaian saya… di bulan puasa, orang ramai, khususnya pekerja-pekerja di pejabat tidak akan keluar makan pada waktu tengahari. Oleh itu, apa yang mereka buat pada waktu tersebut, hanyalah duduk di depan komputer dan menghabiskan masa dengan melayari internet. Pendek kata, waktu mereka melayari internet di bulan puasa adalah lebih panjang berbanding bulan tidak puasa.  Jika sebelum ini mereka tidak ada masa untuk membaca salesletter di website2 yang menjual ebook.. tetapi di bulan puasa.. disebabkan mereka ada banyak masa, maka mereka dengan rajinnya akan membaca salesletter2 yang panjang di website penjual ebook. Dengan keadaan yang sedang lapar disebabkan puasa, emosi seseorang memang lebih mudah untuk dipengaruhi.. ditambah lagi dengan ayat-ayat membunuh yangterdapat di dalam sesebuah salesletter.. maka, tidak hairanlah mereka akan lebih mudah terpengaruh dan akhirnya.. mengambil keputusan untuk membeli ebook tersebut… oh! (saya dah cakap.. andaian ini adalah andaian tidak berasas.. )

Agak-agak.. boleh pakai tak andaian saya itu?.. ataupun.. anda ada andaian yang lebih menarik?… mengapa tiba2 jualan ebook saya bertambah di bulan puasa? Adakah sebab musim kahwin dah nak dekat?.. hmmm… rasanya jauh lagi nak tiba bulan 12….

Jika betullah “andaian yang tidak berasas” saya itu.. maka saya rasa.. inilah masanya untuk penjual2 ebook semua mempromosikan dengan lebih gigih lagi ebook2 mereka.. ho! ho! ho!…

Berdasarkan andaian yang tidak berasas saya itu, maka saya rasa dakwaan bahawa ebook tidak laku dibulan puasa.. mungkin boleh sedikit diketepikan.. ho! ho! ho!.. (Err.. dakwaan ebook tidak laku di bulan puasa.. berasas ke?)

Apa-apa pun.. selamat berpuasa dan jangan jemu-jemu mempromosikan produk anda..  Yosh!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


20 Responses to “Ebook tak laku di bulan puasa?”


  1. 1 sham Sep 23rd, 2007 at 10:06 am

    Wah..meningkat ke shuth…Saya punye nak kata meningkat tak la jugak tapi turun pun tak sebab bulan puasa laku banyak yang pakej yang RM80 berbanding RM50..Sales kurang tapi margin tinggi..

    Kita tengok minggu kueh raya nanti plak (minggu ke 4).

  2. 2 titan Sep 23rd, 2007 at 3:34 pm

    Selalunya macam tu. Bulan puasa ni tak tau apa nak buat. Baik beli e-book pastu study apa-apa yang patut kan? Tapi tengok ebook gak. Ebook mahal2 memang tak ramai orang beli. Kalau bawah RM20. Tak ada masalah bagi diorang..

  3. 3 Azahari Sep 23rd, 2007 at 11:46 pm

    Saya taktau la tentang ebook, tapi produk CD Perisian Percuma agak ’slow’ di bulan puasa ni… mungkin kurang sesuai dengan mood puasa kot.. kalau ebook Maskahwin tu mungkin meningkat sebab ramai juga yg nak kawin bulan Syawal nanti…

    Market ni susah jugak nak jangka….kadang-kadang target tinggi tapi tak sampai pulak..bila tak target menderu pulak masuk…hehehe

  4. 4 Noorizam shah Sep 24th, 2007 at 12:27 am

    hohoho shuth.. saya punya komisyen mas kahwin masih tergantung dan 2 bulan dah… takda perkembangan lagi ker mengenai pembayaran. ;)

  5. 5 shuth Sep 24th, 2007 at 1:20 am

    oh!.. maaf norizam.. norizam punya bank cimb.. kalau nak transfer kena pakai akaun orang rumah, tu yang saya asyik terlupa je nak transfer tu. Kalau maybank memang dah setel dah.. takper.. kejap lagi saya bayar. maaf yer.

  6. 6 Noorizam shah Sep 24th, 2007 at 2:48 am

    hehehe.. saya pun gatal pie tukar akaun maybank ke cimb.. tu pasal la tergantung.. hohoho.. TQ .. dah dapat. ini kali ke 10

  7. 7 pakdi Sep 24th, 2007 at 3:26 am

    budak2 u baru pas konvo… ;)

  8. 8 abdfatah Sep 24th, 2007 at 8:19 am

    rasanya kalo awal2 bulan puasa memang macam tu. orang tak makan banyak. banyak makan untuk malam dan sahur je. selebihnya boleh laa beli ebook yang bermanfaat untuk masa depan. lebih2 lagi ebook maskahwin ada citer pasal puasa jugak. nak jimat kena puasa laaa… baru bleh uruskan kewangan dengan jayanya. begitu jugak dengan mereka yang merokok. save budget sebab tak seduuuuut rokok sepanjang bulan puasa… ada isi pentung berkenaan rokok jugak dalam ebook maskahwin…?

    dan macam2 laa yang boleh digunapakai melalui ebook maskahwin…

    nampaknya testimoni tak berasas dari shuth sendiri berkenaan kelarisan ebooknya itu sedemikian rupa boleh digunapakai jugak untuk puasa tahun hadapan… miahahahaa

    haaaa? testimoni dari shuth sendiri?

  9. 9 Azam Sep 24th, 2007 at 8:35 am

    rasanya di mana boleh saya dapat fizikal book for Mas Kahwin?

    thanks
    Azam
    PJ

  10. 10 Maizul Sep 24th, 2007 at 9:09 am

    Tahniah shuth mungkin andaian tersebut boleh diterima pakai.

  11. 11 Tazilan Sep 24th, 2007 at 11:06 am

    Memang saya perhatikan bulan puasa tahun lepas jualan meningkat. Begitu juga dgn tahun ini, tapi… false order (tipu) pun meningkat juga sekali ganda!

    Hai… bulan puasa pun nak ‘bergurau’ jugak ke?

  12. 12 sham Sep 24th, 2007 at 12:01 pm

    Bergantung pada niche gak kot.. niche kewangan memang orang cari ketika bulan puasa sebab nak save duit untuk raya & musim kawin yang akan datang..

    Fake buyer pun agak banyak..arini je 4 fake buyer..huhuhu

  13. 13 abdfatah Sep 24th, 2007 at 5:41 pm

    haaa… suka hati je nak membeli tanpa duit… itu pasal jadi pembelian suka-suka je…

  14. 14 smartzul Sep 25th, 2007 at 10:56 am

    Saya rasa ini andaian saya Shuth:

    1. Dekat raya ni, orang mahu tambah pendapatan. Salah satunya melalui program Affiliate.

    2. Promosi dari affiliates yg ‘agresif’ tersebut diikuti dengan harga Ebook yg mampu dimiliki ramai, maka conversion rate pembelian akan jadi tinggi.

    3. Mungkin juga andaian Shuth yg ramai orang nak kawin masa raya ni mendorong pembelian ebook mcm ni juga boleh diterima. ;)
    Saya rasa Ebook (dulu buku) Maskahwin ni dah berusia dua tahun. Tahniah!

  15. 15 ahib0205 Sep 25th, 2007 at 2:58 pm

    huhuh shuth, sy nk tambah satu agi andian sy:

    time ramdhan ni lebh ramai akan paham tentang apa itu perniagaan internet. Sbb mcm shuth bgtau tu yg depa ni lbh lama layari internet

    P/s: ptg td sy sempat ajar kawan sy tentang apa itu adsense. so baru dia paham n dia smgt betul nk tau agi :) Jom2 meriahkan agi dunia cyber dgn BENCI PELABURAN INTERNET! :)
    SALAM ramadhan, salam beribadah…

  16. 16 aku Sep 26th, 2007 at 7:24 am

    betullah kot andaian tu.. macam betul.. hmm.. betullah kot..

  17. 17 fayz Sep 27th, 2007 at 10:04 am

    saya ada buat special posting pasal artis kahwin…and optimise kan posting nie..think that’s why the sales shoot up..last month dapat jual lebih 40 buku..x dapat lebih komisyen ke shuth? hehe..tertunggu duit bonus dari maskahwin..

  18. 18 zaki blogjer Oct 6th, 2007 at 1:45 am

    Andaian saya, masa saya keje dgn syarikat yg boss dia Org Islam, bonus selalunye keluar masa nih. SO bonus tu diorang guna utk beli e-book (dan tentu simpan utk kawin)

  19. 19 rashid Nov 9th, 2007 at 11:45 am

    nak tanya encik suhaimy, bisnes ni macamna ye nak dijalankan?
    harap encik dapat memberi sedikit panduan kepada saya mengenai produk jualan encik..
    sekian, terima kasih..

  20. 20 Abdul Rashid Basar Sep 4th, 2008 at 7:27 am

    Bulan puasa ni ramai yang sayang nak keluar duit beli ebook tetapi tak sayang beli juadah buka puasa sampai membazir jadinya. Nafsu manusia………ARB Dagang

Leave a Reply