26
Sep
07

warna kejayaan… hitam @ putih?

Terdapat 2 cara untuk anda mencapai keajayaan di dalam hidup ini. Saya tidak tahu apakah nama yang sesuai untuk diberikan kepada 2 cara itu… jadi.. izinkan saya memberikannya nama, iaitu kejayaan hitam & kejayaan putih.

+ Seseorang boleh menjadi jutawan dengan menjalankan sesebuah perniagaan yang sah disisi undang-undang dan agama seperti menjual keropok lekor ke pasaran antarabangsa, menjual kuih-kuih tradisional ke luar negara dan sebagainya.
+ Seseorang juga boleh menjadi jutawan dengan menjadi ketua penyangak kepada pelaburan haram, skim cepat kaya mahupun ketua pengedar dadah.

+ Seseorang boleh menjawat jawatan yang tertinggi didalam sesebuah organisasi dengan bekerja kuat, jujur, amanah dan bersikap saling hormat menghormati.
+ Seseorang juga boleh  menjawat jawatan yang tertinggi didalam sesebuah organisasi dengan membodek, membuat fitnah, berhasad dengki & menjatuhkan orang lain.

+ Seseorang boleh berjaya mendapat pendapatan yang besar di internet dengan menjalankan perniagaan yang sah, mempromosikan produk-produk affiliate dengan berhemah serta membina blog yang berkualiti.
+ Seseorang juga boleh berjaya mendapat pendapatan yang besar di internet dengan menjual senarai email yang dikumpul secara haram, membuat spam dalam mempromosikan produk affiliate serta membuat blog-blog yang berstatus sampah.

Sememangnya terdapat banyak jalan untuk kita mencapai impian serta cita-cita yang kita impikan. Namun begitu.. kesemua jalan tersebut boleh dibahagikan kepada 2 kategori warna.. iaiatu sama ada hitam.. atau pun putih.

Kisah kejayaan yang berwarna putih sudah semestinya akan menjadi sebuah kisah yang menarik untuk didengari dan dibanggakan, tetapi, bagi kisah kejayaan hitam.. ianya hanya akan membuatkan si pemiilknya berasa malu dan tersisih..

Sekarang..  anda pilih.. warna apakah yang ingin anda warnakan kepada kisah kejayaan anda…..?

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


13 Responses to “warna kejayaan… hitam @ putih?”


  1. 1 mustahing Sep 26th, 2007 at 3:17 am

    Warna kejayaan…..Pililah kejayaan putih itu untuk hidup yang lebih tenang , bahagia, kejayaan yang berterusan, dihormati dan boleh dibanggakan.

    Mencapai impian dengan cara yang hitam mungkin boleh bertahan hanya sementara sahaja. Akhirnya pasti akan menerima akibatnya.

  2. 2 Robotys Sep 26th, 2007 at 3:36 am

    Its about time an article like this is published. Makin lama tgk makin banyak lak taktik2 hitam digunakan dan dipromosikan dalam lapangan IM nih.

    Pilih yg putih: Hidup tenang, lagipon sedap skit nak bercerita ngan org lain camana leh berjaya
    Pilih yg hitam: Hidup boleh tenang, tapi segan nak citer kat org lain “Aku SPam 1.2 juta rakyat Malaysia baru leh Kaya sekarang nih” –Sgt tak kool. :)

  3. 3 mijie Sep 26th, 2007 at 10:22 am

    ya, sudah semestinya warna putih menjadi idaman, tidak sesekali memilih untuk menggunakan jalan yg mengarah ke arah warna hitam, kerana sekali hati dah hitam, jawabnyer trus hitam..

    putih itu bersih

  4. 4 Rammel Firdaus Sep 26th, 2007 at 3:54 pm

    Walau seputih mana pun, satu tompok hitam dah boleh beri kesan yang negatif.
    Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Kerana spam se”email”, rosak usaha pemasaran.

    (Apa yg aku merepek ni???? :P)

  5. 5 zuhairy Sep 26th, 2007 at 8:01 pm

    ya!pilihlah warna yang melambangkan ketelusan,kejujuran dan nilai positif. hidup bahagia dunia akhirat,aminnnn :-)

  6. 6 megat Sep 27th, 2007 at 5:02 am

    ya betul kita akan menjadi lbh gah bila dpt menceritakan cara putih kita kpd org lain bukan bersembunyi disebalik cara hitam!

  7. 7 titan Sep 27th, 2007 at 8:44 am

    warna? kalau warna putih untuk yang baik2 aje..dan warna hitam untuk yg tak baik aje. Camanala nak maju bisines internet. Kita perlukan kedua-duanya. Sebab aku sendiri tak penah tengok tanpa hitam, putih takkan nampak menonjol dan menarik. Kalau ada baik. Mesti ada yang jahatnya..

    Pokpknya. Macam mana kita terima putih dan hitam dalam hidup bisnes internet ni..

  8. 8 hasafi Sep 27th, 2007 at 11:34 pm

    Yang HITAM memang amat menggoda. Jimat masa, duit dan belanja. Keuntungan “nampaknya” boleh dapat dalam sekelip mata saja! Tapi hakikatnya, anda bertaruh 50:50 untuk masuk senarai blacklist. Untung hanya untuk jangkamasa yg pendek saja.

    Yang PUTIH pula ibarat “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian …”. :-P

    No pain, no gain …

  9. 9 abdfatah Sep 28th, 2007 at 12:30 am

    adushweh… kejayaan dengan warna hitam…? kalo dell punya pc memang warna hitam laa kebanyakannya. kejayaan hitam? banyak cabarannya… nak kena pilih nih. nanti laa kena buat solat istikharah dulu laaa….

  10. 10 Norfazli Hamzah Sep 28th, 2007 at 12:38 am

    Kejayaan hitam

    -hidup tak senang,sentiasa dalam ketakutan.
    -biasanya akan menyamar.
    -biasanya menggunakan laman web/blog percuma ( mengelakkan daripada di kesan )
    -sentiasa di benci orang

    “Biar lambat asal selamat”

    Assalamualaikum

  11. 11 SyedHafidz Nov 6th, 2007 at 4:33 pm

    Walaupun buat jahat pun leh barjaya..namun, jangan lupa kejyaan sebenar bukan hanya kejayaan dunia semata2 tp kejayaan di sana..

    hidup biarlah berkat..jangan peroleh kejyaan dengan jaln yang bengkok

  12. 12 zaidirazali May 3rd, 2008 at 8:58 am

    semua nak yang putih, tapi cara mudah adalah yang hitam. ramai nak mudah, tapi nak putih. so, depend pada ilmu masing-masing. kalau fikir lebih jauh, pastilah putih menjadi pilihan, selamat… :)

  1. 1 Perniagaan Internet Tips Rahsia Buat Duit Internet » Archive » Debrief & Pengajaran Dari Peristiwa Terbunuhnya Server PURE EcommerceMastery Pingback on Oct 5th, 2007 at 3:17 am

Leave a Reply




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner