diari ramadhan shuth
September 28th, 2007, by shuth

diari ramadhan shuth

Cikgu kata, orang berpuasa tak boleh korek hidung.. kalau korek hidung nanti batal puasa. Tapi haritu.. hidung saya memang gatal sangat.. mungkin disebabkan saya selsema pada hari itu. Saya dah cuba tahan.. tapi tak boleh tahan..  akhirnya.. saya terpaksa tutup muka saya dengan buku teks sekolah dan mengorek hidung saya dengan sepuas-puasnya… oh! Leganya..~~ tetapi selepas itu, rasa menyesal pula di dalam hati.. Oh tidak!..  ya Allah ya tuhanku… ampunkanlah segala dosaku.. aku terpaksa membatalkan puasa ku kerana tidak sanggup menahan derita hidung ku yang gatal ini..

Balik dari sekolah.. saya tidak beritahu sesiapa yang puasa saya telah terbatal hari itu disebabkan kegagalan saya menahan diri dari mengorek hidung. Oh~….

Oleh kerana puasa saya sudah terbatal.. maka saya rasa.. tidak ada gunanya saya terus-menerus menahan lapar.. maka.. saya cuba mencari apa-apa makanan yang boleh dimakan di dapur.  Tapi.. mak tak masak pula hari tu dan tiada sebarang makanan yang boleh dimasukkan ke dalam perut..

Kemudian, saya teringat.. ayah ada beli coklat semalam dan menyimpannya dalam peti sejuk. Maka dengan pantas.. saya membuka peti sejuk, mengambil sebungkus coklat dan terus menyorokkannya di dalam almari baju saya. Setelah line agak-agak clear..  dengan pantasnya, saya membuka plastik coklat tersebut dan terus membahamnya.. nyum~~ nyum~~ nyum~~… kemudian kepala toleh kanan-kiri.. ok.. line clear.. takde dengar dan nampak sesiapa menghampiri lokasi kejadian.. maka saya teruskan membaham lagi coklat tersebut.. nyum~~ nyum~~ nyum~~….  dan coklat tersebut lenyap dari muka bumi ini hanya dalam masa 2 minit.

Selepas itu.. saya keluar dari bilik dan terus menyambung permainan teng-teng  dengan rakan-rakan yang lain sambil membuat muka tidak bersalah..
11 tahun selepas itu…  sewaktu di bulan ramadhan.. saya menerima sepucuk email yang diforwardkan oleh seseorang yang tidak dikenali. Di dalam email tersebut..  ada satu artikel yang memberitahu.. bahawa, sesungguhnya.. ulama-ulama fiqh’ telah bersepakat sejak dulu lagi bahawa… “mengorek hidung itu tidaklah membatalkan puasa”…

Hah? Arggghhhhh….. cis!.. selama 11 tahun hidup saya terseksa kerana terpaksa menahan diri dari mengorek hidung di bulan puasa… mengapa semua ini harus terjadi? why? why?? whhyyy~~~?? saya menghempaskan diri diatas katil sambil memukul-mukul bantal.. oh!
Untuk rujukan leh lawati blog ini pasal tidak batal puasa apabila korek hidung & blog ustaz zaharuddin

Itulah sedikit catatan diari ramadhan shuth sewaktu berumur 10 tahun.. oh..

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

16 comments Subscribe Comments

  1. Yang pukul bantal yang tak tahan tu. ;)

  2. kalau korek hidung tak batal.. maka korek telinga pun tak batal la kan? pasai masa saya darjah 2-3, cikgu matematik saya suka korek telinga guna pen.. haha

  3. Sekarang masuklah waktu korek hidung @ telinga atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya…
    sekian…ahahaha.

    Itulah dulu masa kecik dok ikut jer la…kalau gatal pun gosok dari luar je…mana boleh tahan… saya dulu kalau tau tak puasa, minum air dalam bilik air… ahahaha…sedap pulak tu….

    Kalau time tak puasa, tak bagitau bapak… kalau bagitau dia tak puasa, siap la kena tunggu kat luar bagi orang puasa makan kenyang dulu baru saya boleh makan… hehehe

  4. Sabar shuth,

    mengorek hidung adalah salah satu kenikmatan dunia…

    assalamualaikum…

  5. By Abu Jarir on September 28th 2007

    PETIKAN SALAH SATU SOAL JAWAB RAMADAN DI ZAHARUDDIN.NET

    Written by hamba Allah sbt on 2007-09-27 12:55:20Saya ada terdengar, menangis di bulan puasa boleh membatalkan puasa tersebut? Benarkah ustaz?

    RESPOND UZAR ; BATAL JIKA MINUM AIR MATA YANG BANYAK MELELEH TU..SEHINGGA HILANG HAUS.

    JIKA TIDAK DIHIRUP AIR MATA TU, MAKA TAK BATAL PUASA. PELIK JUGAK SOALAN BEGINI YE.

  6. Lawak tul diari anda.
    maklum la zaman kanak²

    tapi untuk kita yang dewasa ni bila da batal puasa tak boleh makan jugak.
    kerana sebagai denda awal kepadanya.

  7. sebenarnya aku masih berpegang korek hidung dan seumpamanya adalah batal :)

  8. Ntah. Dulu aku belajar batal. Ustazah aku sendiri kata batal. Pegang pempuan pun batal puasa juga. Tapi aku memang tak leh lupa. Minum air paip kat sekoalh sebab tak tahan sangat dulu. Haha, balik rumah puasa cam biasa..

  9. Setuju dengan aku..

    Huhu..tak batal ke?
    Kan..memasukkan sesuatu ke dlm rongga badan..batal puasa.

    Cet!tiap2 tahun balik kampung ketika di bulan puasa itulah..aku terpaksa menahaan diri drpd mandi sungai..

    takut air..masuk dlm…tut..tut..tut:)

    hehe

    happy ramadhan

  10. ehem ehem… saya dah tag suth pada ramadhan kali nih…. sila jawab sila jawab… si maizul ngan noorizam shah pun tolong balas tag nih yer… tq….

  11. hihiii… macam2 soalan yang ditanya… dan terungkailah jawapannya…

  12. Saya dari dulu sampai skrg korek hidung dan telinga macam biasa jer walau tengah berpuasa. :) Pendapat ulama yg mengatakan tidak batal adalah lebih kuat bagi saya, sebab tidak banyak dalil yang mengatakan korek apa2 anggota badan mcm hidung dan telinga adalah batal puasanya. Namun di sini, ia adalah masalah perselisihan dan jika anda mengatakan ia batal, maka anda perlu menghormati juga pendapat lain yg mengatakan tidak batal.

    Begitu juga dengan mandi di sebelah petang. Dulu dikatakan makruh atau akan kurang pahala puasa, tapi hakikatnya banyak dalil seperti para sahabat Rasulullah yang membasahkan kepala dan badan mereka kerana kepanasan (di bulan puasa).

    Dalam masalah ibadat, kita mesti melihat pada dalilnya yg shahih, bukan pada “pemikiran” atau ikut orang semata-mata. Sejak sekolah lagi, kita diajar ikut sahaja, tapi kurang diajar berfikir dan mengkaji ilmu Agama. Malah amat pantang bg masyarakat jika kita cuba mempersoalkan atau mengemukakan sesuatu yg berbeza daripada apa yg dipercayai selama ini.

    Inilah kekurangan sistem pembelajaran Agama di sekolah. Juga jika dilihat, seolah-olah belajar Agama hanya semasa persekolahan, tapi tidak perlu lagi belajar semasa sudah kerja, berumah-tangga dan sebagainya. Maka tidak hairanlah kurangnya kecerdasan dalam soal-soal keAgamaan dan dinamika ilmu Agama itu perlahan dalam masyarakat kita.

    Jika boleh, kita kurangkan berlebih-lebihan di dalam soal pembatal puasa ini terutama yg tiada dalilnya dari hadits, Al-Qur’an dan juga keterangan para ulama’ yang muktabar. Lagi2 wujudnya perbezaan pendapat (ikhtilaf) antara ulama. Kita lebihkan beramal dengan amalan-amalan telah jelas memberikan pahala dan ganjaran spt zikir, solat, belajar Agama, iktikaf di masjid dan sebagainya.

    Jangan yang diharapkan tak dapat, yang diimpikan entah ke mana…

    - zulfadli

  13. hmmm, korek idung time pose boleh je kan? tapi time emergency lah, kalau korek sampai syiok dan high tu yang tak boleh…. hmmm…. :D

  14. Huhuu… Tergelak besar saya bila baca kisah penderitaan Shuth menahan diri dari korek idung selama 11 tahun. Sib baik tak terbatal poser saya hari ni sebab gelakkan Shuth… :)

    Kepada Shuth dan kawan cyber, Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya. Sabar…lagi 9 hari jer lagi, lepas ni anda dah boleh korek idung ngan tinga sepuas2nyaaa… Haa..Haa

  15. tak sangke byk jugak yg awak linkkan ke tazqirah.com

    masih ramai lagi beranggapan korek idung batal. tp bab korek idong ni mmg tak bole tahan. nak2 plak org melayu ni ade resdong, mmg gatal tiap mase je.

    insyaAllah saya akan teruskan mengupas isu-isu agame di tazqirah.com

    article terbaru adalah Kepalsuan Fadhilat Puasa : http://www.tazqirah.com/Ibadah/Fadhilat_Tarawih_Busted_.html

    sekian.


Add your comment