Archive for September, 2007



23
Sep

Ebook tak laku di bulan puasa?

Pada mulanya, saya juga merasakan begitu.. apabila tiba bulan ramadhan, mungkin jualan ebook saya “Maskahwin Yang Hilang” akan menurun. Maklumlah, bulan puasa, orang lebih berminat untuk membeli makanan daripada membeli ebook. Tambahan lagi hari raya akan tiba, maka, mungkin duit yang ada akan disimpan dan digunakan untuk tujuan hari raya nanti. Nak beli kuih, baju raya, tiket bas (ada lagi ke?) ,kad raya, langsir baru, bunga api dan sebagainya.

Disebabkan bajet yang banyak perlu diperuntukan untuk digunakan bagi tujuan menyambut hari-raya kelak. Maka bajet-bajet yang tidak mengambarkan @ mengarah kepada sambutan “hari raya” akan dikurangkan.  (Hmm… mungkin saya boleh keluarkan ebook berjudul “Ketupat yang hilang - panduan menjimatkan wang dihari raya!”… oh!)

Saya tidak pasti adakah perkara ini hanya berlaku kepada saya atau ia berlaku kepada semua penjual2 ebook di internet. Pada minggu pertama menyambut bulan ramadhan, ebook maskahwin telah mencatakan peningkatan jualan sebanyak 100%. Jika sebelum ini, ebook maskahwin hanya terjual 4-5 buah sehari, tetapi, sejak hari pertama puasa, ebook maskahwin telah terjual sebanyak 8-12 naskah sehari. Agak menghairankan.. mengapa yer?

Saya tidak pasti apa yang menyebabkan peningkatan jualan tersebut.. setahu saya, saya tidak ada buat sebarang promosi @ beli iklan dimana2..  saya juga tidak ada buat potongan harga diskaun.. jadi saya tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan peningkatan jualan tersebut.

Setelah beberapa lama berfikir..  saya membuat “andaian yang tidak berasas”. Andaian saya… di bulan puasa, orang ramai, khususnya pekerja-pekerja di pejabat tidak akan keluar makan pada waktu tengahari. Oleh itu, apa yang mereka buat pada waktu tersebut, hanyalah duduk di depan komputer dan menghabiskan masa dengan melayari internet. Pendek kata, waktu mereka melayari internet di bulan puasa adalah lebih panjang berbanding bulan tidak puasa.  Jika sebelum ini mereka tidak ada masa untuk membaca salesletter di website2 yang menjual ebook.. tetapi di bulan puasa.. disebabkan mereka ada banyak masa, maka mereka dengan rajinnya akan membaca salesletter2 yang panjang di website penjual ebook. Dengan keadaan yang sedang lapar disebabkan puasa, emosi seseorang memang lebih mudah untuk dipengaruhi.. ditambah lagi dengan ayat-ayat membunuh yangterdapat di dalam sesebuah salesletter.. maka, tidak hairanlah mereka akan lebih mudah terpengaruh dan akhirnya.. mengambil keputusan untuk membeli ebook tersebut… oh! (saya dah cakap.. andaian ini adalah andaian tidak berasas.. )

Agak-agak.. boleh pakai tak andaian saya itu?.. ataupun.. anda ada andaian yang lebih menarik?… mengapa tiba2 jualan ebook saya bertambah di bulan puasa? Adakah sebab musim kahwin dah nak dekat?.. hmmm… rasanya jauh lagi nak tiba bulan 12….

Jika betullah “andaian yang tidak berasas” saya itu.. maka saya rasa.. inilah masanya untuk penjual2 ebook semua mempromosikan dengan lebih gigih lagi ebook2 mereka.. ho! ho! ho!…

Berdasarkan andaian yang tidak berasas saya itu, maka saya rasa dakwaan bahawa ebook tidak laku dibulan puasa.. mungkin boleh sedikit diketepikan.. ho! ho! ho!.. (Err.. dakwaan ebook tidak laku di bulan puasa.. berasas ke?)

Apa-apa pun.. selamat berpuasa dan jangan jemu-jemu mempromosikan produk anda..  Yosh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

20
Sep

Akan Terbit… Rahsia Blogger..

Tak mahu cakap banyak… klik butang dibawah..

Buku Rahsia Blogger

19
Sep

Selamat pagi malaysia…

Tengahari tadi, saya telah berkesempatan untuk bertandang ke RTM di angkasapuri untuk tujuan rakaman segmen resensi yang terdapat di dalam rancangan selamat pagi malaysia, yang disiarkan setiap hari di RTM 1.

Saya tahu.. ramai yang tidak pernah dengar rancangan ini, bagi yang tidak tahu… “Resensi ” adalah salah satu segmen yang terdapat di dalam rancangan “Selamat Pagi Malaysia”.. dalam segmen ini, ia membicarakan tentang buku-buku yang terdapat di pasaran bersama-sama penulis buku tersebut. Pengcaara bagi segmen ini ialah saudara Sayed Munawar..

Alhamdulilah, tengahari tadi.. saya serta beberapa orang penulis dari Truewealth Publishing telah dijemput ke RTM untuk membuat rakaman bagi segmen tersebut.

Penulis-penulis Truewealth

Dari kiri : nirmitha (staff truewealth) , shuth , osman affan , zamri nanyan , eruwan gerry , irwan dahnill

Pertama kali berhadapan dengan kamera memang sedikit gementar, tapi nak tak nak.. kenalah juga hadapinya.. dah lama saya tidak merasai pengalaman pertama di dalam melakukan sesuatu.. Soalan untuk anda.. “When the last time u did something for the first time?”

mohd suhaimy di rtm

Bila akan ditayangkan di TV? hmm.. saya tak pasti.. saya akan maklumkan kepada anda kelak…

Hmm.. buku apakah yang saya tulis sampai kena temuramah di dalam rancangan TV ini? Oh!.. terlupa pula nak beritahu.. saya akan umumkannya esok@lusa di blog ini.. Tungggguuuuu! ..