Archive for September, 2007



18
Sep

Berhijrah lah….

Ho! ho!.. sudah 4 hari saya tidak update blog ini.. saya minta maaf. Saya telah pulang ke kampung pada hari sabtu & ahad lepas, walaupun saya masih boleh memasuki internet sewaktu di kampung (menggunakan laptop + n95 + celcom broadband daily)... tetapi entah mengapa, saya tiada mood untuk menulis blog.

Kepada peminat-peminat setia blog ini yang datang 5 kali sehari ke sini, saya mohon maaf kerana membuat batin anda terseksa selama 4 hari.. Oh!

Setiap kali pulang ke kampung, ibu & bapa saya akan melaporkan berita-berita tentang perkembangan semasa orang-orang kampung kepada saya…

Berita si pawang beristerkan jin yang sudah meninggal dunia akibat sakit..
Berita si samseng kampung yang sudah meninggal dunia sewaktu di dalam penjara..
Berita si awek lama anak dara jiran yang sudah selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati ..
Berita kedai yang baru dibuka….. dan macam-macam lagi..

Ada juga saya berjumpa dengan seorang rakan lama di kampung.. sekali pandang.. muka beliau memang sama sahaja seperti dulu.. apabila saya bertanyakan khabar dan perkembangan diri beliau.. nampaknya seperti tiada apa-apa perubahan.. masih bekerja di kilang yang sama.. masih menunggang motorsikal yang sama dan masih membuat aktiviti-aktiviti yang sama seperti melepak di tepi tembok dan mengurat budak-budak sekolah yang baru pulang dari sekolah…

Saya hanya mampu memandang dan memerhati.. nak tegur pun tak makan saman… hmm.. entahlah. Sememangnya, kalau kita sudah terlalu lama berada di dalam suatu persekitaran @ tempat, kita sememangnya kita akan berasa sangat selesa dan tidak mahu berubah.

Ditambah lagi dengan pengaruh rakan-rakan sekeliling yang “sama macam tu je” sejak dulu hingga kini.. sememangnya tidak akan ada “momentum” yang dapat membantu untuk bergerak kearah kemajuan diri.

Untuk orang-orang seperti ini, saya rasa adalah lebih baik mereka ini berhijrah & keluar dari kampung.. merantau dan melihat negeri orang… belajar berdikari dan hidup sendiri. Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan, semakin jauh seseorang itu merantau, maka semakin tinggilah “skill survival” mereka. Ilmu & pengalaman juga akan turut bertambah..

Orang-orang dari indonesia, bangladesh, myanmar, filipina dan sebagainya yang datang secara haram berhijrah ke malaysia.. kebanyakannya, berjaya mempertingkatkan diri dan kehidupan mereka.. walaupun tidak mewah, tetapi ianya masih tetap lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kehidupan mereka di kampung sebelum ini..

Namun begitu, saya tidaklah bermaksud menyuruh orang-orang di kampung ini berhijrah ke luar negara.. dapat keluar dari negeri kelahiran mereka pun sudah mencukupi. Tidak perlu lama.. 1-2 tahun pun sudah memadai.. banyak perkara yang akan dapat dipelajari.

Kadangkala sedih juga saya melihat segelintir rakan-rakan saya di kampung.. sepanjang usianya hanya dihabiskan di kampung sahaja. Setalah 30 tahun hidup di bumi ini, belum sekalipun mereka berkesempatan menjejakkan kaki ke negeri lain.. apatah lagi ke KLCC, Putrajaya, KLIA ataupun Nilai 3… Oh!.  Hidupnya hanya di sekitar kampung, kampung sebelah dan kampung sebelah-sebelah sahaja..

Jadi.. tidak hairanlah.. setiap kali pulang ke kampung saya lihat mereka.. masih juga macam-macam itu je…… sama seperti dulu..  petang-petang duduk tepi simpang.. mengurat budak sekolah… hmm..

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

13
Sep

4 halangan memulakan perniagaan..

Jika ditanya kepada setiap orang.. “Adakah anda berminat untuk memulakan & memiliki perniagaan anda sendiri?” Sudah pastinya.. ramai yang akan berkata dengan kuat “YA!”… namun begitu.. seringkali impian tersebut hanya menjadi angan-angan dan tidak dapat direalisasikan… mengapa ya?..

Disini.. saya ingin berkongsi dengan anda, 4 sebab utama mengapa seseorang itu tidak memulakan perniagaan mereka sendiri (secara fulltime).

1- Kurang ilmu pengetahuan mengenai perniagaan..

Ini adalah merupakan sebab@halangan yang utama mengapa seseorang itu tidak berupaya untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Alasan seperti..

- Saya tidak tahu macam mana nak cari modal & apply loan
- Saya tidak tahu nak buat kertas rancangan perniagaan
- Saya tidak tahu macam mana nak pasarkan produk saya
- Saya tak tahu nak buat itu.. nak buat ini.. dan nak buat bermacam-macam lagi perkara..

Untuk mengatasi halangan ini, anda perlulah menimba banyak ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan anda sendiri, sama ada dengan membaca buku, ebook, artikel-artikel, suratkhabar, menghadiri seminar, dengar ceramah, menyertai bengkel-bengkel serta kursus-kursus jangka pendek dan jika perlu, dapatkan juga perkhidmatan consultation sama ada yang percuma mahupun yang berbayar.

2 - Bekalan Wang Simpanan (financial back-up)

Masalah ini pula, seringkali dialami oleh orang-orang yang hendak berhijrah dari “dunia pekerjaan makan gaji” kepada “dunia perniagaan”. Dunia perniagaan ialah dunia yang penuh dengan pancaroba dan ketidaktentuan, hari ini untung belum tentu esok akan untung juga. Oleh itu, perancangan yang rapi dari segi kewangan perlulah ada sebelum anda menceburkan diri anda ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.

Secara kasarnya, berikut adalah contoh untuk mengira bekalan kewangan yang anda perlu sediakan sebelum anda mengambil keputusan untuk menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan secara sepenuh masa.

Anggaran Modal Untuk Memulakan Perniagaan Anda : RM50,000
Tentukan Perbelanjaan Sara Hidup Anda Untuk 3 Tahun : RM2,000 sebulan x 36 bulan = RM72,000

Bekalan Kewangan Yang Anda Perlu Ada : RM132,000

Bagi saya.. bekalan perbelanjaan selama 3 tahun adalah tempoh yang ideal. Ini kerana, sesuatu perniagaan, biasanya akan mengambil masa 3 tahun untuk matang & betul-betul stabil. bagi perniagaan internet, modal itu mungkin boleh dikecilkan, mungkin RM5,000 sahaja.. maklumlah, perniagaan internet sememangnya tidak memerlukan modal yang besar.

Apa-apa pun.. rancang dan siapkan bekalan anda secukupnya. Memasuki dunia perniagaan sepenuh masa adalah seperti anda pergi memasuki medan berperang.. takut nanti.. sewaktu perang sedang hangat.. bekalan senjata & peluru anda kehabisan pula. Akhirnya.. terkorbanlah anda di medan perang..

Jadi.. usah terburu-buru, sememangnya, kita perlu berani mengambil risiko untuk berjaya.. tetapi.. tahukah anda? Orang yang mengambil risiko tanpa sebarang perancangan.. bukanlah seorang “risk taker”.. tetapi mereka hanyalah seorang “gambler”. Besar perbezaannya tu.. risiko hanyalah perlu diambil setelah anda mempunyai rancangan/cara untuk mengatasinya.. jika tidak.. usah memperjudikan hidup anda.

3 - Sokongan Emosi

Emosi juga kadangkala boleh menjadi penyebab dan batu penghalang kepada seseorang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Perasaan ragu-ragu dan tidak yakin kepada keupayaan diri sendiri seringkali menghantui diri.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah menempatkan diri anda dikalangan orang-orang yang positif dan memandang perniagaan itu sebagai sesuatu yang baik & mulia . Sokongan keluarga juga amat penting. Seelok-eloknya, dapatkan restu dari ibu, bapa, suami @ isteri anda sebelum anda memulakan perniagaan anda sendiri.

4 - Takut

Takut adalah sesuatu yang subjektif… setiap orang mempunyai ketakutan terhadap sesuatu perkara yang berbeza-beza.

Ada sesetengah orang takut pada hantu..
Ada sesetengah orang takut untuk bersemuka dengan pelanggan yang garang..
Ada sesetengah orang takut untuk bercakap di hadapan orang ramai..
Ada sesetengah orang amat takut jika barang jualan mereka tidak laku..
Ada sesetengah orang takut perniagaan mereka gagal..
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah mengenalpasti punca perasaan takut tersebut. Kemudian, barulah anda boleh mencari jalan untuk mengatasinya.

Contohnya..

Takut gagal dalam perniagaan.. maka anda perlulah menyediakan perancangan yang rapi untuk perniagaan anda… jika anda takut ia tidak lengkap.. dapatkan nasihat/pandangan daripada pakar@ orang yang berpengalaman tentang rancangan perniagaan anda

Takut kehilangan pendapatan tetap dari pekerjaan makan gaji anda.. maka anda perlulah menyediakan bekalan kewangan yang mencukupi yang dapat menampung perbelanjaan sara hidup anda..

Takut untuk melayan karenah pelanggan.. mungkin anda boleh upah seseorang untuk menguruskan pekerjaan itu..

Takut produk jualan tak laku… maka anda perlulah membuat kajian “supply & demand” terlebih dahulu sebelum anda memulakan perniagaan anda..

Takut kena ngurat dan hilang konsentrasi dalam perniagaan… kahwinlah cepat-cepat.. oh!

Kesimpulannya, itulah 4 perkara yang paling kerap menjadi penghalang untuk seseorang memulakan perniagaan mereka sendiri, sama ada perniagaan internet mahupun perniagaan konvensional.. jadi.. sekarang.. kenalpasti apakah faktor yang menjadi penghalang anda selama ini.. selepas itu.. cuba atasinya dan hapuskannya agar anda dapat memulakan perniagaan anda sendiri.

Selamat berniaga & selamat menjadi usahawan… yosh!

12
Sep

Jalan-jalan sebelum puasa..

Apabila tiba sahaja bulan ramadhan, sudah pastinya perniagaan yang paling laku keras adalah perniagaan di dalam industri makanan. Bulan ramadhan adalah bulan orang berpuasa (kurang makan) , tapi bulan inilah paling banyak manusia berbelanja untuk membeli makanan… mengapa yer?..

Itu kisah industri makanan? Bagaimana dengan industri perniagaan internet?… Sham Rajaadsense kata, bulan ramadhan adalah bulan sejuk bagi perniagaan internet, especially, perniagaan yang marketnya di malaysia. Benarkah?.. mungkin juga… saya tidak ada statistik mengenainya..

Apa yang saya pasti.. pada bulan puasa.. jika seseowang wanita itu ingin melahirkan anak.. maka ia akan tetap melahirkan anak, takleh nak tangguh-tangguh punya. Oleh itu, sempena meraikan kelahiran anak-anak di bulan ramadhan yang mula ini, setbersalin.com menawarkan harga diskaun kepada semua bakal-bakali ibu.. oh!

Pada kebiasaannya, pada bulan ramadhan ini, produktif kerja saya akan bertambah.. waktu makan sudah boleh digunakan untuk kerja-kerja yang lain.. insyallah saya akan cuba siapkan WC 3.0 pada bulan ramadhan ini. Oh sebelum terlupa, saya sedang menjalankan pertandingan untuk rekacipta logo wangcyber yang baru, logo ini akan digunakan untuk WC versi 3.0 nanti.  Pada mulanya… saya bercadang untuk membuat sendiri logo tersebut.. tetapi disebabkan kesibukan masa, saya rasa lebih baik saya bagi peluang “menjadi perekabentuk logo ter-koooool” ini kepada ahli-ahli WC yang lain. Jadi, kepada yang berminat.. tunjukkanlah skil anda..

Semepena menyambut bulan ramadhan ini, berikut saya senaraikan beberapa sumber yang menarik untuk dilawati..

=============
Al-Quran Online
=============

Singgah di blog tazilan.. jumpa pula al-quran online.. menarik juga ini, banyaklah nampaknya pahala yang diterima oleh pemiliknya. Boleh buat bekalan di akhirat.

=============
Niat Puasa
=============

Terima kasih kepada tok harimau atas “niat berpuasa” yang dihantar secara spam melalui YM . Saya letak kat blog ini dulu, nanti malam saya baca blog saya ini semula.. ho! ho! …

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.

????????? ????? ? ??????? ?????????? ???????? ???????? ?????????

“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”

Lafaz Niat Puasa.

????????? ?????? ????? ????? ? ?????? ?????? ? ??????? ?????????? ??????? ??????????? ???????? ?????????

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

===========================
Jadual Waktu Berbuka & Imsak
===========================

Boleh lawati laman web jakim untuk mendapatkan jadual yang lengkap , http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php

Akhir kata, saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog ini jika ada yang tersinggung atau terkecil hati dengan penulisan saya di blog ini selama ini.  Selamat mengerjakan ibadah puasa dan selamat beramal ibadat.

Jangan lupa solat tarawih mula malam ini… wassalam.