Archive for October, 2007

25
Oct

Maklu..

Saya agak “crazy busy” kebelakangan ini, ditambah dengan kesihatan yang agak kurang menyenangkan (semasema) meyebabkan saya kurang mood untuk mengupdate blog, mohon maaf kepada peminat-peminat setia yang merefresh blog ini 8 kali sehari dengan harapan ada post baru yang akan muncul.

Tadaaaa….. inilah post terbaru untuk kali ini..

Tapi! sekali lagi saya mohon maa!. Tiada post baru yang menarik untuk hari ini.. cuma saya nak sampaikan beberapa pengumuman & makluman sahaja.

Maklu.. man #1

Komisyen affiliate maskahwin.com telah pun dibayar pada 19hb yang lepas (lewat 3 hari sebab sibuk raya..oh!). Seperti biasa, sudah 6 bulan berturut-turut saudara fayz dari syokkahwin.com menjadi top affiliate dengan jualan sebanyak 16 buah ebook. Tahniah diucapkan keapda saudara fayz.

Maklu.. man #2

Setbersalin.com kini sedang menjalankan promosi hari raya aidilfitri. Set lengkap rawatan lepas bersalin kini boleh didapati dengan harga termurah yang penah saya tawarkan.. iaiatu dengan hanya RM257 sahaja! (harga asal RM269). Sila lawati website setbersalin.com untuk menjadi 10 orang yang bertuah untuk mendapatkan set bersalin tersebut dengan harga “crazy cheap”

Maklu.. man #3

Seperti yang semua orang sudah sedia maklum, semua barang-barang keperluan pada hari ini sudah naik harga, seperti ayam, ikan, tepung, gula, minyak, tol, seluar dalam dan tidak ketinggalan juga kuih karipap sejuk beku makcik fatihah. Disebabkan itu, ramai penjual-penjual nama domain di internet juga terpaksa menaikan harga domain yang mereka jual di internet untuk menampung sara hidup mereka. Namun begitu, satu berita baik buat anda.. saya & rakan-rakan di sempoihosting.com masih setia untuk tidak memasang astro dirumah.. dan dengan itu, kos sara hidup kami semua dapat dikurangkan dan seterusnya, membolehkan harga jualan nama domain di sempoihosting.com terus kekal sempoi seperti dulu, iaitu hanya RM35 sahaja setahun…tunai… (hutang-hutang tak mau aaa..)
Maklu.. man #4

Kepada mereka yang masih belum mendapatkan buku “Rahsia Blogger”.. saya harap anda dapatkannya segera sebelum 1 November 2007. Ini kerana, pada 1 November 2007, harga buku “Rahsia Blogger” akan dinaikkan… bukan lagi RM25 seperti sekarang. jadi, usah berlengah lagi.. sila dapatkannya segara..

Ok! sekian sahaja makluman untuk kali ini… semoga kita bertemu lagi di post yang akan datang…

Yosh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

19
Oct

Nak buat apa beli insuran?… membazir je…

Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.

Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”

Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!

Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..

Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat

Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..

Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..

Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..

“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..

“Abang dafi eksiden semalam..” jawap adik manis (adik perempuan dafi) itu lagi..

==========

Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..

Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..

Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-

  • Diri anda sendiri
  • Isteri & anak-anak
  • Ibu & bapa (kadangkala)

Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..

Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedai mamak?…

Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…

Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insuran“… pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!

Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?

15
Oct

selamat hari raya

Pada waktu ini, saya masih lagi di kampung dan saya menulis blog ini hanyalah dgn menggunakan handphone n95 saya. Malas nak sambung ke laptop.

Pertama sekali, saya minta maaf kepada semua pelanggan maskahwin.com, sempoihosting.com, setbersalin.com, rahsiablogger.com mahupun wangcyber.com (pengiklan). Tempahan anda tidak dpt saya uruskan dgn segera. Saya dan semua pembantu saya sedang seronok bercuti sambil makan kuih raya. Harap2nya, anda pun begitulah jua. Semua tempahan akan diuruskan lewat sedikit (maklumlah tgh malam sahaja baru online) . Tetapi kalau ada kes-kes emergency.. Jgn risau, kami masih boleh di hubungi di talian yg dinyatakan di website kami.

Keduanya, di kesempatan hari raya ini, saya ingin mengucapkan, selamat hari raya kepada semua pembaca2 blog ini.. Terutamanya kepada mereka yg masih lg sudi menjenguk ke blog ini walaupun org lain semua tgh sibuk beraya… Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jikalau ada menyinggung perasaan anda samada secara sengaja atau tidak di sepanjang penulisan saya di blog ini. Harap2 semua kesilapan di maafkan.

Tahun ini, saya beraya di muar. Kalau ada pembaca2 blog ini yg turut beraya di muo.. Bolehlah jemput datang ke rumah. Tapi sebelum datang tu.. better halo-halo dululah. Takut saya tiada dirumah pula, maklumlah hari raya..  kan semua orang sibuk beraya.

Oklah!  Penat pulak menap pakai handphone nie…  akhir kata, selamat hari raya!




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner