Di bulan ramadhan yang mulia ini, ada 2 berita gembira yang berlaku di dalam dunia internet marketing di malaysia. Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum.. bagi yang belum tahu.. berikut adalah berita-berita gembira tersebut.
1) Duit adsense kini sudah boleh dikeluarkan menerusi Western Union
Berita gembira untuk semua penerbit-penerbit iklan google adsense. Pihak google adsense kini telah menyediakan kemudahan untuk para pemilik akaun google adsense di malaysia untuk mengeluarkan wang dari akaun google adsense mereka menerusi western union. Jadi, anda tidak perlu lagi menunggu selama 2 bulan untuk menunaikan cek yang diterima serta tidak ada lagi pemotongan yuran pengurusan sewaktu menunaikan cek.
Apa yang perlu anda lakukan, kemaskinikan maklumat “Payment Details” di akaun google adsense anda kepada “Western Union Quick Cash” segera. Sebaik sahaja pihak google membuat bayaran ( biasanya pada 25hb) , keesokkan harinya, anda sudah boleh pergi ke mana-mana pejabat western union(pejabat pos, cimb, rhb) yang berhampiran dengan anda untuk menuntut wang tersebut. Jangan lupa bawa IC serta maklumat “MTCN (Money Transfer Control Number)” yang boleh anda dapati di dalam akaun google adsense anda.
2) Orang Malaysia kini sudah boleh mengeluarkan duit dari paypal.
Ini lagi satu berita yang mengembirakan, setelah 10 tahun rakyat melaysia menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal mereka, kini pihak paypal telah memberikan kemudahan untuk pemegang-pemegang akaun dari malaysia untuk mengeluarkan wang yang terkumpul di dalam akaun paypal mereka ke akaun kad kredit/debit kad yang digunakan untuk mengesahkan akaun paypal mereka.
Yuran yang dikenakan bagi setiap kali proses pengeluaran iaah sebanyak USD5 dan ia akan diproses dalam masa 5-7 hari dari tarikh permohonan pengeluaran.
3) Buku Rahsia Blogger sudah terbit.
Satu lagi berita gembira, terutamanya kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak membuat duit dengan blog mereka. Buku “Rahsia Blogger” sudah pun siap dicetak dan akan berada di kedai-kedai berhampiran anda dalam masa beberapa hari lagi.. namun begitu, untuk mendapatkan buku tersebut dengan lebih pantas serta dengan harga yang lebih murah.. anda boleh dapatkannya menerusi blog “Rahsia Blogger“.
Alhamdulilah.. semoga lebih banyak lagi berita gembira untuk industri perniagaan internet di malaysia kelak. Semoga berita-berita gembira ini apat merancakkan serta memajukan lagi industri ini di malaysia.
Selamat maju jaya!
Memang bagus tu semua…Ia memudahkan ramai IM yang ada.. Walaupun Paypal caj $5(rm17) setiap transaksi tu dikira ok la kalo ada banyak duit dalam tu. Kalo ada skit tu, kumpul la banyak² dulu baru request transfer ke debit card/cc
ya…akhirnya…google dan juga paypal telah memberi kesenangan kepada rakyat malaysia, syukran….
semoga kita semua dapat menggunakan kemudahan yang di berikan sebaik mungkin
Google Adsense? Hehe.. Saya dalam proses nak dapatkan bayaran kedua ni setelah sekian lama meninggalkan Adsense.
Syukur dengan berita2 gembira ini.
berita yang kedua tu yang sonok hehe
Shuth dah tempah buku tue.. Jangan lupa tanda tangan….
saya mulai hari ini saya dah boleh transfer paypal saya ke kad debit saya.. hehehe
Memang berita yang menggembirakan ni bro shuth..
Kad debit mana yang leh terima paypal? Ambank dengan public bank dia terima tak?
Pasal Adsense. Memang berita yang sangat gembira..
Pasal Rahsia blogger. Dah beli secara online. Sekarang tengah tunggu buku tu aje..
Berita yang membuat aku benar2 gembira..thanks Shuth..
banyak yg boleh terima, al rajhi, alliance bank, public bank…tp guna yg kad debit visa la…
rezeki ramadhan…
memang betullah bulan ni banyak benda baik berlaku …
adsense???? huaaaaaa…. saya sedey kerana adsense saya kena ban….. nih sumer gara gara suh kawan klik…. cedey….. ada cara x nak dapatkan semula adsense nih??? tolong….
kena apply baru la.
guna alamat lain
guna komputer lain
anda kena apply kat CC la jawabnya
atau pun beli komputer baru
Sekarang nih, ada kad kredit yang boleh reload. Tu boleh pakai keh?
tesaya budok br lagik kat sini.. tanye sikit yerk..
buku mas kahwin yg hilang dah dicetak n dijual di pasaran ke belum?
Buku mas kawin??
buku tak pasti tapi kalau ebook memang dah ada.
dengar je brita dah keluar buku, terus tempah satu.
thanx. tanda tangan skali ok.
assalamualaikum semua,sapa2 yg nak melabur dalam amanah saham boleh call/sms saya ,anda boleh melabur secara tunai atau sapa2 yg ada akaun KWSP pun bole melabur guna akaun 1.min pelaburan rm1000. JAMIAN SARIF(PERUNDING UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL)-012 2676091 AREA KLANG,SHAH ALAM,KL,BANGI,DAN KAW SEKITAR.
P/S-SORI shuth buat promosi kat sini.patik tumpang lalu