Kisah si ibu malang..

Semalam saya menerima email dari salah seorang subscriber maskahwin.com yang menceritakan tentang nasib kakak beliau yang baru sahaja kehilangan suami. Suami kakak beliau itu masih muda.. baru berumur 41 tahun. Tegap & sihat.. tetapi, tiba-tiba sahaja meninggal dunia akibat hepatitis B. Sememangnya ajal & maut itu di tangan tuhan.. tiada siapa yang dapat meramal kedatangannya….

Kakak beliau itu, mempunyai 6 orang anak. Selama ini, hanya si suami sahajalah yang bekerja, mankala, kaka beliau itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sudah tentunya, selama ini, hanya si suami lah tempat mereka sekeluarga bergantung dan mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

Tetapi kini… tiba-tiba semuanya berubah dalam sekelip mata. Si suami, meningalkan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya tanpa “sempat mengucapkan selamat tinggal” dan meninggalkan apa-apa bekalan untuk si isteri & anak-anak meneruskan hidup mereka..

Cuba anda bayangkan…. anda berada di tempat si ibu tadi..

Tidak bekerja…. ada 6 orang anak.. dan baru sahaja kehilangan suami yang merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga…

Mana nak cari duit bayar hutang kereta? hutang rumah? duit sekolah anak-anak? makan-minum anak-anak? pakaian? lagi-lagi dah nak dekat raya nie…. oh!.. memang sesuatu yang menyedihkan..

Kepada golongan-golongan suami… jangan biarkan perkara ini terjadi kepada isteri & anak-anak anda..

Kepada golongan-golongan isteri pula.. sila ingatkan suami anda agar tidak meninggalkan anda dalam keadaan yang terkontang-kanting seperti ibu malang di atas..

Apa yang boleh anda lakukan, paksa mereka dapatkan polisi insuran/takaful sekarang juga! (jika mereka masih tidak mempunyai sebarang polisi insuran lagi)… buat masa ini, itulah salah satu kaedah yang terbaik untuk menghalang “nasib malang” tersebut menimpa diri anda. Tetapi.. kalau suami anda masih berdegil juga dan tidak mahu mendapatkan polisi insurans.. takde masalah beb! (sambil tangan menunjuk simbol peace)… anda boleh sahaja dapatkan polisi insuran dan meletakkan nama suami anda sebagai “pihak yang diinsurankan”.. dengan cara ini, jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada suami anda.. kompem beb! (sambil tangan menunjukkan simbol OK) anda akan mendapat duit pampasan itu 100% .. tak perlu nak faraid-faraid (untuk penerangan lebih lanjut bagaimana anda boleh memperolehi 100% wang pampasan insuran suami anda.. sila hubungi agen insuran bertauliah berhampiran anda)

Alangkah bersyukurnya.. jika si suami tadi meninggalkan sedikit bekalan kewangan yang bernilai RM100,000 ( hasil pampasan dari polisi insuran). Tidaklah hidup si isteri tadi amat tertekan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan sedikit ruang untuk si isteri & anak-anak mengatur hidup mereka dan menampung perbelanjaan hidup mereka buat sementara waktu. Sebelum si isteri tadi dapat mencari pekerjaan & sumber pendapatan yang baru untuk menyara keluarga mereka.

Baiklah.. itu cerita kalau si suami tadi belum meninggal dunia.. tetapi dalam kisah akak diatas. Si suami telah meninggal dunia, tiada sebarang polisi insuran, tiada harta & wang simpanan, isteri tidak bekerja dan terpaksa menangung 6 orang anak yang masih lagi kecil dan bersekolah.. ditambah lagi.. anakyang paling kecil berusia 2 tahun dan masih menyusu badan (apabila menyusu badan.. ia bermakna.. si bayi tidak boleh berenggang dengan si ibu lebih dari 3-4 jam)

Secara jujurnya, saya memang tiada idea & cadangan untuk diberikan kepada si kakak tersebut.. saya tidak tahu bagaimana situasi beliau yang sebenar, saya tidak tahu apa keupayaan beliau, saya tidak tahu apa kemahiran yang beliau miliki dan saya juga tidak tahu bagaimana persekitaran serta orang-oraang di sekeliling beliau.

Jadi.. saya minta maaf kepada pengirim email tersebut kerana tidak dapat membalas email beliau. Mungkin pembaca-pembaca blog ini dapat memberikan sedikit cadangan @ nasihat @ pendapat kepada si ibu malang tersebut…

Kemudian.. akan saya khabarkan kepada si adik tadi untuk membaca cadangan-cadangan anda semua terhadap kakak beliau di blog ini..

P/s:- saya wujudkan satu kategori baru untuk blog ini dan menamakan iasebagai “khidmat layanan masyarakat”..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 thoughts on “Kisah si ibu malang..

  1. Kisah malang macam ni bukan sahaja terjadi bila suami meninggal dunia tapi boleh juga terjadi bila si suami tu meninggalkan anak-anak dan isteri untuk kahwin lain dengan awek yang lebih muda dan gebu. Jadi peringatan untuk wanita yang jadi suri rumah sepenuh masa tu , cari lah masa yang terluang dengan menjalani perniagaan secara kecil kecilan atau pun menjahit. Sekarang ni upah menjahit sangat tinggi sebab dah tak ramai orang perempuan yang pandai menjahit. Mak aku dulu pun menampung perbelanjaan keluarga aku dengan menjahit kalau tak mana la cukup untuk ayah aku support family dengan 6 anak.

  2. ya,inilah yang dikatakan malang tidak berbau, dan juga “kusangka panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengahari”, apa yang saya nak sampaikan dalam keadaan sekarang ialah, si ibu td perlulah bersabar dan juga perbanyakkan memohon kehadrat Allah s.w.t supaya masalah dpt di selesaikan..

    memandangkan dalam keadaan begitu, apa yg perlu di buat ialah…cubalah selesaikan cepat2 kwsp si suami..

    nanti saya sambung lagi…

  3. ya sambungan dari saya,

    bagi saya..cuba lah selesaikan dulu kwsp suami kalau ada carum kwsp la, harap2 boleh meringankan sedikit beban, dan janganlah segan berjumpa dgn jabatan kebajikan masyarakat untuk pertolongan, dan sy percaya di kampung mesti ada ahli politik ataupun kalangan ahli wanita yang boleh membantu untuk mendapatkan kerja.

    itu saja dari saya

  4. Mesti ada apa-apa tinggal tu. Tapi rasanya INsya-Allah. Boleh hidup punya. Saudara terdekat mesti leh bantu kan. Dalam situasi ni, si isteri mesti berusahala untuk keluarga dia. Nak tak nak dia kena buat. Takkan nak tunggu orang datang bantu plak..Mesti keluar minta tolong. At least minta tolong carikan kerja..

  5. Pingback: Malaysian Mum Blog » Blog Archive » Ubat Murah vs Ubat Mahal

  6. Errm, mungkin si ibu tadi tu boleh pegi baitulmal atau pejabat agama. Cuba mintak bantuan dari sana, walaupun dia punya process mmg berjela-jela dan kekadang kena macam ada kabel baru boleh dapat bantuan.

  7. hohooo… bleh masukkan dalam post saya jugak nih. citer untuk bantuan kebajikan.. bantuan dengan memberikan idea tambahan untuk membantu mereka yang memerlukan…

  8. Pingback: Nak buat apa beli insuran?... membazir je... at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan

  9. yeaa… buat amal kebajikan mana yang perlu supaya beliau boleh berdikari dengan sendirinya dengan memberikannya jaring untuk menangkap ikan ataupun kolam ikan air tawar untuk beliau usahakan…

  10. Kite kenala sentiasa beringat2 dan jadikan cte ni sbg pengajaran.
    malang berbau busuk…So, ingatlah orang yang tersayang!(macam iklan jalan raya…hehe)

  11. cek pun setuju ngan apa yang shaharman kata.. para isteri sekalipun tak bekerja.. cuba2 la jadikan sesuatu sebagai sumber pendapatan.. walaupun kecil..walaupu sekadar menjahit baju atau labuci ataupun buat kueh2 .. sebagai persediaan sementara.

    Nak harapkan kwsp ker insurance ker semua pun take time utk dapat.. maybe cepat maybe lambat.. tengok gak kalo ajen tu efisen ker idak.. atau officer tu cuti panjang..

    bukan itu saja.. la nie kerajaan dah mula buka peluang utk suami ker isteri yagn bekerja ker gunakan duit yang tersimpan cara paksa dlm kwsp tu.. utk diguna semula sebagai modal jana pendapatan tambahan secara betul.. gunakan peluang yang ada..

    but satu yang cek perasan.. bab insuran ker bab pelaburan ker..orang2 kita memanggg berat skit.. masih lagi dlm kurungan “simpan duit bawah bantal lebih baik”.. tu yang akhirnya apa yang simpan .. ditarik kuar skit demi skit bila2 saja.. nak kuarkan senang.. nyimpan balik makan masa..

    p/s :seronok gak ada grp bincang isu2 macam nie hehe :D ..

  12. Pingback: MohdFaisal.com : Bagaimana Yer? (Khidmat Masyarakat)

  13. Pingback: wangcyber.com » kenapa nak kaya sangat?

  14. Pingback: kenapa nak kaya sangat? at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan

  15. sedih bila bacer apa yg suhaimi tulis diatas tu..
    bayangkan kita ditempat itu…

    saya juga isteri yg tidak bekerja…
    pengalaman lalu bnyk mengajar erti keperitan dan kepayahan…
    sbb itu saya cuba paksa diri utk lebih maju..walau pun dlm kepayahan…

    moga moga dgn perkongsian dn grup sebegini akan lebih
    memajukan diri serta dpt memotivasikan diri.

  16. Pingback: “Andainya Ku Tahu” « AFLAHLIFE

  17. kasihan isteri beliau,isteri saya pun x kerja ,gaji saya hanya cukup mkn ,kadang 2 pun smpai x ckp ,hutang keliling pingang,belanja lebih banyak dari gaji ,keje siang malam,saya juga terfikir kalau sya tiad ,bagaimana isteri saya ,simpanan x de,insuran xde,hanya hutang yg banyak,tolong mr suhaimy bebaskan saya dari kemiskinan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>