Hari ini saya ingin tunjukkan anda bagaimana anda boleh online menggunakan teknologi 3G sewaktu berada di kampung di musim perayaan ini. Maklumlah, kebanyakkan usahawan internet di malaysia masih lagi belum berupaya mengautomasikan perniagaan mereka 100%, mesti nak kena ada “sentuhan manual” sama ada untuk proses penghantaran produk ataupun penyemakan penerimaan bayaran.
Tanpa berlengah lagi… mari saya tunjukkan anda salah satu cara (ada banyak cara sebenarnya, tapi saya tunjukkan satu je lah) untuk online menggunakan teknologi 3G.
Bahan-bahan yang diperlukan :-
- Sebiji notebook
- Sebiji handphone 3G
- Sekeping simcard 3G ( cth: celcom 3G xpax)
Langkah #1 : Aktifkan 3G bagi simcard handphone anda
Perkara pertama, yang perlu anda lakukan ialah, mengaktifkan talian 3G bagi simcard anda. Untuk pengaktifan ini, anda boleh pergi ke mana-mana pusat servis yang berdekatan dengan anda, dan cakap kat awek jaga kaunter tu anda nak aktifkan 3G bagi nombor phone anda.. so nanti, dia akan bagi borang. Proses pengaktifan biasanya antara 15-30 minit.
Untuk maxis, proses pengaktifan 3G lebih mudah, tak perlu pergi servis center, cuma perlu taip *136# dan tekan butang call. Talian 3G bagi handphone anda akan di proses dan diaktifkan. Ataupun kalau nak lebih mudah, pergi je kat web maxis.com.my dan klik pada gambar

dan kemudian ikut step by step arahan yang diberikan.
Langkah #2 : Subscribe Talian 3G untuk sehari
Selepas simcard anda diaktifkan dengan talian 3G, maka, barulah boleh anda melanggan talian 3G. Untuk makluman anda, ada 3 cara untuk melanggan penggunaan 3G.
- Langganan Harian – RM8 sehari
- Langganan Bulanan – RM68 sebulan
- Guna dan bayar – Rm0.10 / 10kb
So, anda boleh pilih mana satu yang anda nak guna. Bagi “kes” kali ini, iaitu, dimana kita nak gunakan 3G di kampung untuk beberapa hari sahaja, maka, saya akan tunjukkan penggunaan “langganan harian”.
Untuk membolehkan anda memasuki internet sehari suntuk dengan bayaran RM8 sahaja, maka, anda perlulah mengaktifkan “langganan harian” 3G anda. Untuk mula mengaktifkan langganan tersebut, taip “Broadband Daily” dan hantar kepada “28882″.
Kemudian, anda akan menerima satu SMS yang akan menyatakan, pukul berapa langganan anda bermula dan pukul berapa ia akan tamat (24jam).
Langkah #3 : Sambungkan handphone anda dengan laptop
Setelah berjaya melanggan talian 3G untuk sehari, maka langkah kedua ialah membuat sambungan antara handphone anda dengan laptop anda. Sambungan boleh dibuat sama ada menggunakan USB cable ataupun bluetooth. Terpulang pada anda nak gunakan kaedah sambungan yang mana pun, yang penting, handphone & notebook anda boleh “berinteraksi”.
Langkah #4 : Setup Dial-up Connection
Ok! langkah ini ramai yang tidak tahu, untuk membuat sambungan internet menggunakan handphone 3G anda sebagai modem, anda perlu setup satu connection baru. (Alaa.. macam setup dialup connection tu).
- Buka Internet Explorer anda
- Klik menu Tools >> Internet Option
- Pilih Tab “Connection”
- Klik butang “Add”
- Pilih “Dial-Up to private network” ( IE 7)
- Untuk ruangan Phone Number, masukkan no *99# (kalau tmnet biasanya kita masukkan 1515)
- Untuk ruangan Nama, masukkan lah apa2 nama pun, tak kisah pun, kalau tak tahu nak fikir, masukkan je nama “Celcom Broadband”
- Untuk ruangan username & password, biarkan kosong
Lepastu klik ok.. ok.. ok.. dan tutup. Kemudian, taipkan apa-apa url kat web browser anda dan ia akan terus buat conection internet tersebut.
Aduh.. penat juga nak buat tutorial nie yer.. oklah! penat dah nie.. selamat mencuba!. Apa-apa soalan & cadangan, sila nyatakan diruangan komen..
P/s:- Sebarang kerosakan yang berlaku sama ada kepada harta benda, mental & fizikal anda akibat mengikuti tutorial ini adalah tanggungan anda sendiri, pihak penulis tidak akan bertanggungjawap keatas apa-apa kecacatan & kesan buruk yang berlaku kepada anda hasil mengikuti tutorial ini… ho! ho! ho!.
Maxis takde ke pakej RM8 sehari tu? Nampaknya saya kena bawak balik Maxis 3G Wireless saya tu dan test jugak Celcom 3G kat kampung… nak compare mana satu coverage lagi ok kat kampung…
bagus tutorial ni… tapi yang dalam iklan tu, dia cucuk bendalah apa tu.. maaflah aku buta gadget.
Ohhh baru la aku tahu…terima kasih laa Shuth atas resepi di atas tu selama ni guna screamyx je kat rumah.
Sorry shuth nak tanya yang tu untuk yang RM8 tu untuk maxis ke celcom
Pingback: Akhirnya sampai juga at Syamsulariff.com
huhuhu, nampak nya area rumah aku takder 3G coverage, yg ada cuma gprs, nasib baik kedai komputer member dkt jer ngan umah,boleh la online..huhuuhh
Yang broadband daily RM8 sehari itu adalah perkhidmatan dari Celcom, bukan maxis.
wow canggih tu. Bagus tutorial ni.
Bulan lepas aku ada call celcom dan tanya pasal penggunaan internet by 3G ni, jawapannya kurang memuaskan. nampaknya suhaimi punya penerangan lagi detail dan jelas. Info yang bagus.
Pingback: Ro.botys.com » Blog Archive » Selamat Hari Raya
[quote comment="4210"]Bulan lepas aku ada call celcom dan tanya pasal penggunaan internet by 3G ni, jawapannya kurang memuaskan. nampaknya suhaimi punya penerangan lagi detail dan jelas. Info yang bagus.[/quote]
biasalah.. kadang2 operator macam nak taknak je bantu.. pasal dia bukan org teknikal.. hehe
Ok juga tu. Tapi kalau kat sabah, saya rasa susah sikit. Susah nak dapat line apatah lagi kalau cam saya nih, kg jauh kat pedalaman sabah.
Tapi kaedah nih memang bagus dan murah.
erm..best2..dpt online 24 hours gitu even kat kampung..but sadis sebab laptop tgh nazak sekarang. So mungkin bercuti tidak lama thn ni, tak mampu berpisah dgn internet terlalu lama..demam panas nanti
tutorial yang bagus ni.. dah lama terpikir macamana cara nak online guna handphone..
slmt ptg shuth,
panduan yang bagus…
lepas ni nak gi cari 3G jugak lah…
han
Pingback: akhir puasa ramadhan,hari raya aidilfitri, biskut raya 2007
Pingback: Malaysian Blogger Rss Feed » Blog Archive » akhir puasa dan raya sakan
hello..kalau setting handphone yg tak 3g,cuma gprs tapi bole jadi modem mcm mana bro??
perrgh, kalu macam ni kat mana-mana pun boleh online. mana yang lebih baik? celcom or maxis.
kalo tanya celcom, celcom laa okeh. kalo maxis katanya okeh juga. ia bergantung kepada perkhidmatan talian yang sedia ada. kalo ada line clear kat sini boleh online laa… kalo takleh online bermakna perkhidmatan celcom atau maxis tak ada kat area kampung tersebut. hanya boleh gprs aje…
huhuhuuu… eh eh eh … macamlah saya nih pengguna celcom dan maxis mobile pulak?
dapat jugak satu ilmu ari nie..thnks
Pingback: Problem gak nie... - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
mcm mana plak setting kat handphone, espcly sony ericson?? sy nak guna hnpon 3g k530i sebagai modem celcom broadband…
Serius Shuth..Kalau raya kali ni saya berjaya online kat kampung,
saya belanja shuth makan sate kajang..
PS: Kali ni boleh bawak laptop sebab rumah Mak kat kampung dah
90% siap n boleh tinggal kat situ dah..
shuth dan sahabat semua,
boleh tanya sikit, kat modem selection, ada 3 pilihan, laptop modem, hp data modem (com 8)dan hp modem (com9). Mana satu nak pilih? tq
ezoneline