selamat hari raya
October 15th, 2007, by shuth

selamat hari raya

Pada waktu ini, saya masih lagi di kampung dan saya menulis blog ini hanyalah dgn menggunakan handphone n95 saya. Malas nak sambung ke laptop.

Pertama sekali, saya minta maaf kepada semua pelanggan maskahwin.com, sempoihosting.com, setbersalin.com, rahsiablogger.com mahupun wangcyber.com (pengiklan). Tempahan anda tidak dpt saya uruskan dgn segera. Saya dan semua pembantu saya sedang seronok bercuti sambil makan kuih raya. Harap2nya, anda pun begitulah jua. Semua tempahan akan diuruskan lewat sedikit (maklumlah tgh malam sahaja baru online) . Tetapi kalau ada kes-kes emergency.. Jgn risau, kami masih boleh di hubungi di talian yg dinyatakan di website kami.

Keduanya, di kesempatan hari raya ini, saya ingin mengucapkan, selamat hari raya kepada semua pembaca2 blog ini.. Terutamanya kepada mereka yg masih lg sudi menjenguk ke blog ini walaupun org lain semua tgh sibuk beraya… Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jikalau ada menyinggung perasaan anda samada secara sengaja atau tidak di sepanjang penulisan saya di blog ini. Harap2 semua kesilapan di maafkan.

Tahun ini, saya beraya di muar. Kalau ada pembaca2 blog ini yg turut beraya di muo.. Bolehlah jemput datang ke rumah. Tapi sebelum datang tu.. better halo-halo dululah. Takut saya tiada dirumah pula, maklumlah hari raya..  kan semua orang sibuk beraya.

Oklah!  Penat pulak menap pakai handphone nie…  akhir kata, selamat hari raya!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

6 comments Subscribe Comments

  1. Alo ! saya dah balik ke sini baru jemput datang umah , ceh :P

  2. Selamat Hari Raya Shuth.. :-)

  3. Selamat hari Raya maaf Zahir & batin.

  4. selamat hari raya bro. sorry kacau haritu haha..

    panjang jugak ko tulis guna hp. hebat.

  5. Selamat Hari raya Bro. semoga sentiasa diberkati Allah.

  6. selamat hari raya..tak jauh dah muar dgn yong peng


Add your comment