Dafi adalah seorang pemuda yang kacak & bujang. Beliau kini berusia 21 tahun dan baru sahaja bekerja di sebuah syarikat swasta sejak 3 bulan yang lalu.
Suatu hari, rakan beliau yang bernama mawi telah datang menemui beliau dan menawarkan polisi insuran & takaful khusus untuk melindungi pendapatan & kewangan beliau memandangkan beliau kini sudah pun bekerja. Namun begitu, tawaran tersebut telah ditolak oleh dafi mentah-mentah dengan alasan.. “Gua bujang beb.. buat apa nak beli insuran? Bukannya ada anak bini pun nak kena tanggung?.. Lagipun aku baru angkat moto baru.. tak cukup duit la nak bayar insuran bulan-bulan.”
Mawi yang baru sahaja sebulan menjadi agen insuran tidak dapat menangkis alasan & penolakan dari Dafi. Maka.. berlalulah mawi dengan perasan yang sedikit hampa pulang ke rumah dan kemudian menghempaskan dirinya ke atas katil sambil memukul-mukul bantal.. sambil menjerit… “why~~ why~~ why~~ why me~~~” Oh!
Beberapa hari selepas itu.. mawi telah mendapat idea bagaimana hendak menjawab semula alasan yang diberikan oleh Dafi. Dengan perasaan yang berdebar-debar, dia cuba menghubungi Dafi menggunakan telefon bimbit m-mobile nya..
“Hello…” sapa mawi sebaik sahaja mendengar panggilannya di angkat
“Hello“…. suara perempuan kedengaran menjawap panggilannya..
Eh! salah nombor ke nie?.. apsal pompuan pulak yang jawap?… ujar mawi di dalam hati..
“Er… boleh saya cakap dengan Dafi?”… tanya mawi ragu-ragu..
“Oo.. abang dafi ke? abang dafi kat hospital sekarang.. dia tak boleh nak cakap”.. jawap adik manis tersebut..
“Hah?! Hospital? kenapa?”. tanya mawi agak terkejut..
“Abang dafi eksiden semalam..” jawap adik manis (adik perempuan dafi) itu lagi..
==========
Tamat… ho! ho! ho!… saya memang suka buat cerita tergantung..
Sebenarnya, apa yang saya cuba sampaikan disini, ramai anak-anak muda yang masih bujang mempunyai tanggapan yang sedikit silap terhadap insuran. Bagi mereka, mereka tidak mempunyai apa-apa lagi tanggungjawap dan tanggungan seperti.. isteri dan anak-anak. Oleh itu, insuran tidak penting bagi mereka.. membeli insurans sewaktu bujang hanyalah satu pembaziran pada padangan mereka..
Adik-adik yang dikasihi… insuran itu sebenarnya adalah bertujuan untuk melindungi pendapatan anda. Dan apabila disebut “pendapatan”, ia biasanya akan digunakan untuk menanggung beberapa pihak, iaitu :-
- Diri anda sendiri
- Isteri & anak-anak
- Ibu & bapa (kadangkala)
Sebagai seorang lelaki/wanita bujang yang bijak dan berjaya. Anda seharusnya mempunyai perancangan yang baik untuk melindungi pendapatan anda. Ya.. anda masih bujang.. dan tidak ada sebarang tanggungan kecuali terhadap diri anda sendiri. Kalau anda mati.. tak perlu risau anak & isteri anda akan kebuluruan seperti kisah si ibu malang. Anda bujang!.. anda hanya perlu dibungkus dan tanam.. habis cerita..
Tapi.. bagaimana jika anda tidak mati?.. Sakit.. lumpuh.. buah pinggang rosak, kaki patah atau koma dan hanya terbaring sahaja di atas katil.. siapakah yang nak menanggung kos perubatan anda?. Siapa yang nak menanggung makan-minum anda? Siapa yang nak bayar hutang motor, ptptn, kad kredit dan juga hutang rokok anda di kedai mamak?…
Jika anda adalah anak atau cucu kepada lim goh tong.. mungkin ianya tidak menjadi masalah sangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu…
Jadi.. jika ada orang yang menasihatkan anda dengan berkata .. “Anda bujang!.. tidak perlu membazirkan wang membeli insuran“… pastikan orang tersebut tidak berhutang apa-apa pun dengan anda serta jangan menurunkan apa-apa tandatangan jika ia meminta anda menjadi penjamin bagi pinjaman kereta atau pinjaman peribadi beliau…. oh!
Jadi… fikir-fikirkan semula… adakah anda pasti anda tidak memerlukan insuran @ takaful untuk melindungi pendapatan anda sewaktu bujang?
salam…
melalui pengalaman,jangan ambil insuran yang dikelolakan oleh bank,ambil dari syarikat insuran yang memang menjalankan insuran.
Cadangan saya pergilah ke Prudential kerana polisinya jelas dan tidak mengelirukan walaupun pada yang baru mengenali insuran.Lagipun polisi Prudential amat lengkap…
1-perlindungan kematian-rm 40k
2-critical illness-rm 40k
3-medical card-rm 150k
4-pelaburan/simpanan
Saya cuma bayar rm 150 dan bekerja sebagai supervisor.Saya tidak merokok dan sy rasa berbaloi baloi untuk membayar rm 150 utk segala perlindungan yang saya dapat..mana nak cari duit tunai rm150k utk perubatan?Dengan medical card saya tak perlu risau…
salam,
pada siti, mana2x insurans kena hati2x bab ejennye (walaupun amik insurans dah lewat
). cuma so far yang siti nye ejen alhamdulillah, siap kasik payung kat kita lagi gituee..:) dia ada kasi blog takafulinsuranprudential.blogspot.com , sekarang pun dah guna kad RM45,000 tinggal lagi 400 lebih ribu..rugi tak amik awal, kalau tak dah murah premium.
based on my true story…
malang tak berbau… dalam ic puntak di catatkan bila tarikh mati… yang ada tarikh lahir…
saya merupakan penerima pampasan insuran kemalangan jalan raya pada tahun 2005… saya masuk insuran bulan tiga 05… saya accident bulan april 05… tak sampai pun sebulan saya join insuran… baru bayar deposit dua bulan… dapatla pampasan MC dan kos hospital kurang sepuluh ribu…
ramai yang tak sedar sebab belum terjadi pada diri sendiri… yang perlu sahabat tahu adalah masa sakit (MC berpanjangan) gaji separuh atau tidak dibayar gaji… kalau patah dan anda menggunakan besi dapa tulang… ia perlu di cuci setiap hari….
KOS Teksi pergi ke hospital RM 8
KOs makan di hospital RM 10 – 15
KOS Teksi balik dari hospital RM 8
Sehari hampir habis RM 30… x dengan 30 hari… RM 900…
kalau anda ada insuran… wang pampasam boleh dijadikan sandaran untuk kita meminjam wang pada sudara mara terdekat buat sementara…(bagi yang tak ada dana kecemasan la…
saya lalui MC 7 Bulan – 2 bulan gaji penuh, 2 bulan gaji separuh, dab bakinya tak ada gaji… nasib baik ada caruman SOCSO @ Perkeso.. dapat la buat belanja dapur…
INSURAN bukan lah instrument yang boleh jadikan anda kaya raya dengan duit pampasan… tetapi ia akan berguna bila anda memerlukan… tuan empunya Website nie lebih arif tentang insuran… komen sikit shuth…
isyh!! janganler gitu… insuran/takaful tu penting buat masa sekarangni. dunia semakin mencabar. kalau mampu ambik takaful dan jadikan dia sebagai biasiswa untuk pendidikan tinggi anak22.. tak yah ambik PPTN lagi..camner …
Hi,
Saya agent insurans untuk Prudential.
Untuk orang Islam kita kene ambil Takaful compare Insurans Konvensional
Prudential ada Takaful bernama PruBsn Takaful. Join venture with BSN (Bank Nasional Berhad). Takaful ini berserta Medical Card yang membolehkan kita masuk hospital free je.
Betul memang banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab muda lagi takde penyakit.
Anda kene tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita ada penyakit tua nanti.
Contohnya, batu karang
Sekarang umur 24 tahun , sudah amik insurans. Umur 30 kene batu karang and nak operation RM10k. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So insurans akan cover.
Tapi jika umur 30 tu dah tahu ada penyakit batu karang tapi baru terhengeh hengeh nak amik insurans.. Pre-exisiting disease before taking insurance. not covered..
So muda la bagus.
Anda ingin tahu lebih pasal insurans. email saya di firdausprudential@yahoo.com
Insurans tak mahal RM100 sebulan sahaja.
Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri
Ok. Simpan sendiri pun boleh.
RM100 x 12 = RM1200
Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600
Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?
so itu la bagusnya insurans
So pk pk la
email saya di firdausprudential@yahoo.com
saya akan telefon anda. anad tidak perlu membazir duit menelefon saya.
Saya tinggal di PJ. So saya boleh cover area lembah kelang.
Apa lagi faktor untuk memilih insurans..
pilih la ejen yang dekat dengan anda. ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bile anda susah nanti.
jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.
bila anda terlantar , anak bini tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.
saya bekerja ada 2 motif
1. menjana pendapatan
2. menolong orang dalam kesusahan.
Insyaallah anda tolong orang lain dalam kesusahan, kita akan murah rezeki dan dirahmati Allah.
Pesanan saya kepada ejen ejen lain.. buat la after sales servis .. jgn hanya mengejar money..
sekian
firdaus
firdausprudential@yahoo.com
betul tu..tp masalahnya sekarang ni orang masih bertanggapan buruk kat life insurans/takaful keluarga ni…
firstly kene educate balik public and tukar fikiran mereka tentang pentingnya takaful/insurans..
itulah cubaan sebagai wakil takaful.. terutama kalangan bangsa kita.. beli roko bole.. walaupun harga makin naik.. tuka kenderaan.. tp utk simpan +-RM150 sebulan pun liat..
menbeli takaful bukan bole jd sesorg tu kaya.. kerana bila matang kita akan apa yg kita bayar termasuk keuntungan TAPI ia mamainkan pernan bila kita ditimpa musibah..terutamanya bila kita lumpuh @kecacatan kekal yg memrlukan bantuan.. sehari 2, keluarga n kawan bole membantu.. tp sampai bila.. mereka ada tanggung jawap.. tak bole salahkan mereka kiranya tak membantu..
Takan nak bgantung pd parents.. mereka dah tua.. da la dari kecik jaga kita n susahkn mereka..pk pkn la.. hanya seratus 2 jer..
Kurang2nye kita dpt balas jasa mereka kiranya kita mati awal dsebabkan kemalangan @ mati biasa..
Hubungi saya di : zaimie29@yahoo.com.my
kalau beli insuran dah 30 tahun tapi tak ada ape-ape kemalangan/penyakit, bole ambik balik ke duit tu?
Boleh rujuk tulisan saya yang bertajuk “Apakah Takaful / Insurans Yang Anda Ambil?” http://afyan.com/ver1/?p=679
Insurans yang paling bagus adalah insurans yang dapat menggantikan gaji anda sekiranya anda suatu hari nanti hilang upaya bekerja…dot dot dot…
http://www.rahsiapowermatematik.com
http://rancangwang.wordpress.com
cerita pasal insuran ni.anak aku masuk hospital swasta kena rm9973+++.nasib BAIK aku ada buat insuran kesihatan untuk anak-anak.tidak la rase terbeban,ketika itu aku dpt vss.jika tidak abis duit tak boleh nak pusing buat benda lain.BAGI AKU INSURANS NI YANG PENTING AGEN.KALAU KAKI TIPU DAN MALAS URUSKAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN MEMANG SUSAH NAK CLAIM.KITA PUN KENA JUGA BEKRJASAMA MENYEDIAKAN DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI.SETAKAT NI SYUKUR ALHAMDULILLAH SEMUANYA BERJALAN LANCAR DAN SIHAT.SATU LAGI KITA KENA FAHAM POLICI,LAIN SYARIKAT INSURANS LAIN POLICINYA.JANGAN MAIN BELI ATAU DENGAR SAHAJA.POLICI TU KITA BOLE BACA DALAM BAHASA ADA DISEDIAKAN.KALAU TAK FAHAM SURUH AGEN TU JELASKAN.Ini pengalaman saya untuk kita kongsi bersama.
betul2… setuju dengan artikel ni.
ramai yg terfikir.. rugi la kalau ambik insuran kalau tak claim..
tp ramai yg tak pernah terfikir.. mcmana kalau tiba2 aku nak claim tp takde insuran cover..
dan yg paling penting skarang,. pastikan anda ada medical card.
Info berkenaan medical card…
http://www.takafulbsn.com/takaful-mediassist/
APA INSURAN YANG BAGUS YA SHUTH
hmm..memang skrg byk custmr jd mangsa penipuan agen.yang tak ada dlm polisi pun kata ada.sy ckp berdasarkan pengalaman..anak kwn saya ada beli satu insuran takaful (jgn salah fhm k,bkn nak salahkan takaful).satu hari berlaku kemalangan yang menyebabkan rahang anak dia yang baru berumur 9 thn(waktu kejadian)pecah.skrg bdk 2 dah berumur 11 thn pun.insya Allah awal thn dpn buat pembedahan rahang.2 pun kumpul duit cdri tau.muka memang teruk akibat hentakan.tp malangnye..bila nak claim,pihak takaful bg alasan polisi dah berubah.logik kerrr??so,ape makna custmr byr RM200 sebln.banyak tuu.tak tahu la nak salahkan agen atau takaful.
salam bro and sis…firstly…pendapat peribadi saya,bayarlah guna auto debit..jgn pakai cash walau anda kenal ejen tu kerana risiko untuk kena tipu ttp ada klu pakai cash…
secondly…cik lisz,mana mungkin polisi berubah?kita ada hak pada apa yang tertulis black&white kt polisi tu,yang boleh berubah adalah term&condition…pasal tu sebelum beli insuran selidik dulu company insuran tu..Bab medical kad pun….comp A…Z..kad dia boleh cancel anytime dia nak,sy suggestkan amiklah dari comp PruBSN takaful@Prudential Assurance kerana pengalaman sy dan kajiselidik berkaitan comp ni sgt bagus…Prudential punya medikal kad NON CANCELLABLE…comp tak boleh nak cancel atau terminate service medikal kad walaupun comp x buat lagi bisness medikal kad…Is that clear?klu nak try btul@tak statement sy ni,cuba ty agen comp insuran lain…tgk sejauh mana kejujuran dorang…k…any problem bleh call sy..012 670 5383-sahrudin
Bagi saya Insuran dan Takaful kedua2nya baik khususnya yang menpunyai komitmen bayaran … untuk mengurangkan bebanan sekiranya kita di timpa musibah.
ya.. at least you mampu bayar RM100 sebulan pun dah bagus. Mana murah RM100 or RM50K?
dengan RM100 bersama Prudential ada dapat RM500K medical card
Tolong Koment bloge saya…ok ke ?
Bulan lepas saya dikejutkan dengan berita jiran saya mengidap penyakit kanser limpa. Malangnya sudah mencapai tahap 4+, belum ada rawatan khas kanser yang diberikan, Cuma diberi ubat. Di fahamkan doctor baru bercadang nak beri rawatan kimoterapi.
Semua sedia maklum mengenai kematian isteri bekas Perdana Menteri kita Pak Lah, iaitu Datin Sri Hendon akibat kanser. Segalanya bermula bila salah seorang adik beradiknya disahkan mengidap kanser, barulah Datin Sri melakukan ujian. Tanpa mengalami apa-apa sakit, beliau juga disahkan mengidap kanser.
Mengikut statistik, kanser adalah kategori penyakit pembunuh nombor 2 di Malaysia selepas Serangan Jantung. Berbeza dengan serangan jantung yang mempunyai tanda lebih awal, kanser dalam banyak keadaan hanya disedari oleh pengidapnya apabila telah tiba di tahap kritikal dan mempunyai harapan tipis untuk sembuh. Kanser tidak memilih umur. Yang masih muda juga boleh diserang.
Bagaimana kita menghadapi serangan penyakit kritikal ini? Jika diserang, rawatan pemulihannya amatlah tinggi. Biasanya selepas disahkan mengidap kanser, doktor akan memberi cuti selama 2 tahun untuk rawatan (bagi kakitangan kerajaan). Biasanya rawatan kimoterapi adalah pilihan utama. Bagi yang tidak mampu, hanya hospital kerajaan sahaja harapan mereka. Ada juga kakitangan kerajaan kumpulan tertinggi juga terpaksa mengharapkan hospital kerajaan kerana tiada simpanan mencukupi. Saya dimaklumkan bahawa kos rawatan kimoterapi untuk sekali sahaja RM4 ribu manakala transplant RM40 ribu. Bayangkan apabila kimo perlu dilakukan setiap bulan selama setahun.
Saya bukan nak merendahkan hospital kerajaan, tetapi kita sedia maklum bahawa daripada jumlah semua pesakit, 80% akan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Sudah tentu perkhidmatan yang amat diperlukan pesakit tidak dapat diberikan segera kerana senarai menunggu yang ramai.
Jika kita mempunyai perancangan yang lebih jauh, mungkin simpanan sebanyak RM100 sebulan dapat membantu kita untuk menyediakan bayaran rawatan hospital sehingga RM50,000 setahun dan sehingga RM500,000 seumur hidup kita.
Buatlah persiapan sebelum kita terkena. Jangan disebabkan nak berjimat sedikit terpaksa rugi berganda-ganda bila ditimpa musibah yang lebih besar. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.financialsfreedom.com . Saya bersedia menjadi perunding anda.
salam semua..stakat hari ni..insuran takaful yg no 1 di malaysia adalah ETIQA TAKAFUL..dan pilihlah yang anda rasa terbaik tuk diri anda.jgn korbankan AGAMA BANGSA DAN NEGARA anda tuk kebaikan yahudi yg durjana….perhatikan perjalanan duit yang anda laburkan…tuk maklumat lanjut..boleh lah anda menghubungi saya..khairil5101@yahoo.com.
Percayakah anda kebanyakan org beli insuran dgn membabi buta tanpa mengenal pasti keperluan sebenar. Macam lalang ikut saja ckp org dan ejen tanpa berfikir dr segi rasionalnya. Perlindungan..? apa yang anda hendak lindungkan? Duit, harta, kesihatan, pendapatan..? Org beli rumah, dpt rumah..beli kereta, dpt kereta..anda beli insuran dpt apa..?? dpt kertas 10 m/s yg anda sendiri tk faham langsung maksud dan kandungannya…Setuju tk kalau saya katakan anda cuma membeli ketenangan..nak menyedapkan hati pd situasi dan keadaan yg anda sendiri pn tidak tahu tentang kebarangkalian sesuatu kejadian..Sedarkah anda setiap tahun anda telah menyumbangkan berbilion ringgit keuntungan kepada pihak insuran secara percuma..Dlm 100 org yg membeli insuran, brp org kah yg dpt claim setiap tahun..? 10 org, 20 org atau 30 org..?So yg tk claim tu duitnye ke mana..?Setiap tahun kerajaan memperuntukkan dana berbilion rm untuk menaik taraf hospital dn rwtn kesihatan, knp tk gunakan peluang tu..Sedarkah anda SOCSO merupakan agensi yg memiliki dana terbesar di Malaysia, tak cukupkah untuk melindungi anda semasa kemalangan..ASB merupakan pemegang saham yang memberikan pulangan yang lumayan dan terjamin setiap tahun, tak cukupkah untuk anda melabur…kenapa perlu insuran..kenapa..kenapa..? sebabnya adalah
1. Anda mudah diperdayakan dan tidak mempunyai pendirian..
2. Pengetahuan anda terhadap sesuatu polisi kerajaan sangat cetek.
3. Anda memang jenis yg suka menunjuk2 walaupun sedang ditimpa musibah..(nak duduk hospital mahal2 konon)
4. Anda org yg malas menjaga kesihatan dan melantak sesuka hati..
5. Anda bukan jenis org sentiasa berhati2..(apa nk susah, klu eksiden aku ada insuran)
6. Anda tk rajin berdoa setiap pagi selepas sembahyang subuh supaya dijauhkan dari segala bala (..ya daafial balak ya allah..)
7. Anda kurang yakin dgn rukun iman..percaya pada qada dan qadar..
8. Anda terlalu cintakan dunia..berfikir lebih sgt tentang kesengsaraan dan kesenangan dunia dari kehidupan selepas mati..
FIKIR2KANLAH…
Salam pak tirai…mengapa perlu takaful??
1.Tujuan asal takaful adlah membentuk satu tabung untuk org Muslim bilamana salah seorang peserta di timpa musibah, duit dalam tabung itu akan di gunakan dan sijil takaful menjadi tempat rujukan berapa banyak ia perlu di keluarkan.
2.Bayaran tahunan kepada syt takaful merugikan??tidak sebenarnya..hanya 6 tahun pertama sahaja drpd sumbangan bulanan kita ada chrge wakalah.Namun, 6 tahun berikutnya sehingga umur 80, 100% sumbangan akan masuk ke dalam saving kita.So,kalau anda anda masuk takaful…perlindungan pun dapat,simpanan pun dapat..
3.Tidak berdoa pagi-pagi.Tidak makan makanan sihat.Tidak yakin dengan takdir..aduhai…semua takdir ketentuan Allah pak tirai.Kalau tanya org yg terlantar kat hospital,ada yang alim,yang baik,ada yang kuat semayang,ada yang x ..tapi semuanya Allah uji..keluar kereta pagi2 dr pintu rumah bley eksiden..siapa sangka..doa sudah di baca..namun takdir datang hanya sekadar menguji… “dan kami AKAN PASTI menguji kamu dengan ketakutan,kelapARan,kekurangan harta ,jiwa dan buah buahan,dan beri khabar gembiralah bagi orang yang bersabar”—Al Baqarah 155
3.Bukan cintakan dunia pak tirai.ASB pun belum tentu halalnya.Namun,bila mana terkenang ayat Allah “dan orang2 yang hampir-hampir mati dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat dengan menyediakan nafkah sehingga setahun lamanya (tanpa menyuruhnya keluar dari rumah)..Al Baqarah 240…dengan takaful,tabung orang Muslim yang saling jamin menjamin ini dapatlah di beri sejumlah wang bila pak tirai meninggal.Sekurang kurangnya,kereta yang masih lagi ada hutang..dapat dibayar..rumah da ada MRTA..hutang2 pak tirai kalau ada dapat di langsaikan..anak2 yang masih belajar,dapat meneruskan pelajaran..cuba renung2kan apa yang Allah sebut..kalau pak tirai outstation 2 hari,brapa bagi kat bini?kalau outstation sebulan??berapa sediakan untuk anak2..kalau pergi selama lamanya..??huhu…jgn slpas ketiadaan pak tirai habis tanah dn rumah di jual…kesian org yg tersayang…ingatlah mereka…
4. Marilah sama sama kita sertai takaful.Tidak kiralah mana mana operator.Tapi, sebagai pengguna,minimumkan pembayaran,tapi carilah yang memberi manfaat secara maksimum…
islamic financial planning, Univ Malaya-013 9984713
Sedih baca nukilan pak tirai pirana ni. Pak tirai, saya cadangkan pak tirai baca sejarah & asal usul takaful. Zaman Nabi Muhammad dulu pun dah ada apply konsep takaful ni. Pak tirai kurang membaca ni..
Sekadar menjelaskan apa yg belum jelas kepada pak tirai,
1. Takaful bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi bagi kepentingan keluarga (anak & isteri) yg ditinggalkan.
2. Sekarang ini plan takaful tak mcm dulu, dah ada skim pelaburan yg baik sehinggakan dividen yg diberi lebih tinggi dari ASB.
menarik entry ni….pada saya insurans tu penting untuk masa depan yang kita tak pasti…walaupun saya sudah dilindungi takaful secar berkelompok (kompeni) dan saya dah upgrade coverage to 50k to each family member tapi saya still fikir nak dapat insuran persendirian untuk saya, suami dan anak2. bukan saya tamak tapi persediaan untuk kebarangkalian buruk yang terjadi. untuk memilih insuran yang betul2 bagus memerlukan banyak bacaan dan pertanyaa. rakan pejabat saya pernah cerita insurans yang diambil merugikan kerana tiada pulangan kerana walaupun mula membayar premuim sejak usia kanak-kanak dan tidak pernah jatuh sakit sehingga dewasa, apabila check coverage, kadarnya sudah berkurangan dan diberitahu polisi berubah. sungguh kesian… tp ada pula kes rakan lain, mengambil polisi insuran yang dirasakan berbaloi. walaupun kerap sakit, tapi tidak membebankan kerana insurans ada. ambil ikhtibar dari semua orang….perlunya selidik polisi insuran yang ingin diambil. kaji seluruhnya dan jangan hanya bergantung pada cerita dan kata2 orang lain….buat perbandingan antara polisi2 yang ada dan ukur keupayaan kita…so saya still dalam proses mengumpul maklumat polisi2 yang berpotensi supaya pelaburan yang saya lakukan tidak sia-sia.
Ada 4 perkara utama dalam perlindungan takaful / insurans:-
1. Life – Kematian / Lumpuh
2. Sakit Kritikal
3. Hospital dan Pembedahan (Medical Card)
4. Personal Accident
Boleh rujuk tulisan saya yang bertajuk “Apakah Takaful / Insurans Yang Anda Ambil?” http://afyan.com/ver1/?p=679
Asalamualaikum.. Kerja saya sbgai penasihat kewangan.. Kepada sesiapa yg ingin membeli insurans.. Saya sarankan pertama sekali kita kena tgk kredibiliti syarikat insurans tersebut baru pilih.. Ini pentg kerana, sekiranya berlaku kegawatan ekonomi adakah syrkt tersebut berupaya utk membayar claim pd wktu keadaan ekonomi tidak stabil?kpd sesiapa yg inginkan maklumat lebih lanjut.. Bole hubungi sy.. 0134623308 (nana)zana_mizah@yahoo.com