Archive for October, 2007



09
Oct

Panduan online di kampung sewaktu raya!

Hari ini saya ingin tunjukkan anda bagaimana anda boleh online menggunakan teknologi 3G sewaktu berada di kampung di musim perayaan ini. Maklumlah, kebanyakkan usahawan internet di malaysia masih lagi belum berupaya mengautomasikan perniagaan mereka 100%, mesti nak kena ada “sentuhan manual” sama ada untuk proses penghantaran produk ataupun penyemakan penerimaan bayaran.

Tanpa berlengah lagi… mari saya tunjukkan anda salah satu cara (ada banyak cara sebenarnya, tapi saya tunjukkan satu je lah) untuk online menggunakan teknologi 3G.

Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • Sebiji notebook
  • Sebiji handphone 3G
  • Sekeping simcard 3G ( cth: celcom 3G xpax)

Langkah #1 : Aktifkan 3G bagi simcard handphone anda

Perkara pertama, yang perlu anda lakukan ialah, mengaktifkan talian 3G bagi simcard anda. Untuk pengaktifan ini, anda boleh pergi ke mana-mana pusat servis yang berdekatan dengan anda, dan cakap kat awek jaga kaunter tu anda nak aktifkan 3G bagi nombor phone anda.. so nanti, dia akan bagi borang. Proses pengaktifan biasanya antara 15-30 minit.

Untuk maxis, proses pengaktifan 3G lebih mudah, tak perlu pergi servis center, cuma perlu taip *136# dan tekan butang call. Talian 3G bagi handphone anda akan di proses dan diaktifkan. Ataupun kalau nak lebih mudah, pergi je kat web maxis.com.my dan klik pada gambar

aktifkan 3g maxis

dan kemudian ikut step by step arahan yang diberikan.

Langkah #2 : Subscribe Talian 3G untuk sehari

Selepas simcard anda diaktifkan dengan talian 3G, maka, barulah boleh anda melanggan talian 3G. Untuk makluman anda, ada 3 cara untuk melanggan penggunaan 3G.

  • Langganan Harian - RM8 sehari
  • Langganan Bulanan - RM68 sebulan
  • Guna dan bayar - Rm0.10 / 10kb

So, anda boleh pilih mana satu yang anda nak guna. Bagi “kes” kali ini, iaitu, dimana kita nak gunakan 3G di kampung untuk beberapa hari sahaja, maka, saya akan tunjukkan penggunaan “langganan harian”.

Untuk membolehkan anda memasuki internet sehari suntuk dengan bayaran RM8 sahaja, maka, anda perlulah mengaktifkan “langganan harian” 3G anda. Untuk mula mengaktifkan langganan tersebut, taip “Broadband Daily” dan hantar kepada “28882″.

Kemudian, anda akan menerima satu SMS yang akan menyatakan, pukul berapa langganan anda bermula dan pukul berapa ia akan tamat (24jam).

Langkah #3 : Sambungkan handphone anda dengan laptop

Setelah berjaya melanggan talian 3G untuk sehari, maka langkah kedua ialah membuat sambungan antara handphone anda dengan laptop anda. Sambungan boleh dibuat sama ada menggunakan USB cable ataupun bluetooth. Terpulang pada anda nak gunakan kaedah sambungan yang mana pun, yang penting, handphone & notebook anda boleh “berinteraksi”.

Langkah #4 : Setup Dial-up Connection

Ok! langkah ini ramai yang tidak tahu, untuk membuat sambungan internet menggunakan handphone 3G anda sebagai modem, anda perlu setup satu connection baru. (Alaa.. macam setup dialup connection tu).

  1. Buka Internet Explorer anda
  2. Klik menu Tools >> Internet Option
  3. Pilih Tab “Connection”
  4. Klik butang “Add”
  5. Pilih “Dial-Up to private network” ( IE 7)
  6. Untuk ruangan Phone Number, masukkan no *99# (kalau tmnet biasanya kita masukkan 1515)
  7. Untuk ruangan Nama, masukkan lah apa2 nama pun, tak kisah pun, kalau tak tahu nak fikir, masukkan je nama “Celcom Broadband”
  8. Untuk ruangan username & password, biarkan kosong

Lepastu klik ok.. ok.. ok.. dan tutup. Kemudian, taipkan apa-apa url kat web browser anda dan ia akan terus buat conection internet tersebut.

Aduh.. penat juga nak buat tutorial nie yer.. oklah! penat dah nie.. selamat mencuba!. Apa-apa soalan & cadangan, sila nyatakan diruangan komen..
P/s:- Sebarang kerosakan yang berlaku sama ada kepada harta benda, mental & fizikal anda akibat mengikuti tutorial ini adalah tanggungan anda sendiri, pihak penulis tidak akan bertanggungjawap keatas apa-apa kecacatan & kesan buruk yang berlaku kepada anda hasil mengikuti tutorial ini… ho! ho! ho!.

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

04
Oct

Kisah si ibu malang..

Semalam saya menerima email dari salah seorang subscriber maskahwin.com yang menceritakan tentang nasib kakak beliau yang baru sahaja kehilangan suami. Suami kakak beliau itu masih muda.. baru berumur 41 tahun. Tegap & sihat.. tetapi, tiba-tiba sahaja meninggal dunia akibat hepatitis B. Sememangnya ajal & maut itu di tangan tuhan.. tiada siapa yang dapat meramal kedatangannya….

Kakak beliau itu, mempunyai 6 orang anak. Selama ini, hanya si suami sahajalah yang bekerja, mankala, kaka beliau itu tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Sudah tentunya, selama ini, hanya si suami lah tempat mereka sekeluarga bergantung dan mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

Tetapi kini… tiba-tiba semuanya berubah dalam sekelip mata. Si suami, meningalkan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya tanpa “sempat mengucapkan selamat tinggal” dan meninggalkan apa-apa bekalan untuk si isteri & anak-anak meneruskan hidup mereka..

Cuba anda bayangkan…. anda berada di tempat si ibu tadi..

Tidak bekerja…. ada 6 orang anak.. dan baru sahaja kehilangan suami yang merupakan satu-satunya punca pendapatan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga…

Mana nak cari duit bayar hutang kereta? hutang rumah? duit sekolah anak-anak? makan-minum anak-anak? pakaian? lagi-lagi dah nak dekat raya nie…. oh!.. memang sesuatu yang menyedihkan..

Kepada golongan-golongan suami… jangan biarkan perkara ini terjadi kepada isteri & anak-anak anda..

Kepada golongan-golongan isteri pula.. sila ingatkan suami anda agar tidak meninggalkan anda dalam keadaan yang terkontang-kanting seperti ibu malang di atas..

Apa yang boleh anda lakukan, paksa mereka dapatkan polisi insuran/takaful sekarang juga! (jika mereka masih tidak mempunyai sebarang polisi insuran lagi)… buat masa ini, itulah salah satu kaedah yang terbaik untuk menghalang “nasib malang” tersebut menimpa diri anda. Tetapi.. kalau suami anda masih berdegil juga dan tidak mahu mendapatkan polisi insurans.. takde masalah beb! (sambil tangan menunjuk simbol peace)… anda boleh sahaja dapatkan polisi insuran dan meletakkan nama suami anda sebagai “pihak yang diinsurankan”.. dengan cara ini, jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada suami anda.. kompem beb! (sambil tangan menunjukkan simbol OK) anda akan mendapat duit pampasan itu 100% .. tak perlu nak faraid-faraid (untuk penerangan lebih lanjut bagaimana anda boleh memperolehi 100% wang pampasan insuran suami anda.. sila hubungi agen insuran bertauliah berhampiran anda)

Alangkah bersyukurnya.. jika si suami tadi meninggalkan sedikit bekalan kewangan yang bernilai RM100,000 ( hasil pampasan dari polisi insuran). Tidaklah hidup si isteri tadi amat tertekan. Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan sedikit ruang untuk si isteri & anak-anak mengatur hidup mereka dan menampung perbelanjaan hidup mereka buat sementara waktu. Sebelum si isteri tadi dapat mencari pekerjaan & sumber pendapatan yang baru untuk menyara keluarga mereka.

Baiklah.. itu cerita kalau si suami tadi belum meninggal dunia.. tetapi dalam kisah akak diatas. Si suami telah meninggal dunia, tiada sebarang polisi insuran, tiada harta & wang simpanan, isteri tidak bekerja dan terpaksa menangung 6 orang anak yang masih lagi kecil dan bersekolah.. ditambah lagi.. anakyang paling kecil berusia 2 tahun dan masih menyusu badan (apabila menyusu badan.. ia bermakna.. si bayi tidak boleh berenggang dengan si ibu lebih dari 3-4 jam)

Secara jujurnya, saya memang tiada idea & cadangan untuk diberikan kepada si kakak tersebut.. saya tidak tahu bagaimana situasi beliau yang sebenar, saya tidak tahu apa keupayaan beliau, saya tidak tahu apa kemahiran yang beliau miliki dan saya juga tidak tahu bagaimana persekitaran serta orang-oraang di sekeliling beliau.

Jadi.. saya minta maaf kepada pengirim email tersebut kerana tidak dapat membalas email beliau. Mungkin pembaca-pembaca blog ini dapat memberikan sedikit cadangan @ nasihat @ pendapat kepada si ibu malang tersebut…

Kemudian.. akan saya khabarkan kepada si adik tadi untuk membaca cadangan-cadangan anda semua terhadap kakak beliau di blog ini..

P/s:- saya wujudkan satu kategori baru untuk blog ini dan menamakan iasebagai “khidmat layanan masyarakat”..

01
Oct

Berita Gembira..

Di bulan ramadhan yang mulia ini, ada 2 berita gembira yang berlaku di dalam dunia internet marketing di malaysia. Mungkin ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang belum.. bagi yang belum tahu.. berikut adalah berita-berita gembira tersebut.

1) Duit adsense kini sudah boleh dikeluarkan menerusi Western Union

Berita gembira untuk semua penerbit-penerbit iklan google adsense. Pihak google adsense kini telah menyediakan kemudahan untuk para pemilik akaun google adsense di malaysia untuk mengeluarkan wang dari akaun google adsense mereka menerusi western union. Jadi, anda tidak perlu lagi menunggu selama 2 bulan untuk menunaikan cek yang diterima serta tidak ada lagi pemotongan yuran pengurusan sewaktu menunaikan cek.

Apa yang perlu anda lakukan, kemaskinikan maklumat “Payment Details”  di akaun google adsense anda  kepada “Western Union Quick Cash” segera.  Sebaik sahaja pihak google membuat bayaran ( biasanya pada 25hb) , keesokkan harinya, anda sudah boleh pergi ke mana-mana pejabat western union(pejabat pos, cimb, rhb)  yang berhampiran dengan anda untuk menuntut wang tersebut. Jangan lupa bawa IC serta maklumat “MTCN (Money Transfer Control Number)” yang boleh anda dapati di dalam akaun google adsense anda.

2) Orang Malaysia kini sudah boleh mengeluarkan duit dari paypal.

Ini lagi satu berita yang mengembirakan, setelah 10 tahun rakyat melaysia menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal mereka, kini pihak paypal telah memberikan kemudahan untuk pemegang-pemegang akaun dari malaysia untuk mengeluarkan wang yang terkumpul di dalam akaun paypal mereka ke akaun kad kredit/debit kad yang digunakan untuk mengesahkan akaun paypal mereka.

Yuran yang dikenakan bagi setiap kali proses pengeluaran iaah sebanyak USD5 dan ia akan diproses dalam masa 5-7 hari dari tarikh permohonan pengeluaran.

3)  Buku Rahsia Blogger sudah terbit.

Satu lagi berita gembira, terutamanya kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak membuat duit dengan blog mereka. Buku “Rahsia Blogger” sudah pun siap dicetak dan akan berada di kedai-kedai berhampiran anda dalam masa beberapa hari lagi.. namun begitu, untuk mendapatkan buku tersebut dengan lebih pantas serta dengan harga yang lebih murah.. anda boleh dapatkannya menerusi blog “Rahsia Blogger“.

Alhamdulilah.. semoga lebih banyak lagi berita gembira untuk industri perniagaan internet di malaysia kelak. Semoga berita-berita gembira ini apat merancakkan serta memajukan lagi industri ini di malaysia.

Selamat maju jaya!