Archive for November, 2007

27
Nov

Blog di minisite… hah?

Saya tidak pasti siapakah yang memulakan trend ini.. sejak kebelakangan ini, saya melihat banyak minisite-minisite yang dihasilkan akan disertakan dengan blog.

Saya tidak pasti apakah alasan & tujuan sebenar mereka membina blog disamping minisite mereka. Mungkin atas alasan..

  • Untuk menarik trafik dari SEO kerana blog lebih mesra SEO
  • Membina kepercayaan & kredibiliti terhadap bakal pelanggan
  • Mendidik serta memujuk pelawat untuk membeli produk

Walaupun alasan tersebut kelihatan  bagus  tetapi bagi saya.. kewujudan blog disamping minisite sebenarnya hanya akan menganggu objektif utama “minisite” tersebut.

Ini kerana.. objektif utama sesebuah minisite, adalah untuk membuatkan bakal pelanggan fokus terhadap penerangan mengenai produk dan akhirnya memujuk pelawat membuat belian. Pendek kata.. di akhir salesletter tersebut, pelawat sepatutnya diberikan 2 pilihan sahaja.. iaitu sama ada BELI atau TIDAK. Itu sahaja.. tiada pilihan lain selain itu..

Tetapi, apabila ada link blog di penghujung “salesletter” minisite tersebut, ia sebenarnya akan memberikan pelawat satu lagi pilihan.. iaitu.. “marilah mengenali diri saya”..

Dan bagi saya.. itu bukanlah sesuatu yang baik..

Ini kerana, selepas pelawat berkobar-kobar membaca salesletter yang membunuh.. dan apabila mereka ingin mengklik ke butang belian.. ternampak pula ada link blog dibawahnya.. “eh.. ada blog.. klik lah dulu”.. klik!… pelawat anda pergi ke blog.. baca satu post..nampak menarik.. baca post lain lagi.. baca lagi satu.. baca.. baca… eh? dah kul 1? nak gi makan dulu la.. terus tutup browser..

Woosshh!.. hilang peluang anda untuk “close” pelanggan tersebut..  (close bermaksud menghasilkan jualan)

Disebabkan itu, saya tidak dapat melihat, apa rasionalnya meletakkan blog di samping minisite (saleslleter) ? Ia sebenarnya hanya akan menganggu fokus bakal pelanggan..

Bagi saya, jika anda berhajat untuk menarik trafik menggunakan keupayaan SEO yang terdapat pada blog.. saya fikir kelebihan itu boleh diganti dengan gabungan On-page Optimizing di page salesletter dan juga kehebatan penarikan trafik dari program affiliate.

Manakala alasan untuk memujuk & membina kepercayaan pelanggan yang kononnya boleh dibina menerusi blog.. sebenarnya sudahpun mencukupi dengan penggunaaan autoresponder, malahan ia lebih baik kerana autoresponder boleh di”personalize”kan.

Jadi.. sekali lagi, apa rasionalnya meletakkan blog disamping  minisite?. Walaupun blog memang diakui sebagai suatu alat yang sangat “bagus” dan mempunyai 1001 kelebihan..  tetapi penggunaannya juga haruslah pada tempat yang betul & tepat.

Analoginya seperti anda menggunakan penyembur serangga..  walaupun penyembur serangga itu diketahui amat bagus di dalam membunuh semut dan lipas.. tetapi jika ia digunakan untuk membunuh semut yang terdapat di atas makanan anda… saya fikir ia adalah sesuatu yang gila! oh! ho! ho! ho!..

Apa-apa pun itu hanya pendapat saya.. mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza?.. jika begitu, mungkin anda boleh tinggalkan sedikit komen di ruangan komen agar kita dapat bertukar-tukar fikiran dan mencari manfaat yang sebenar penggunaan blog di minisite… :) peace..

Yosh!..

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

18
Nov

Headline Power!

Bulan lepas, saya ada nyatakan bahawa saya sedang membuat A/B Test untuk satu website perniagaan saya. Siapa yang tertingal.. boleh baca disini. Split test ini , saya lakukan dengan menggunakan tools website optimizer yang terdapat di dalam akaun google adwords.

Sebenarnya, saya telah menjalankan eksperimen A/B Test ini di website maskahwin.com , bagi mencari… headline yang mana satukah yang lebih “power” yang dapat menukarkan lebih banyak pelawat kepada pelanggan.

Saya telah membuat 4 headline yang berbeza seperti dibawah:-

A. Ingin Berkahwin? (original)

B. Nak kahwin! Tapi Tak Cukup Duit?

C. Wang Menghalang Perkahwinan Anda?

D. Tak Cukup Duit Nak Kahwin?

Anda rasa? Headline manakah yang paling power?… Sila pilih.. A , B , C atau D…

.

.

.

.

Teett!!.. Masa tamat. Ok! Dah pilih?… Mari kita lihat.. apakah jawapannya….

Eksperimen ini telah dimulakan pada 31 Oktober 2007. Dibawah adalah gambar “sebelum” eksperimen ini bermula..

Sebelum

Setelah 2 minggu (hingga 17 Nov 2007) , berikut adalah hasilnya. Gambar keputusan eksperimen…

result AB test

Jika dilihat dari hasil keputusan yang diberikan… headline4 adalah headline yang paling power dengan converion rate sebanyak 2.54% (tinggi tu.. standard 1.0% je) dan ianya 99.5% lebih baik daripada headline yang original.

Persoalannya.. Apakah ayat yang digunakan pada “headline4″? Adakah headline A? B? C? atau D?… Tepatkah jawapan anda?

.

Jawapannya….

.

Jawapannya….. kita tunggu selepas ini..

.

Iklan : Halllooo kawan! Mau bisnes ka! Apa? Tak ada duit? 1,000 … 2,000… 5,000… 10,000? Kami boleh bagii!! Tak tahu bisnes? Mahu training.. kami pun ada.. Ingat haa.. kami bukan along.. kami cuma nak tolong!…

Baiklah… bertemu kita kembali…. tadi anda telah memilih A , B, C, atau D sebagai headline pilihan anda… tanpa berlengah lagi. Inilah jawapannya…

Headline Paling power

Bagaimana? Tak Percaya? Saya pun sebenarnya agak terkejut juga… tak sangka pula headline itu yang paling tinggi “conversion rate”nya. Memang suatu hasil yang menarik.. jadi.. bolehlah saya gunakan headline ini selepas ini.

Itulah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan hasil eksperimen saya menggunakan tools website optimizer dari google adwords ini….  memang sesuatu yang agak menarik dan mengujakan. Cubalah try… pasti jualan website anda akan meningkat naik selepas ini…

Yosh!

16
Nov

shuth biz re-arrange

Saya minta maaf… sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dan tidak sempat untuk mengupdate blog ini. Pada waktu ini saya sedang membuat kerja-kerja pengaturan semula ke semua biz internet saya..di samping sedang sibuk menyusun strategi biz untuk tahun hadapan.

Maklumlah dah nak dekat hujung-hujung tahun nie… memang sudah jadi kelaziman saya untuk mula sibuk membuat analisa & biz plan strategi.  Tahun ini punya plan.. dari 8 yang dirancang.. hanya 2 je yang menjadi (rahsiablogger.com & setbersalin.com).. yang lain-lain.. sama ada tak sempat nak dibuat atau sudah tidak sesuai untuk dijalankan. Mungkin tahun lepas saya begitu teruja sampai membuat terlampau banyak perancangan… nampaknya.. untuk perancangan tahun ini, saya perlu lebih realistik.. 2-3 projek yang dirancang dengan teliti, pastinya lebih efektif berbanding 10 projek yang dirancang secara kasar.

Blog mohdsuhaimy.com ini juga akan”sedikit” bertukar arah…. post-post yang berkaitan dengan  perniagaan di internet mungkin akan berkurangan.. saya akan cuba jadikan blog ini lebih personal dan lebih kepada “pengalaman sebenar”.  Sama ada pengalaman sebenar di dalam menjalankan perniagaan internet, menulis blog mahupun pandangan-pandangan yang muncul sewaktu saya berada di dalam jamban. Tidak lupa juga.. info berkenaan “pengurusan kewangan peribadi”  dan “ilmu kekayaan”, saya akan cuba kekalkan disini.

Topik-topik yang berkaitan dengan dunia perniagaan internet seperti tips, tutorial, produk terkini bidang “internet marketing” dan sebagainya yang berkaitan dengan “dunia perniagaan internet”, akan dimasukkan ke blog wangcyber.com , manakala info-info berkaitan blog pula akan dimasukkan ke rahsiablogger.com . Sempoihosting.com juga akan mempunyai blognya sendiri kelak.. tetapi ia lebih kepada tujuan interaksi bersama pelanggan & tips-tips yang lebih teknikal berkaitan server dan “web development”. Duh… banyaknya blog nak kena tulis!

Ok.. itulah sedikit info terbaru yang dapat saya masukkan ke dalam blog ini, memang khas ditujukan kepada mereka yang merefresh blog ini 17 kali sehari.. oh!

Akhir kata… bagaimana dengan perancangan perniagaan anda untuk tahun hadapan? Sudah siap? atau…. memang takde?

Kata orang.. “Kalau anda gagal untuk merancang… boleh pergi makan kacang la.. ho! ho! ho!”

Yosh!

P.s :- gagal untuk merancang, merancang untuk gagal ler..




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner