Saya tak sedar bila feature ini ditambah ke dalam aplikasi google adword. Tetapi, semalam, sewaktu saya sedang pusing-pusing dalam akaun google adword saya, saya dapati ada satu link baru yang bernama “website optimizer” muncul di dalam dashbord akaun google adword saya.

Tanpa fikir panjang.. saya mula mengexplore apakahkebendanya “website optimizer” ini..
Setelah beberapa jam menonton video guide dan tutorial yang disediakan.. barulah saya faham. Rupa-rupanya ia adalah alat untuk membantu kita membuat “split test” website kita dan kemudiannya mengoptimunkan website kita berdasarkan laporan yang diberi hasil dari “split test” tersebut.
Wah!.. ini sesuatu yang menarik!.. sebelum ini saya memang sudah sedia maklum tentang teknik “A/B test” ini. Dimana, teknik ini digunakan untuk menganalisa website kita dengan membuat perbandingan mengenai..
- headline yang mana yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan jualan
- salesletter yang mana yang lebih menyakinkan dan mampu meningkat jualan..
- gambar mana yang lebih menarik perhatian dan meningkatkan jualan dan sebagainya..
Namun begitu, ia agak sedikit rumit dan mengambil masa yang agak panjang untuk dilakukan (itu yang malas sikit nak buat tu… oh!)
Cara2 buat A/B split test (secara kasar)
Mula-mula anda kena buat 2 page yang berasingan (sama ada berlainan headline / salesletter atau apa2 sahaja yang ingin anda bandingkan, dan namakan ia sebagai si-A dan si-B) .
Lepas tu, letakkan si-A selama seminggu (atau sebulan- ikut suka) di website anda dan kira berapakah conversion rate (kadar pelawat yang bertukar menjadi pembeli) yang diperolehi.
Kemudian, letak pula si-B selama seminggu (kalau si A sebulan, maka si-B pun kena sebulan la) dan kira berapakah conversion rate (kadar pelawat yang bertukar menjadi pembeli) yang diperolehi.
Page yang mendapat conversion rate yang tertinggi, akan dikira sebagai page yang terbaik. Maka, hasil daripada eksperimen itu, anda akan mengetahui, page apakah yang paling bagus untuk melariskan jualan produk anda di website.
Nampak macam mudah, tapi agak leceh untuk dilakukan…
Tetapi, dengan “website optimizer” yang disediakan oleh google adword ini, “A/B split test” ini dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat. Hanya perlu lakukan beberapa langkah sahaja (4 langkah kalau tak silap) dan anda boleh lihat eksperiman A/B test ini berjalan di website anda.
Apa yang lebih menarik, anda boleh menjalankan split test tersebut secara serentak (tak perlu nak tunggu sebulan turn si A dan sebulan kemudian turn si-B pula). Selain tu.. report yang dihasilkan juga lebih tepat, cepat dan automatik… ( kaedah sebelum ini, anda kena kira manual, kena tgk statistik berapa bilangan pelawat dan berapa jualan yang terhasil).
Buat masa ini, saya sedang menggunakan tool “website optimizer” ini untuk menguji “headline” manakah yang paling menarik pada salah satu website saya. Insyallah, saya akan kongsikan keputusannya di blog ini nanti apabila experiment tersebut tamat.

Sementara itu, mungkin anda juga boleh mencubanya… yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























saya pun tak perasan juga ada feature yang ditambah ni. terima kasih shuth sebab share kat sini. bukan setakat share. siap explain lagi tu. tq shuth.
lah.. aku ingatkan website optimizer tu ada kena mengena ngan adwords(ie: optimize iklan, cara persembahan iklan), sebab tu tak penah nak klik.. huhuhu.. rupanya2 ia adalah bantuan google kepada pengiklan adwords. bagus budak google ni…
wah, powerlah bro shuth. thanks sebab berkongsi perkara ini.
Dah lama dah shuth benda tu…cuma ramai tak perasan, lagi ia teknikal skit.. kalo yang suka mengetest tu memang bagus la guna.
Kita boleh test dengan headline berlainan & compare convension rate.. cari iklan yang paling efektif.. dalam YSM pun dah ada tool mcm ni..diorang nak lawan kot tool siapa yang paling bagus..
Ho ho info yang bagus saya pun baru tahu nih, thanks
Walla…
Tq Bro coz share benda baru..
Saya lemah sket ngan adwords ni..
shuth, awat wc account suspended tuh.. ^_^ { mungkin tak pasan mase comment ni ditulis }