11
Nov
07

5 sebab mengapa orang tidak membeli secara online..

Saya tidak mempunyai statistik yang khusus.. bagaimana trend membeli secara online oleh rakyat malaysia pada waktu ini. Cuma, dari pemerhatian saya.. masyarakat sekarang, terutamanya yang berumur 35 tahun kebawah.. sudah semakin cenderung dan mula menerima hakikat bahawa urusan jual beli sebenarnya boleh dilakukan dengan hanya menerusi internet sahaja.

Namun begitu, jika dilihat dan dibandingkan kepada peratusan pengguna internet dengan peratusan mereka yang pernah membeli barang secara online.. saya percaya… perbezaannya masih besar.. atau dalam bahasa mudahnya.. ramai lagi yang tidak pernah membeli barang secara online.

Jadi disini, saya ingin senaraikan beberapa sebab mengapa masyarakat tidak membeli secara online. Mungkin ia boleh dijadikan panduan kepada peniaga-peniaga internet untuk membuat “prospecting” bagi perniagaan mereka.

1) Tidak tahu menggunakan perbankan internet.

Percaya atau tidak, masih ramai lagi orang yang tidak tahu menggunakan kemudahan perbankan internet pada hari ini walaupun, mereka menggunakan internet sehari-hari di dalam pekerjaan mereka. Mereka tahu menggunakan email, melayari internet, memuatturun lagu & games dan sebagainya. Tetapi apabila disuruh membayar bil menggunakan internet.. mereka akan bertanya “Eh? Boleh ke?”

2) Takut & Kurang Percaya…

Selepas bertanya soalan “Eh? Boleh ke?”… soalan yang seterusnya akan terpancul dari mulut mereka ialah.. “Boleh percaya ke?.. takut lah aku.. nanti tak pasal-pasal duit aku hilang!”. Wujudnya tanggapan seperti itu mungkin disebabkan mereka terpengaruh dengan filem-filem “aksi-tekno” yang memaparkan aksi bagaimana seorang penggodam boleh mencuri wang dari akaun bank orang lain dengan hanya menerusi komputer mereka . Jadi, tidak hairanlah jika masyarakat yang kurang “celik IT” , akan terpengaruh dengan filem tersebut dan berasa takut dengan segala urusan yang melibatkan pemindahan duit menggunakan komputer.

3) Tidak Ada Kredit Kad

Peniaga-peniaga internet di malaysia, selalunya, akan menyediakan kemudahan pembayaran secara bank-in, fund transfer dan juga wang pos untuk sesiapa yang berminat membeli produk mereka. Tetapi.. satu persepsi yang ada pada masyarakat ialah.. jika mereka ingin membeli sesuatu di internet, mereka perlu mempunyai kredit kad. Walhal, terdapat banyak lagi cara/kaedah bayaran yang disediakan. Oleh itu, kepada peniaga di internet, nyatakan dengan jelas kaedah bayaran yang anda terima. Untuk lebih mudah memberitahu bakal-bakal pelanggan anda.. letakkan sahaja logo bank-bank serta kaedah bayaran yang anda terima dibawah butang “Klik Untuk Membeli” anda. Mengikut kajian yang dilakukan, daripada 10 orang pemegang kad kredit, 4 orang pernah menggunakan kad kredit mereka untuk membeli barang secara online. Saya kira ini suatu perkembangan yang memberangsangkan, berbanding 3-4 tahun lalu.. susah nak cari orang yang berani gunakan kad kredit mereka untuk beli barang secara online di malaysia.

4) Tidak puas & selesa..

Sudah menjadi tabiat masyarakat malaysia, mereka lebih gemar untuk pegang-pegang, cubit-cubit, tekan-tekan, ramas-ramas dan belek-belek terlebih dahulu sesuatu produk itu sebelum membelinya. Bagi mereka itu lebih “seronok” dan “memuaskan”. Apa yang lebih penting.. jika di dunia nyata, mereka akan mendapat barangan tersebut dengan serta merta setelah membayarnya… tetapi di internet, mereka terpaksa barang tersebut sampai dalam masa beberapa hari. Ini serba sedikit menimbulkan keresahan “takut-takut barang yang dibeli tidak sampai”. Jadi adalah penting bagi peniaga-peniaga di internet menyediakan maklumat untuk dihubungi (nama & phone) di website mereka bagi menambahkan keyakinan kepada pembeli bahawa, mereka boleh menghubungi anda jika barang yang dibeli tidak sampai kepada mereka.

5) Takde komputer & takde internet.

Ini memanglah.. kalau komputer pun tak ada.. macam mana nak beli barang kat internet? (alasan nak cukupkan 5 sebab).. ho! ho! ho!…

Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya melihat, satu usahasama perlu dilakukan, terutamanya bagi peniaga-peniaga di internet, untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.. betapa mudah & selamatnya untuk membeli barang-barang secara online. Apabila kesedaran ini sudah ada dan kuat di kalangan masyarakat.. insyallah, semakin majulah industri perniagaan internet di malaysia ini.  Mungkin kita boleh jalankan kempen kesedaran “membeli belah secara online dengan cepat & selamat “..

Amacam? Takkan itu pun nak tunggu kerajaan buat kot?…

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


24 Responses to “5 sebab mengapa orang tidak membeli secara online..”


  1. 1 Han Nov 11th, 2007 at 4:06 am

    slmt pg shuth,
    ni memang tak boleh lari dari kenyataan ni…
    saya dulu mula2 nak beli ebook di internet ni pun terfikir berpuluh2 kali…hehe
    takut kena tipu kan…
    baik berhati2…
    tapi setelah berjaya membeli tu, mula lah percaya sekarang ni…

    han

  2. 2 starline Nov 11th, 2007 at 10:02 am

    Betul tu Shuth,

    saya rasa tu la antara sebab rakyat Malaysia takut nak beli.Saya pun rakyat Malaysia jugak,kt semua rakyat Malaysia,klu nak beli barang mesti nak rasa dulu,sampai puas ati pastu baru beli.

    Tentang kempen kesedaran “membeli belah secara online dengan cepat & selamat “ tu saya rasa kita boleh start dengan artikel dulu,post kat semua blog pasal benda tu.Kalau boleh post jugak kat akhbar2 online.Crita pasal kemudahan internet ni.

    Amacam?cadangan sahaja

  3. 3 SyedHafidz Nov 11th, 2007 at 4:41 pm

    kadar penembuasan edagang masih lagi kurang di negara ni..
    mungkin sebab edagang tak diperkenalkan secara menyeluruh ..
    tapisayafikir 4 ke 10 tahun lagi dia dah tak jadi masalah..
    kesedaran pada membeli secara online dah mula dicerap oleh masyarakat..

  4. 4 aku Nov 12th, 2007 at 12:05 am

    sebenarnya aku ada melakukan sedikit kempen dari segi mengajar orang guna maybank2u dan cimbclick. tapi bukan aku yang tulis.. aku tolong sebar jer.. ko bleh check email mrshuth..

    memang IM malaysia, terutamanya penulis ebook perlu cari sedikit masa untuk menulis benda2 yang mempromosikan pembelian di internet. sambil2 tu, promotelah barang sendiri :)

  5. 5 mus Nov 12th, 2007 at 3:15 am

    betul tu mr aku….kesedaran begini perlu di pupuk supaya meraka tidak lagi ragu dan takut untuk menggunakan perkhidmatan online ni…termasuklah membeli produk secara online.

    Sy sendiri pun dulu agak risau, taku dan bimbang pasal duit bila nak beli secara online ni.
    Bila dah baca banyak info berkaitan dengannya…keyakinan itu semakin tinggi bahawa segalanya boleh dilakukan hanya melalui internet..

  6. 6 zool Nov 12th, 2007 at 6:27 am

    Tang no 3 tu memang ada kaitan dengan saya..
    walaupun ada 3 kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank tapi saya tak berani menggunakannya..
    Bukan setakat online, offline pun saya tak berani menggunakannya…
    Huhuhu

  7. 7 kodin Nov 12th, 2007 at 1:14 pm

    rakyat malaysia ni lebih kpd Takut & Kurang Percaya utk berurusan di internet nih… sedangkan ade org yg keje SC pun takut nk beli barang di internet (lect saya bgtau).. mungkin 5 tahun lg ok dah kot…

  8. 8 zuhairy Nov 12th, 2007 at 1:42 pm

    walaupun kesedaran orang ramai trhadap e-commerce ni ada peningkatan, tapi ia masih tertumpu di bandar2 besar seperti KL, JB dan Shah Alam. Tetapi di kalangan orang ramai di luar bandar, masih lagi ada rasa takut2. Ni ada kaitan seperti yang dikatakan shuth…

  9. 9 Isman I Nov 12th, 2007 at 3:24 pm

    Salam Shuth,
    Minda orang Malaysia blum terdorong sepenuhnya pada internet, pasal dia orang suka jalan2,
    makan2,lepak2 dgn kawan dan masih sangsi /walaupun dah ada contoh yg berjaya.
    Tapi kalau dah ada kemudahan yang menyakinkan,InsyAllah mereka akan mencuba.

    Sekian.

  10. 10 SyedHafidz Nov 12th, 2007 at 6:15 pm

    saya berpandangan utk tempoh 5 tahun ni, memang rakyat malaysia masih kurang berurusan secara online..
    mungkin kena tunggu sampai penggunaan teknologi secara menyeluruh barulah keyakianan masyarakt dapat dibangunkan..

  11. 11 sham Nov 12th, 2007 at 6:40 pm

    Ebook cara membeli belah di internet saya dah siapkan..cuma tak covert kepada pdf je lagi…

    ada orang nak raw copy dalam bentuk fail doc tak?kalo yang raw tak leh bagi free la sebab ebook tu saya memang nak bagi free tapi yang dah jadi pdf la..sebagai viral marketing & mendidik masyarakat..

  12. 12 randavi Nov 13th, 2007 at 1:40 am

    salam sejahtera bro shuth,
    5 sebab yang dikemukan oleh bro memang tepat,namun saya percaya perkembangan IM di malaysia belum meluas, mungkin memerlukan 5 tahun lagi untuk berkembang pesat.
    Baguslah klu mr.sham dah tulis ebook tentang shoping di internet.

  13. 13 randavi Nov 13th, 2007 at 1:43 am

    [quote comment="4471"]Ebook cara membeli belah di internet saya dah siapkan..cuma tak covert kepada pdf je lagi…

    ada orang nak raw copy dalam bentuk fail doc tak?kalo yang raw tak leh bagi free la sebab ebook tu saya memang nak bagi free tapi yang dah jadi pdf la..sebagai viral marketing & mendidik masyarakat..[/quote]
    Bila agaknya ebook tersebut siap sepenuhnya? saya nak juga.

  14. 14 Noorizam shah Nov 13th, 2007 at 2:05 am

    ramai yang taknak cuba beli online pasai tak percaya produk tu boleh sampai ke tak. mereka takut dah bayar nanti barang pula tak sampai. :)

  15. 15 sham Nov 13th, 2007 at 5:00 am

    randavi.. dah siap pun 2 minggu lepas…huhuhu..cuma saya tak convert ke pdf lagi sebab tak de converter yang support Vista..huhuhuh..Saya pakai windows vista kat laptop ni..

  16. 16 zuhairy Nov 13th, 2007 at 9:26 am

    sham,
    kalau raw copy berapa harganya? saya sangsi lagi, kalau raw copy boleh di edit ke?

  17. 17 sham Nov 13th, 2007 at 10:59 am

    jadi mcm PLR la…bagi fail word tu..Sesetengah tu link saya tapi leh tukar kepada link affiliate la..convert sendiri la kepada pdf.. Ia 22 muka surat..

    harga tengah fikir…

  18. 18 Panduan FTP Nov 16th, 2007 at 8:49 am

    sham,
    susah-sisah, guna XP baliklah senang…
    lagi pun vista masih banyak benda yang takde…

    han

  19. 19 kawan_cyber Nov 17th, 2007 at 11:21 am

    Askm Shuth. Saya memang dah lama minat nak beli barang dalam internet ni, tapi masalahnya tak tahu macamana caranya. Ada akaun Paypal, nak masukkan duit ke dalam paypal tu tak tahu caranya.tu la problemnya.kad kredit lagi la takde.

  20. 20 sham Nov 24th, 2007 at 6:19 pm

    Dah siap dah ebook tu.. Boleh download dah di http://www.rajaadsense.com/MembeliOnline.zip

  21. 21 Emymeyo The Small Business Strategy Dec 2nd, 2007 at 8:19 pm

    erm..saya pun setuju antara sebab2 tu.
    antara kelima2 sbb di atas..hanya sebab kelima shj yg ada pada sy ;P
    sebab2 pertama, kedua, ketiga dan keempat agak merungsingkn sy kerana tiada sesiapa yang mampu memberanikan diri saya ke arah yg lebih berani untuk mencuba sesuatu antaranya perniagaan internet serta membeli ebook yg terjual di pasaran internet sekarang. ada sesiapa yang seid membantu? hehehehe..

  22. 22 Emymeyo The Small Business Strategy Dec 2nd, 2007 at 8:20 pm

    erm..saya pun setuju antara sebab2 tu.
    antara kelima2 sbb di atas..hanya sebab kelima shj yg ada pada sy ;P
    sebab2 pertama, kedua, ketiga dan keempat agak merungsingkn sy kerana tiada sesiapa yang mampu memberanikan diri saya ke arah yg lebih berani untuk mencuba sesuatu antaranya perniagaan internet serta membeli ebook yg terjual di pasaran internet sekarang. ada sesiapa yang sudi membantu? hehehehe..

  23. 23 Setria Dec 6th, 2007 at 5:05 pm

    Bagi saya pula trend berbelanja melalui online ini akan meluas pada masa akan datang kerana:

    1) harga minyak, tol naik
    Bila kedua-dua benda ni naik kos untuk keluar rumah akan meningkat, untuk menjimatkan kos nak tak nak kena la cari alternatif lain iaitu internet.

    2) traffic jem sana sini, parking mahal membuatkan pengguna boring untuk keluar rumah. Alternatif terbaik…Internet. Sebab itulah kuasa beli online di negara jepun dan USA tinggi kerana kos untuk keluar rumah adalah tinggp

    Sekian terima kasih

  24. 24 tudge Dec 25th, 2007 at 6:30 am

    Bagi diri saya pula..saya amat selesa membeli barang online… betul kata Setria… kalo keluar rumah nak membeli, kene fikirkan tambang, parking, masa dan sebagainya…

    bagi saya, dgn adanya web2 yg jual barang online, online payment bills dan sebagainya..mmg designed to make ur life easier..so rugi lah if kita x guna sepenuhnya features2 yang sebegini.

    just my 2 cents

    p/s: SHAM : tq bg ebook link tuh

Leave a Reply