16
Nov
07

shuth biz re-arrange

Saya minta maaf… sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dan tidak sempat untuk mengupdate blog ini. Pada waktu ini saya sedang membuat kerja-kerja pengaturan semula ke semua biz internet saya..di samping sedang sibuk menyusun strategi biz untuk tahun hadapan.

Maklumlah dah nak dekat hujung-hujung tahun nie… memang sudah jadi kelaziman saya untuk mula sibuk membuat analisa & biz plan strategi.  Tahun ini punya plan.. dari 8 yang dirancang.. hanya 2 je yang menjadi (rahsiablogger.com & setbersalin.com).. yang lain-lain.. sama ada tak sempat nak dibuat atau sudah tidak sesuai untuk dijalankan. Mungkin tahun lepas saya begitu teruja sampai membuat terlampau banyak perancangan… nampaknya.. untuk perancangan tahun ini, saya perlu lebih realistik.. 2-3 projek yang dirancang dengan teliti, pastinya lebih efektif berbanding 10 projek yang dirancang secara kasar.

Blog mohdsuhaimy.com ini juga akan”sedikit” bertukar arah…. post-post yang berkaitan dengan  perniagaan di internet mungkin akan berkurangan.. saya akan cuba jadikan blog ini lebih personal dan lebih kepada “pengalaman sebenar”.  Sama ada pengalaman sebenar di dalam menjalankan perniagaan internet, menulis blog mahupun pandangan-pandangan yang muncul sewaktu saya berada di dalam jamban. Tidak lupa juga.. info berkenaan “pengurusan kewangan peribadi”  dan “ilmu kekayaan”, saya akan cuba kekalkan disini.

Topik-topik yang berkaitan dengan dunia perniagaan internet seperti tips, tutorial, produk terkini bidang “internet marketing” dan sebagainya yang berkaitan dengan “dunia perniagaan internet”, akan dimasukkan ke blog wangcyber.com , manakala info-info berkaitan blog pula akan dimasukkan ke rahsiablogger.com . Sempoihosting.com juga akan mempunyai blognya sendiri kelak.. tetapi ia lebih kepada tujuan interaksi bersama pelanggan & tips-tips yang lebih teknikal berkaitan server dan “web development”. Duh… banyaknya blog nak kena tulis!

Ok.. itulah sedikit info terbaru yang dapat saya masukkan ke dalam blog ini, memang khas ditujukan kepada mereka yang merefresh blog ini 17 kali sehari.. oh!

Akhir kata… bagaimana dengan perancangan perniagaan anda untuk tahun hadapan? Sudah siap? atau…. memang takde?

Kata orang.. “Kalau anda gagal untuk merancang… boleh pergi makan kacang la.. ho! ho! ho!”

Yosh!

P.s :- gagal untuk merancang, merancang untuk gagal ler..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


14 Responses to “shuth biz re-arrange”


  1. 1 starline Nov 16th, 2007 at 9:28 am

    Ye ke?Patutla tak nampak pun post terkini semenjak dua menjak ni.Projek tahun depan?hmmm..projek saya untuk tahun ni nak jadikan “prototype” dulu.Target saya sampai hujung tahun.Nak tengok pasaran dulu.

    Tentang tahun depan dah ada perancangan nak buat something tapi fokus ni dulu sampai hujung tahum.Perancangan tahun depan tu mungkin suku tahun kedua 2008 kut (cam belanjawan la plak).

    p/s : gagal sekali tak bermakna tak akan gagal lagi :)

  2. 2 randavi Nov 16th, 2007 at 11:04 am

    Salam sejahtera bro shuth.
    semoga bro sentiasa suckses.
    Pada tahun nih saya masih lagi dalam proses menambah pengetahuan sambil terlibat dalam menjual ebook (affilate)dari penulis ebook.
    Tahun depan pula saya dah ada plan, klu ikutkan hati saya nak buat tahun nih, tapi saya terlalu sibuk dalam menjalankan praktikel kat hospital dan pada waktu malam saya melaksanakan tesis yang diberi. Tahun depan saya akan melaksanakan 2 projek lanjutan dan 3 projek baru.

  3. 3 mus Nov 17th, 2007 at 12:42 am

    wah…bro shuth sibok tahun depan…banyak projek baik lah tu…tak apa janji masyuknya pun banyak juga…dan ilmu itu dikongsi kepada semua pembaca.

    Setiap orang pun nak buat perancangan tahun depan…ya….sama-samalah kita memeriahkan dunia perniagaan internet ini dengan sesuatu yang lebih hebat di tahun hadapan….tahun depan mungkin satu projek je kot….fokus-fokus…

  4. 4 zuhairy Nov 17th, 2007 at 5:30 am

    betul cakap mus tu..nanti leh la kongsi ilmu yang dimiliki dengan new bie dalam internet business ni.. :)

  5. 5 SyedHafidz Nov 17th, 2007 at 10:44 am

    saya pun dah mulakan peracangan bis utk thn depan..
    tp dh tak hasilkan ebook lagi..
    saya nak bawak idea biz internet ke kampus lak..
    mayb nak anjurkan seminar dsb..
    then , fokus pd adsense lak..
    =)

  6. 6 Johari Nov 17th, 2007 at 11:39 am

    emm..macam maner en shuth kita buat plan ek? Ada guna software ke ? and macam mana nak planning dengan betul, mungkin en shuth boleh kongsi caranya?

    p.s : Syed, tahniah sebab dah plan nak anjurkan seminar..kira pakar ebiz jugak lah awak ye.. :) salam perkenalan..

  7. 7 shuth Nov 17th, 2007 at 2:59 pm

    ho! ho!.. saya punya plan biasanya saya just tulis atas kertas & buku nota je.. simple je.. takde pakai apa2 software.. tak guna komputer pun. Saya nie bukan kompeni besar pun, kalau kompeni besar tu lain lah.. nak kena buat dalam MS word tebal-tebal, pastu print cantik-cantik.. binding kasik kemas.. pastu bagi kat bos. Tak perlulah sampai tahap tu… just tulis atas buku nota @ kertas pun dah mencukupi. … then.. every month boleh tgk balik.. sebagai peringatan & guide..

    Saya punya buku nota planning.. kalau orang lain tengok memang tak paham.. tulisan cakar ayam.. pastu banyak anak panah dengan kotak2 dan bulat2.. ho! ho! ho!.. semuanya dalam kepala sebenarnya.. just catit point2 penting atas kertas untuk lebih mudah visualize dan dapatkan big picture untuk planning, dan juga sebagai peringatan semula pada masa depan.. kalau tak nanti, lepas 2-3 bulan lupa pulak.

  8. 8 Johari Nov 17th, 2007 at 3:20 pm

    thanks shuth

    hehe..ingatkan planning ala-ala Rich Shefren ajar kat blog dier tu..memang detail sangat la kalau buat boleh buat macam tu kan.. :) siap kaler2 lagi

    apa-apa pun, saya pun nak start planning jugak..

  9. 9 Suhaimi Nov 17th, 2007 at 5:05 pm

    Perancanga Tahun Depan???..Hmmm perancangan sy tahun depan masih dlm perancangan…ya!! stiap perancangan tuh biar cam cakar ayam spt shuth kata. Sy pun byk gak plan tapi kena fokus satu-satu dulu laa..

  10. 10 kita Nov 18th, 2007 at 7:11 am

    fuhhh perancangan yang memang bagus…sempat ker tu…banyak kerja kena buat tu…kalau saya memang tak sempat….:)

  11. 11 Panduan FTP Nov 18th, 2007 at 11:17 am

    setakat planing utk diri sendiri tu, tak payah lah buat mcm kompeni besar…
    yang penting planing tu tak hilang…
    jangan tulis dlm kertas sb akan hilang…
    tulis lah dlm buku…

    yang hairannya, mcm mana blogger boleh urus blog banyak2???
    tak pening kepala ke?
    ada idea ke?
    saya nak tulis satu blog pun susah…
    kekeringan idea…hehe…

    han

  12. 12 abdfatah Nov 23rd, 2007 at 12:25 pm

    hahahaa…. gagal merancang? kalo dah gagal merancang… baik buat rancangan terkini untuk jual kacang di pasar malam. dapat jugak hasil dari gagal makan kacang. wuahahahahaa… hihihiiiiiihaaaa

  13. 13 Setria Dec 8th, 2007 at 5:11 pm

    Nampaknya Shuth telah mengorak langkah untuk terus maju pada tahun 2008….

    tahniah atas perancang yang superb tu

  1. 1 Tamat Bercuti Part 1 | Sambung Belajar di MohdFaisal.com Pingback on Nov 28th, 2007 at 11:38 am

Leave a Reply