Bulan lepas, saya ada nyatakan bahawa saya sedang membuat A/B Test untuk satu website perniagaan saya. Siapa yang tertingal.. boleh baca disini. Split test ini , saya lakukan dengan menggunakan tools website optimizer yang terdapat di dalam akaun google adwords.
Sebenarnya, saya telah menjalankan eksperimen A/B Test ini di website maskahwin.com , bagi mencari… headline yang mana satukah yang lebih “power” yang dapat menukarkan lebih banyak pelawat kepada pelanggan.
Saya telah membuat 4 headline yang berbeza seperti dibawah:-
A. Ingin Berkahwin? (original)
B. Nak kahwin! Tapi Tak Cukup Duit?
C. Wang Menghalang Perkahwinan Anda?
D. Tak Cukup Duit Nak Kahwin?
Anda rasa? Headline manakah yang paling power?… Sila pilih.. A , B , C atau D…
.
.
.
.
Teett!!.. Masa tamat. Ok! Dah pilih?… Mari kita lihat.. apakah jawapannya….
Eksperimen ini telah dimulakan pada 31 Oktober 2007. Dibawah adalah gambar “sebelum” eksperimen ini bermula..

Setelah 2 minggu (hingga 17 Nov 2007) , berikut adalah hasilnya. Gambar keputusan eksperimen…

Jika dilihat dari hasil keputusan yang diberikan… headline4 adalah headline yang paling power dengan converion rate sebanyak 2.54% (tinggi tu.. standard 1.0% je) dan ianya 99.5% lebih baik daripada headline yang original.
Persoalannya.. Apakah ayat yang digunakan pada “headline4″? Adakah headline A? B? C? atau D?… Tepatkah jawapan anda?
.
Jawapannya….
.
Jawapannya….. kita tunggu selepas ini..
.
Iklan : Halllooo kawan! Mau bisnes ka! Apa? Tak ada duit? 1,000 … 2,000… 5,000… 10,000? Kami boleh bagii!! Tak tahu bisnes? Mahu training.. kami pun ada.. Ingat haa.. kami bukan along.. kami cuma nak tolong!…
Baiklah… bertemu kita kembali…. tadi anda telah memilih A , B, C, atau D sebagai headline pilihan anda… tanpa berlengah lagi. Inilah jawapannya…

Bagaimana? Tak Percaya? Saya pun sebenarnya agak terkejut juga… tak sangka pula headline itu yang paling tinggi “conversion rate”nya. Memang suatu hasil yang menarik.. jadi.. bolehlah saya gunakan headline ini selepas ini.
Itulah serba sedikit pengalaman yang dapat saya kongsikan hasil eksperimen saya menggunakan tools website optimizer dari google adwords ini…. memang sesuatu yang agak menarik dan mengujakan. Cubalah try… pasti jualan website anda akan meningkat naik selepas ini…
Yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Shuth, memang power headline ni… Sapa - sapa yang tengah dok bermasalah kewangan nak kawen, memang konfem akan tertangkap untuk terus membaca isi kandungan web maskahwin… huhu..
Walaa..
macam menarik jekk…
s]shuth leh tunjukkan langkah step-by-step camne nak wat A/B testni..
mayb pd post akan datang..
saya minat nak blaja..=)
shuth,
sebelum saya baca keputusan tadi, saya pilih yang kedua tu yang paling power…hehe
mana tahu yang keempat pula yang power…
tapi rasanya 2 dgn 4 tu lebih kurang je kan…
tool baru google adwords ni bagus sgt…
han
han ni mesti keliru… bukan D yang power, tapi C. ayat yang hampir sama adalah B dan D. Bukan 2 dan 4.
betul cakap hafidz tu. kalau bleh shuth tlg la ajarkan camner nak buat.. bagus untuk new bie mcm saya
pakcik pun nak try gak la..
Camni. aku pun nak kawin. Hantaran 12 ribu. Dah ditetapkan cam gitu. Kene cari la ni. Waa..
memang ayat tu power..
tapi kalau ada duit orangnya tak jumpa lagi payah gakkan..
Eh aku dua2 belum ada lagi.. Wargh!
memang menarik experiment tu…ini beri saya serba sedikit idea untuk mengembangkan e-bisnes ni
kalau macam ni ramai yang akan dapat kajwin cepat sebab dah jumpa cara nak dapat duit untuk hantaran perkahwinan…kalau ada bisnes butik baju kahwin pun sure laku…nantim saya fikirkan bisnes apa yg boleh related dengan idea ni..syabas
http://www.khairulmkn.com
Nak kahwin!!! nak kene kumpul duit!!! kahwin dan duit memang kawan rapat..
jadi kenelah kumpul duit untuk kahwin. kumpul secara HALAL jgn secara HARAM…
kalau secara HARAM….musnah hidup…
Headline kalau sekali tengok mcm “biasa” tapi itu sebenarnya “luar biasa”.. bagus juga guna A?B Test ni.. lepas ni nak try la..
Hi semua.
hajimemashitetsu!!!
saya Azam. AzamWahid. ceh cam james bond perkenal nama pun ada… heheh…
saya baru dalam blog ni, minta tolong tunjuk ajar semua.
WOW! rupanya, cara sebegini pun ada untuk mempertingkat promosi website! a new knowledge! thanks Sifu Shuth! betul gak kata SyedHafidz. kalau boleh tunjukkan step by step nya.
= AzamWahid@yahoo.com =
selain dari buat internet business, agak-agak apa lagi cara yang ada untuk mengumpul perbelanjaan kahwin??
tiba2 gelak guling2 kat part iklan tu.. hahaha.. ape punye iklan daa..
Ohhooo…tak sangka headline camtu high conversion rate.. ni yang nak try jugak ni.. hehehe
lawak ke iklan sebegitu?
waaaahh..
menarik btl headline dier!
sy pun nk mcuba wt headline cm tuh..
tp sy muda lg..kang pki headline tuh, org tnya nk jwb cane?
hehehee..