27
Nov
07

Blog di minisite… hah?

Saya tidak pasti siapakah yang memulakan trend ini.. sejak kebelakangan ini, saya melihat banyak minisite-minisite yang dihasilkan akan disertakan dengan blog.

Saya tidak pasti apakah alasan & tujuan sebenar mereka membina blog disamping minisite mereka. Mungkin atas alasan..

  • Untuk menarik trafik dari SEO kerana blog lebih mesra SEO
  • Membina kepercayaan & kredibiliti terhadap bakal pelanggan
  • Mendidik serta memujuk pelawat untuk membeli produk

Walaupun alasan tersebut kelihatan  bagus  tetapi bagi saya.. kewujudan blog disamping minisite sebenarnya hanya akan menganggu objektif utama “minisite” tersebut.

Ini kerana.. objektif utama sesebuah minisite, adalah untuk membuatkan bakal pelanggan fokus terhadap penerangan mengenai produk dan akhirnya memujuk pelawat membuat belian. Pendek kata.. di akhir salesletter tersebut, pelawat sepatutnya diberikan 2 pilihan sahaja.. iaitu sama ada BELI atau TIDAK. Itu sahaja.. tiada pilihan lain selain itu..

Tetapi, apabila ada link blog di penghujung “salesletter” minisite tersebut, ia sebenarnya akan memberikan pelawat satu lagi pilihan.. iaitu.. “marilah mengenali diri saya”..

Dan bagi saya.. itu bukanlah sesuatu yang baik..

Ini kerana, selepas pelawat berkobar-kobar membaca salesletter yang membunuh.. dan apabila mereka ingin mengklik ke butang belian.. ternampak pula ada link blog dibawahnya.. “eh.. ada blog.. klik lah dulu”.. klik!… pelawat anda pergi ke blog.. baca satu post..nampak menarik.. baca post lain lagi.. baca lagi satu.. baca.. baca… eh? dah kul 1? nak gi makan dulu la.. terus tutup browser..

Woosshh!.. hilang peluang anda untuk “close” pelanggan tersebut..  (close bermaksud menghasilkan jualan)

Disebabkan itu, saya tidak dapat melihat, apa rasionalnya meletakkan blog di samping minisite (saleslleter) ? Ia sebenarnya hanya akan menganggu fokus bakal pelanggan..

Bagi saya, jika anda berhajat untuk menarik trafik menggunakan keupayaan SEO yang terdapat pada blog.. saya fikir kelebihan itu boleh diganti dengan gabungan On-page Optimizing di page salesletter dan juga kehebatan penarikan trafik dari program affiliate.

Manakala alasan untuk memujuk & membina kepercayaan pelanggan yang kononnya boleh dibina menerusi blog.. sebenarnya sudahpun mencukupi dengan penggunaaan autoresponder, malahan ia lebih baik kerana autoresponder boleh di”personalize”kan.

Jadi.. sekali lagi, apa rasionalnya meletakkan blog disamping  minisite?. Walaupun blog memang diakui sebagai suatu alat yang sangat “bagus” dan mempunyai 1001 kelebihan..  tetapi penggunaannya juga haruslah pada tempat yang betul & tepat.

Analoginya seperti anda menggunakan penyembur serangga..  walaupun penyembur serangga itu diketahui amat bagus di dalam membunuh semut dan lipas.. tetapi jika ia digunakan untuk membunuh semut yang terdapat di atas makanan anda… saya fikir ia adalah sesuatu yang gila! oh! ho! ho! ho!..

Apa-apa pun itu hanya pendapat saya.. mungkin anda mempunyai pendapat yang berbeza?.. jika begitu, mungkin anda boleh tinggalkan sedikit komen di ruangan komen agar kita dapat bertukar-tukar fikiran dan mencari manfaat yang sebenar penggunaan blog di minisite… :) peace..

Yosh!..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


25 Responses to “Blog di minisite… hah?”


  1. 1 Han Nov 27th, 2007 at 11:40 am

    slmt ptg shuth,
    pendapat saya sama dengan pendapat shuth…
    blog di minisite bagi saya tak bagus juga….
    tapi minisite di blog memang bagus bagi pendapat saya…

    han

  2. 2 bizmalaya Nov 27th, 2007 at 12:55 pm

    setelah membaca apa yang shuth perkatakan..memang saya sokong 100%.Tak terfikir pulak saya masalah ini boleh terjadi…..good luahan untuk mereka yang betul-betul ingin menjual produk

  3. 3 nadzal Nov 28th, 2007 at 12:47 am

    Ehm. Dependla pada pandangan masing-masing. Tapi kekadang. Memang akan jadi cam tu. Kalau nak letak. Mungkin nak dapat traffic je kot..

  4. 4 Noorizam Shah Nov 28th, 2007 at 1:39 pm

    saya pernah melihat satu laman minisite russel brunson yang ada blog… yeah… untuk minisite ini… diakui, saya terhenti seketika untuk membaca blognya sehingga leka untuk memberi tumpuan kepada produk yang ditawarkan. Akhirnya.. saya mengambil keputusan untuk mengutip ilmu melalui blognya sahaja. mungkin waktu itu produk yang ditawarkan belum lagi ‘dperlukan’ oleh saya. :D sorry brunson!

  5. 5 Sabri SaifulSham Nov 29th, 2007 at 6:17 am

    Saya penyokong kuat Blog, ia memang mempunyai pulling power yang kuat untuk SEO.
    Setiap domain mesti ada minisite kalau boleh.

    Saya rasa minisite patut ada blog, tetapi jangan di linkkan.
    Biar blog link kepada minisite. Tapi jangan minisite link kepada blog.

    Saya setuju Shuth kata salesletter patut amalkan konsep BELI BELAH sahaja.

    Nak beli, BELI.
    Tak nak beli, BELAH.

    hehe… ;)
    Sabri

  6. 6 Hamid Nov 29th, 2007 at 7:27 am

    Nampaknya aku dah kena dah ni..
    ho.. ho..

  7. 7 smartzul Nov 29th, 2007 at 12:33 pm

    Bagi saya, tak ada hanya satu pendapat yang betul untuk perkara ini. Di dalam ‘marketing’, setiap individu perlu track dan tahu apa teknik atau trik yang sesuai untuk dirinya sendiri. Hatta jikalau si guru pemasaran kata A, tidak semestinya ia berfungsi untuk kita dan semua orang. Sebab A itu mungkin hanya sesuai utk dia.

    Kebanyakan pendapat2 internet marketer yg menyatakan formula2 tertentu kadang2 tidak berkesan utk orang lain. Yg betul2 perlu kita ikut adalah dari apa yg kita analisa sendiri. Tapi tak ramai yang cuba mahu menganalisis (track their marketing effort).

    Meletakkan link blog di minisite bukanlah menjadi satu masalah besar jika kita pandai control aliran pelawat tersebut. Pandai control aliran, insyaAllah pelawat itu tak akan ‘lari’ dan ‘pergi’ begitu saja.

    Di dalam tindakan dan aktiviti pemasaran, kita mesti ada sebab mengapa kita melakukannya dan bukan hanya main-main letak atau saja-saja melakukannya. Ini yg ruginya. Contohnya bagi persoalan yg Shuth timbulkan ini, mungkin bagi kita ia tidak bagus, tapi bagi orang lain, mereka ada sebab tersendiri yg kita tidak tahu.

    Satu lagi, kalau kita melihat seseorang marketer melakukan sesuatu, itu tidak bermaksud dia yakin yg teknik itu betul2 menjadi, sebab dia mungkin sedang melakukan ‘tracking’ (analisa) utk satu2 teknik. Maka, usahlah diikut bulat-bulat atau cepat-cepat kita mengatakan yg ia adalah teknik yg dipercayai dan diyakini ada kelebihan tertentu oleh mereka tersebut.

    So, setiap teknik ada pro dan kontranya + setiap orang perlu tahu apa yg sesuai untuk dirinya sendiri. Tiada satu fakta tepat yg boleh kita berikan untuk setiap orang. Masing2 perlu tahu apa yg perlu untuk diri sendiri di dalam usaha pemasaran internet.

  8. 8 shuth Nov 29th, 2007 at 1:51 pm

    Saya setuju dengan pendapat zul..

    Di dalam tindakan dan aktiviti pemasaran, kita mesti ada sebab mengapa kita melakukannya dan bukan hanya main-main letak atau saja-saja melakukannya

    Dan itulah yang saya cuba bangkitkan disini.. adakah seseorang itu meletakkan link blog di minisite mereka sebab ada “mempunyai sebab yang tertentu”… atau hanya main-main letak sahaja?… Jika ada “mempunyai sebab yang tertentu”.. apakah sebab tertentu itu?.. buat masa ini, saya tidak nampak lagi apakah “sebab yang tertentu” itu.. mungkin zul boleh kongsikan apakah “sebab yang tertentu” itu… :)

  9. 9 aku Nov 30th, 2007 at 4:54 am

    letak link kalau tak tahu sebab musabab memang merugikan…

    bagi aku, kalau letak paling atas, untuk memudahkan pembeli akses ruang forum dan sebagainya. sebab kadang2 pembeli hanya ingat alamat salespage kita sahaja. lagi pula, jika paling atas dan kurang menonjol, tak akan menarik perhatian pengunjung baru yang berkobar2 nak membaca salespage kita. iyela.. dah dipromote di ruang iklan di sinun, datang salespage kita mesti dah ada mindset untuk dapat tahu sesuatu. dengan kata lain, ayat memancing perlu power. dalam kes ni, ppc kurang ok berbanding pay by week/month.

    kalau letak paling bawah, biasanya untuk memastikan pengunjung masih bersama kita. menjadi sebahagian dari komuniti kita. mudah-mudahan tergerak hati untuk membeli suatu hari nanti. bukankah manusia membeli dari penjual yang mereka senangi/kenali.

    bagi mengurangkan traffic yang tak akan berpatah balik, setiap link mestilah ditarget ke _blank, iaitu open new page.

  10. 10 sham Nov 30th, 2007 at 9:29 am

    Tak semua orang baca blog ni shuth.. Lagi 1, blog adalah sebagai penghubung dengan prospek, mereka tetap akan membelinya jika mereka ingin beli..

    minisite yang ada blog bukan target untuk impuls selling iaitu tengok terus beli..

    Tujuan minisite ada blog untuk tujuaan back end selling, jadi prospek tu bukan hanya beli produk yang ditawarkan tapi juga apa apa tawaran lain yang ditawarkan pada blog.

    sales letter saya ada link ke blog, itu tujuan saya iaitu relation dengan reader sebab mereka boleh beli banyak benda dari kita..Saya tak harap mereka terus beli sebab saya tahu produk saya adalah evergreen & sentiasa ada demand..:)

  11. 11 shuth Nov 30th, 2007 at 4:12 pm

    hmm… itu lah yang pada saya kurang tepat sham.. pada pendapat saya.. konsep asal minisite sebenarnya adalah untuk buat force selling..

    jika kita nak buat banck-end selling atau pun nak tawarkan apa2 produk lain.. perkara itu perlulah dibuat menerusi autoresponder atau mailing list.. (iaiatu selepas beberapa hari/minggu pelawat meninggalkan minisite)

    manakala kalau nak buat relation dengan reader jugaa.. itupun boleh dibuat menerusi mailing list.. tapi kalau nak buat juga kat blog.. macam sabri cakap kat atas tu.. jangan link kan. Better bagitahu reader mengenai blog kita menerusi autoresponder selepas beberapa hari/minggu.. bukannya dengan membuat link dari salesletter.

    apa-apa pun.. buku sham tu memang evergreen.. :)

  12. 12 hafiza Dec 1st, 2007 at 3:30 am

    mungkin ramai yang tidak sedar tentang hal ini. mungkin selepas ini lebih ramai yang akan take note tentang perkara ini

  13. 13 randavi Dec 1st, 2007 at 5:06 am

    hello bro shuth,
    agaknya saja2 kot pasang minisite, buat cantik blog.
    kalau nak tarik trafik untuk penjualan, lebih baik pakai affilaite jeh, habis cerita.

  14. 14 AzamWahid Dec 2nd, 2007 at 4:52 am

    Hi semua. :)

    PERGHHH!!! hari ni saya banyak belajar dari Sifu-Sifu Internet Marketing! thanks all! :D

    saya kurang arif akan perkara ini (i’m a newbie). tetapi saya ada buat sedikit research.
    2 daripada 3 laman web utama Sifu Irfan Khairi juga meletakkan link ke blognya. malah, ada satu wesite nya, http://www.cayalah.com, ada pautan tambahan lebih daripada 1 link di akhirnya.

    kekadang, yang sedihnya, ada minisite, yang hanya link kan ke blog mereka, tetapi tiada sebarang update. hanya 2 atau 3 post yang ada. itu pun yang dah berzaman lamanya di post kan.

    anyway, thanks all! banyak saya belajar hari ni!

    PS: secara tak langsung, semua ini adalah tip-tip berguna ‘buy and sell’! :D

    = http://www.AzamWahid.wordpress.com =

  15. 15 sham Dec 2nd, 2007 at 5:00 pm

    Memang irfan buat link ke blog dia..

    Sebab dia nak “tembak banyak burung dengan 1 peluru”. Konsep ni banyak digunakan dalam offline marketing.sedang menuntut ilmu ni sekarang.:p

    minisite memang tak dinafikan untuk force selling..beli atau blah mcm sabri cakap, tapi dengan blog sekali menunjukkan bakal pembeli, you are dealing will real people sebab ia sentiasa diupdate.Kredibliti meningkat.

    Autoresponder wajib guna untuk folow up,itu yang paling banyak sales..sebab tu irfan juga hover ads agar dia dapat kumpul list untuk bank end selling walaupun orang ke blog dia..dia tutup kelemahan yang ada..dia elakkan dari flow “membeli” dari terputus.

    p/s: Saya akan terus buat produk evergreen ni.2008 akan jadi tahun paling banyak saya launch ebook & saya akan aplikasi kaedah tembak banyak burung ni.:p

  16. 16 ibnuhassim Dec 2nd, 2007 at 8:40 pm

    Pendapat saya pula ia bergantung analisa yang dibuat. Kalau ada analisa yang menyatakan peratusan pembeli akan meningkat jika menggunakan blog maka blog patut digunakan jika ia sebaliknya maka tak perlulah pakai blog.

    Ada 3 ujikaji yang patut dijalankan
    1. Blog dengan dengan salesletter
    2. Salesletter tanpa blog
    3. Salesletter yang hanya blog link kepadanya

    Yang mana lebih berkesan

    Pemalar yang ditetapkan: ketiga-tiga penguji mesti mempunyai keupayaan yang sama.

    Siapa nak buat ni?
    wassalam

  17. 17 aku Dec 3rd, 2007 at 5:45 am

    lepas bac komen terakhir shuth, rasanya aku nak follow cara shuth :)

  18. 18 Azahari Dec 4th, 2007 at 3:28 pm

    Pada saya, salah satu meletakkan blog pada minisite adalah kerana ingin memberi kepercayaan kepada pembeli.Blog adalah salah satu caranya memberi maklumat terkini kepada bakal pembeli.Cuma saya kurang setuju bila blog dan minisite tersasar dari landasan kuasa untuk membeli.Contoh minisite cerita ebook pasal buat kek gulung, tiba-tiba bila buka blog cerita macam mana buat karipap.Pada saya kalau begitu caranya memang tersasar dari objektif.

    Kalau saya buat blog pula (blog+minisite), di akhir artikel saya sebagai mengajak (secara tak langsung) pembeli untuk mendapatkan produk saya.Ianya bagi saya pelengkap kepada autoresponder.Tak semua orang suka subscribe autoresponder ni walaupun offer menarik.Saya sendiri contohnya lebih gemar melihat website dengan lebih lanjut dari subscribe autoresponder.

    Pada saya orang yang betul-betul nak, dia tak kisah tersasar link atau tidak… tetapi yang kita nak cari adalah orang yang duduk ditengah-tengah samada nak beli atau tidak sebab mereka ni yang menjadikan sales kita bertambah.Bagi yang dah memang nak produk kita ni, diorang kalau boleh nak secepat yang boleh.

    Saya ada juga buat analisa sikit tentang kesan klik ke atas blog saya samada lebih klik ke minisite ataupun ruang iklan.Hasilnya setelah beberapa bulan meneliti saya dapati klik pada minisite adalah lebih dari klik ke iklan yang takde kaitan ke minisite.Padahal iklan yang takde kaitan tu dua kali ganda dari iklan untuk ke minisite tu.Adakah maknanya orang yang melawat lebih berminat untuk mengunjungi minisite dari melihat iklan yang tidak ada kaitan dengannya? Entah la…rasanya macam mana?

    Apapun memang takde yang betul sebab ianya bergantung kepada banyak faktor :)

  19. 19 miu asydhia Dec 5th, 2007 at 5:55 am

    Assalamualaikum,

    pada pendapat saya, mungkin ada benarnya yang tuan katakan..tetapi hal ini terpulang kepada individu yang melayari site tersebut samaada akan menilai minisite tersebut adalah baik atau sebaliknya..

  20. 20 naem Dec 5th, 2007 at 6:04 am

    saya takde pandangan. Hohoho..tapi apa yang saya pernah lalui..laku atau tak sesuatu produk tu ialah bagaimana sales letter (minisite ) tu mempengaruhi pembeli untuk membeli. Contoh mudah ialah saya memang berminat untuk cari duit dalam internet. Dan salesletter panduan raja adsense buatkan saya lebih terdesak untuk membeli dari terus mengikuti blog si penjualnya ( en sham ).SO, saya tetap beli dan tak kisah samada ada link ke blog atau tak..hehehe

    sebabnya ada banyak jenis orang kat dalam internet ni. Serupa le kat dalam supermarket..ada yang datang nak beli daging burger sebab dia nak balik menjual burger. Tak kisah la kalau ada promotion daging lembu mentah murah pun..Dia tetap nak beli daging burger tu juga. Itu keperluan dia.

    Tapi, ada orang yang ke supermarket saja2 jalan. nak tengok barang dan promosi katanya.singah sini, tertarik hati. Pandang sebelah,Ouchh..ada barang lebih menarik. Sampai la akhirnya tak beli apa2pun melainkan kuaci bungkus.hohoho..

    eh,betul ke apa yang saya bebelkan ni? huhuhu..maaf kalau mengarut je.

    saya suka ayat ni

    “Jikalau si guru pemasaran kata A, tidak semestinya ia berfungsi untuk kita dan semua orang. Sebab A itu mungkin hanya sesuai utk dia.”- abg zul

    “apabila ada link blog di penghujung “salesletter” minisite tersebut, ia sebenarnya akan memberikan pelawat satu lagi pilihan.. iaitu.. “marilah mengenali diri saya”..”- en shuth

    dan ini

    “saya akan aplikasi kaedah tembak banyak burung ni.:p”-en sham

  21. 21 Zamri Nanyan Dec 5th, 2007 at 6:24 am

    Saya sependapat dengan Saifulsham dan memang saya mempraktikkan minisite + blog.

    Cuma link ke blog tidak dinyatakan di “direct response” website. Apa yg ada di “direct response” site ialah salesletter, order link, affiliate link dengan ezine signup form. Link ke blog akan diberikan selepas bakal pelanggan opt in melalui signup form tetapi selepas signup, mereka masih lagi akan berada di laman utama (membaca salesletter).

    Mungkin saya akan kekalkan cara ini buat masa yg panjang… ;)

  22. 22 Remy May 24 Dec 5th, 2007 at 9:46 am

    HAHAHAHAH..semakin dunia maju macam-macam trend yang muncul.Anyway thanks for the artikel!

  23. 23 Azahari Dec 6th, 2007 at 3:56 pm

    Hm…elok juga saya cuba cara saudara Zamri Nanyan dan Shuth & tengok pula kesannya ke atas jualan produk saya kelak. Kalau ada kelapangan nanti nak juga cuba :-)

  24. 24 RajaAffiliate Dec 12th, 2007 at 5:46 am

    Saya bersetuju dengan pandangan ibnuhassim..
    sepatutny ada yang menganalisa keberkesanan kesemua teknik yang ada..
    dari situ kita boleh tengok yang mana paling berkesan yang paling mampu menghasilkan jualan..
    cuma perosalannya, siapa yang sanggup buat??

  1. 1 PELUANG PERNIAGAAN INTERNET » Link Blog Di Muka Depan Website Pingback on Dec 9th, 2007 at 3:44 pm

Leave a Reply