Archive for November, 2007



11
Nov

5 sebab mengapa orang tidak membeli secara online..

Saya tidak mempunyai statistik yang khusus.. bagaimana trend membeli secara online oleh rakyat malaysia pada waktu ini. Cuma, dari pemerhatian saya.. masyarakat sekarang, terutamanya yang berumur 35 tahun kebawah.. sudah semakin cenderung dan mula menerima hakikat bahawa urusan jual beli sebenarnya boleh dilakukan dengan hanya menerusi internet sahaja.

Namun begitu, jika dilihat dan dibandingkan kepada peratusan pengguna internet dengan peratusan mereka yang pernah membeli barang secara online.. saya percaya… perbezaannya masih besar.. atau dalam bahasa mudahnya.. ramai lagi yang tidak pernah membeli barang secara online.

Jadi disini, saya ingin senaraikan beberapa sebab mengapa masyarakat tidak membeli secara online. Mungkin ia boleh dijadikan panduan kepada peniaga-peniaga internet untuk membuat “prospecting” bagi perniagaan mereka.

1) Tidak tahu menggunakan perbankan internet.

Percaya atau tidak, masih ramai lagi orang yang tidak tahu menggunakan kemudahan perbankan internet pada hari ini walaupun, mereka menggunakan internet sehari-hari di dalam pekerjaan mereka. Mereka tahu menggunakan email, melayari internet, memuatturun lagu & games dan sebagainya. Tetapi apabila disuruh membayar bil menggunakan internet.. mereka akan bertanya “Eh? Boleh ke?”

2) Takut & Kurang Percaya…

Selepas bertanya soalan “Eh? Boleh ke?”… soalan yang seterusnya akan terpancul dari mulut mereka ialah.. “Boleh percaya ke?.. takut lah aku.. nanti tak pasal-pasal duit aku hilang!”. Wujudnya tanggapan seperti itu mungkin disebabkan mereka terpengaruh dengan filem-filem “aksi-tekno” yang memaparkan aksi bagaimana seorang penggodam boleh mencuri wang dari akaun bank orang lain dengan hanya menerusi komputer mereka . Jadi, tidak hairanlah jika masyarakat yang kurang “celik IT” , akan terpengaruh dengan filem tersebut dan berasa takut dengan segala urusan yang melibatkan pemindahan duit menggunakan komputer.

3) Tidak Ada Kredit Kad

Peniaga-peniaga internet di malaysia, selalunya, akan menyediakan kemudahan pembayaran secara bank-in, fund transfer dan juga wang pos untuk sesiapa yang berminat membeli produk mereka. Tetapi.. satu persepsi yang ada pada masyarakat ialah.. jika mereka ingin membeli sesuatu di internet, mereka perlu mempunyai kredit kad. Walhal, terdapat banyak lagi cara/kaedah bayaran yang disediakan. Oleh itu, kepada peniaga di internet, nyatakan dengan jelas kaedah bayaran yang anda terima. Untuk lebih mudah memberitahu bakal-bakal pelanggan anda.. letakkan sahaja logo bank-bank serta kaedah bayaran yang anda terima dibawah butang “Klik Untuk Membeli” anda. Mengikut kajian yang dilakukan, daripada 10 orang pemegang kad kredit, 4 orang pernah menggunakan kad kredit mereka untuk membeli barang secara online. Saya kira ini suatu perkembangan yang memberangsangkan, berbanding 3-4 tahun lalu.. susah nak cari orang yang berani gunakan kad kredit mereka untuk beli barang secara online di malaysia.

4) Tidak puas & selesa..

Sudah menjadi tabiat masyarakat malaysia, mereka lebih gemar untuk pegang-pegang, cubit-cubit, tekan-tekan, ramas-ramas dan belek-belek terlebih dahulu sesuatu produk itu sebelum membelinya. Bagi mereka itu lebih “seronok” dan “memuaskan”. Apa yang lebih penting.. jika di dunia nyata, mereka akan mendapat barangan tersebut dengan serta merta setelah membayarnya… tetapi di internet, mereka terpaksa barang tersebut sampai dalam masa beberapa hari. Ini serba sedikit menimbulkan keresahan “takut-takut barang yang dibeli tidak sampai”. Jadi adalah penting bagi peniaga-peniaga di internet menyediakan maklumat untuk dihubungi (nama & phone) di website mereka bagi menambahkan keyakinan kepada pembeli bahawa, mereka boleh menghubungi anda jika barang yang dibeli tidak sampai kepada mereka.

5) Takde komputer & takde internet.

Ini memanglah.. kalau komputer pun tak ada.. macam mana nak beli barang kat internet? (alasan nak cukupkan 5 sebab).. ho! ho! ho!…

Berdasarkan alasan-alasan di atas, saya melihat, satu usahasama perlu dilakukan, terutamanya bagi peniaga-peniaga di internet, untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.. betapa mudah & selamatnya untuk membeli barang-barang secara online. Apabila kesedaran ini sudah ada dan kuat di kalangan masyarakat.. insyallah, semakin majulah industri perniagaan internet di malaysia ini.  Mungkin kita boleh jalankan kempen kesedaran “membeli belah secara online dengan cepat & selamat “..

Amacam? Takkan itu pun nak tunggu kerajaan buat kot?…

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

07
Nov

Orang cakap tak caya…

Bulan lepas (2-9 Oct 2007).. Russel Brunson ada memberikan report percumanya yang bertajuk IM-Myth. Sempena dengan penyebaran laporan tersebut, Russel juga turut menjalankan pemasaran viralnya dengan memberikan USD1 bagi sesiapa yang dapat memujuk orang lain mendownload report tersebut.

IM Myth Commisien

Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia “internet marketing”.. perkara ini adalah normal dan “BETUL”, bukannya tipu-tipu macam pelaburan internet yang entahhapa-hapa dulu tu.

Sebelum ini, 2 orang internet marketer antarabangsa telah melakukan perkara yang sama. Iaitu Scott Bulch dengan laporan percumanya yang berjudul The Deatch of Google Adsense dan juga Mike Filsame dengan laporan percumanya yang berjudul The Death of IM.

Tetapi bagi orang-orang yang kurang mengikuti dunia IM, mereka anggap perkara ini hanyalah tipu belaka. Malah, siap ada yang mengatakan saya ini “penipu” kerana menyebarkan peluang buat duit yang mudah ini.

Tak mengapalah.. saya tidak salahkan mereka, mungkin kerana mereka kurang mahir dengan dunia “buat duit di internet” sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana tidak.. ataupun mungkin mereka pernah mengalami mimpi buruk akibat penangan “pelaburan internet” dulu menyebabkan mereka serik dan menutup terus kepercayaan bahawa mereka sebenarnya “boleh buat duit di internet”.

Buktinya.. hari ini komisyen yang dijanjikan oleh Russel Brunson telah pun selamat clear ke akaun paypal saya..

IM Myth Paypal Payment

Ya!.. saya cuma sempat kumpul komisyen sebanyak USD303.50 sahaja.. rasa macam rugi pula tak promote habis-habisan perkara ini dulu. Tak mengapalah.. nampaknya bolehlah saya gunakan duit ini untuk menampung kos dedicated server WangCyber.com bagi bulan yang pertama…

(Duh!.. mana nak cari duit untuk bayar server bagi bulan depan pulak?..)

P/s:- Bagi mereka yang ingin mempelajari cara sebenar “buat duit di internet” dan menimba ilmu supaya dapat membezakan, peluang buat duit mana yang betul dan peluang buat duit mana yang salah di internet.. sertailah komuniti wangcyber.com

Insyallah banyak ilmu yang boleh anda perolehi dan gunakan untuk merebut peluang-peluang buat duit di internet disamping ia juga berguna untuk diri anda mengelakan diri daripada tertipu dengan peluang buat duit yang palsu di internet.

Wassalam.

03
Nov

Wangcyber.com Suspended?

Ok! ok!…  memandangkan ramai yang SMS, Email & Call saya bertanyakan tentang status wangcyber.com.. (terima kasih kerana sudi mengambil berat).. maka saya rasa, adalah baik jika saya buat sedikit makluman ringkas di blog ini tentang perkara tersebut.

Yer.. buat masa ini, website wangcyber.com sedang di”suspend”… ia di”suspend” oleh pihak hosting provider adalah kerana website wangcyber.com dipercayai telah memakan resource server yang terlampau banyak sehingga 70%. (ikut perjanjian cuma boleh guna 25% je)..

Maka disebabkan masalah tersebut, website wangcyber.com di”suspend”kan…

Saya kini sedang berbincang dengan pihak server provider untuk unsuspend website tersebut, di samping sedang mencari server provider yang lebih sesuai yang dapat menampung keperluan “tumbesaran” wangcyber.com  (ada sesiapa nak bagi cadangan hosting provider yang bagus?).. insyallah saya cuba setelkan perkara ini dalam masa 1-2 hari ini. Diharapkan ahli-ahli wangcyber.com tidak panik dengan hal tersebut dan sabar menunggu kemunculan semula wangcyber.com dalam masa beberapa hari lagi  dengan aksi yang lebih mendebarkan.

Wassalam.