Archive for December, 2007

26
Dec

SetBersalin.com Restructure..

SetBersalin.com kini sedang dalam proses penstrukturan semula dan jualan produk “Set Bersalin Tropical Herb” pula, terpaksa dihentikan buat seketika. Buat masa ini, setbersalin.com akan berfungsi sebagai web “perkongsian info” sahaja, kahs untuk ibu yang sedang mengandung.. anda yang tidak mengandung.. tak perlulah subscribe mailing list tu yer?

SetBersalin

Saya kini dalam proses menilai semula produk yang “BAGUS” untuk merawat ibu selepas bersalin. Anda ada cadangan set bersalin jenama apa yang paling bagus? <– pertanyaan ini hanya ditujukan kepada golongan ibu & suami yang sudah menjadi bapa sahaja! ho! ho! ho!..

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

24
Dec

The Death Of…. Lembu?

Salam… saya mohon maaf kerana tidak sempat untuk mengucapkan selamat hari raya korban kepada anda semua. Saya agak sibuk sedikit kebelakangan ini, hari rabu lepas (sehari sebelum raya haji) , saya telah pulang ke kampung… tak sempat nak buat post baru. Kira post hari ini adalah post qada’ lah..

Ok.. kali ini tiada cerita atau tips pasal perniagaan.. hanya sembang-sembang kosong je.. kadang-kadang, kena lah rileks dan cite sempoi-sempoi skit.. asyik cerita pasal perniagaan & duit je..  jemu lah pulak (eh? tak jemu pun?.. yerla.. saya tahu.. anda yang baca tak jemu.. saya yang menulis nie hah yang jemu.. ho! ho!)

Oklah. cite pasal qurban… biasalah.. saya rasa semua tempat pun sama.. pagi-pagi bangun tido… mandi wajib sunat.. gi sembahyang raya.. pastu tolong tengok orang sembelih lembu dan menghayati sejarah nabi ibrahim dan anaknya nabi ismail tentang erti pengorbanan.. (oh!.. saya malas nak cerita pasal erti “pengorbanan”..  saya rasa semua orang pun sudah ada pendapat masing-masing serta sudah ada cerita masing-masing apabila ditanya “apakah erti perngorbanan buat anda?”..  ada yang berkorban duit? masa? tenaga? kasih sayang? jiwa? raga? tol? minyak? dan apa-apa sahajalah yang boleh dikorbankan..)

Tagline klasik: Sesuatu kejayaan itu semestinya memerlukan pengorbanan..

Bila tiba masa hari raya qurban ini… maka ramailah mereka yang berkemampuan akan mengorbankan binatang peliharaan masing-masing.. kambing, lembu dan unta…

Melihat bilangan lembu yang begitu banyak dikorbankan membuatkan saya terfikir…. eh? kenapa lembu?… kenapa tidak ayam?

Jawapan yang berilmiah ada disini..
http://thetrueideas.multiply.com/journal/item/954/Berqurban_Dengan_Ayam
http://www.mail-archive.com/mediacare@yahoogroups.com/msg15680.html

Jawapan kurang ilmiah…
Ayam terlampau banyak kontroversi… dengan kes selsema burung…  kes suntikan enzim khinzir.. kes sembelihan tak sah.. dan macam-macam lagi la… manakala lembu.. rileks je.. takde pun nak kecoh-kecoh.. ho! ho! mungkin itu salah satu hikmah mengapa Allah hanya menetapkan hanya kambing, lembu & unta sahaja yang sesuai untuk dikorbankan..

Wallah hu alam..

18
Dec

kenapa ada orang jual dadah?

SMS : Salam…. boleh tak saya promosikan url affiliate saya dengan menghantar email kepada beribu-ribu orang?

Me : Boleh! Tapi jangan spam.

SMS : Spam tu apa?

Me : Spam itu, menghantar email kepada beribu-ribu orang yang tidak dikenali secara sekaligus.

SMS : Ooo.. Tapi senarai email ini saya beli.

Me : Oh.. itu kira SPAM la..

SMS : Ye ke?.. so.. tak boleh lah heh?..

Me : Ha ah.. Tak boleh.

SMS : Kalau tak boleh.. kenapa ada orang jual senarai email tu semua?

Me : Sebab yang sama.. kenapa ada orang menjual dadah..

….tamat…

Usah biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya…. Belia Benci SPAM! Nyah ko dari inbox den.. (sambil menekan butang “report spam” di dalam gmail…)




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner