Kadangkala saya terfikir.. mengapa sesetengah orang masih tidak faham-faham @ belajar tentang sesuatu perkara walaupun sudah berkali-kali ia dimaklumkan & diberitahu.
Ada sesetengah orang sudah membaca banyak buku pengurusan kewangan seperti “Maskahwin Yang Hilang”, “Jutawan Dari Planet Jupiter” dan juga buku “Cukup Wang Hati Tenang”, tetapi… masih lagi tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan betul.. masih lagi ghairah berbelanja menggunakan kad kredit… masih lagi suka membuat pinjaman beli kereta, beli komputer, beli handphone dan semua benda yang dapat memuaskan nafsu.. serta masih lagi tidak dapat menyimpan wang walau sesen pun setiap bulan.
Ada orang sudah di beritahu banyak kali tentang bentuk-bentuk serta kaedah penjanaan wang di internet dan di tunjukan kaedah yang mana satukah yang betul dan mana yang palsu… tetapi masih lagi tertipu dan tidak dapat membezakannya.
Saya tidak pasti mengapa perkara ini berlaku kepada sesetengah orang.. mengapa mereka seperti tidak belajar apa-apa pun darinya.. tetapi.. apa yang dapat saya simpulkan buat masa ini.. mungkin mereka ini adalah merupakan golongan-golongan “slow learner” (atau dalam bahasa siput sedutnya… “lembap”.. oh! maafkan saya.)
Ilmu (knowledge) sebenarnya boleh dibahagikan kepada 4 tahap.
(1) Maklumat (Info) ==> (2) Konsep (Concept) ==> (3) Kemahiran (Skill) ==> (4) Pengalaman (Experience)
Maklumat adalah merupakan tahap ilmu yang paling asas. Maklumat boleh diperolehi dari bacaan, pendengaran dan juga proses pembelajaran. Contoh maklumat adalah seperti.. “Website RESELLER LongkangDuit.com adalah merupakan sebuah skim piramid”.
Konsep pula ialah apabila seseorang itu mula menggunakan “minda & akal fikirannya” untuk memproses maklumat-maklumat yang diterima. Mereka akan mula memikirkan bagaimana sesuatu maklumat itu dihasilkan.. dan apa yang menyebabkan sesuatu maklumat itu terhasil. Contoh konsep.. “Website RESELLER LongkangDUit.com adalah merupakan sebuah skim piramid, (mengapa?) kerana sumber pendapatan adalah berdasarkan penajaan ahli dan bukannya kepada berdasarkan penjualan produk, jika ada produk pun, produk yang ditawarkan adalah tidak berkualiti dan ianya hanyalah sekadar produk “dummy” untuk menutup mata pihak berkuasa daripada mengambil tindakan dan mengaitkan ia sebagai sebuah skim piramid. (mengapa?) Ini kerana, mengikut perundangan, salah satu perbezaan antara skim piramid dan MLM adalah.. skim piramid tiada produk, manakala MLM ada produk. Disebabkan skim piramid memberikan komisyen berdasarkan penajaan ahli, maka ia akan tepu dengan sendirinya pada level ke-15, (mengapa?) kerana pada level ke-15, quota ahli skim tersebut akan menyamai populasi penduduk dunia, di mana ia adalah sesuatu yang mustahil dan sekaligus akan melenyapkan impian menjadi jutawan dalam masa 1 bulan pada level yang ke-18 sepertimana yang diwar-warkan”.
Orang yang mencapai ilmu pada tahap (2)konsep sememangnya lebih baik dari orang yang tahap ilmunya hanya berada pada tahap (1)maklumat.
Orang yang memahami (2)konsep tidak akan mudah tertipu jika pada suatu hari nanti, apabila website LongkangDuit.com menukarkan namanya kepada ParitDuit.com. Mereka tahu dan dapat mengesannya.
Tetapi orang yang hanya mencapai tahap (1)maklumat , mereka akan tertanya-tanya dan terpinga-pinga… biasanya mereka akan berkata “Kalau LongkangDuit.com tu aku tahulah benda tu tipu.. tapi ParitDuit.com nie macam mana pula? Betul ke tidak?”
Sebab itulah saya katakan.. orang-orang seperti ini adalah golongan orang-orang yang lembap “slow learner”. Tiada apa yang boleh dilakukan.. orang-orang seperti ini biasanya hanya akan belajar melalui pengalaman terkena sendiri… (sedangkan belajar dari pengalaman orang lain itu lebih baik, mudah, jimat dan pantas) .
Kepada golongan “Fast learner”… jika anda berjumpa dengan golongan-golongan “slow learner”… banyakkan bersabar dan beristighfar.. berikan mereka buku dan minta mereka membuat ulangkaji semula…..
Untuk tahap ilmu yang ketiga dan keempat…. saya andaikan anda adalah golongan “fast learner”.. jadi tak perlulah saya huraikan panjang lebar… Ho! ho! ho!..
Yosh!
P/p/s:- 3 prinsipal penting yang perlu anda fahami…
(1) skim piramid memberikan komisyen berdasarkan penajaan ahli.
(2) kewujudan produk hanyalah sebagai dummy.
(3) skim piramid juga melalui proses evolusi.. surat berantai >> skim derma-menderma >> MLM headhunting & binary >> forced matrix >> randomizer >> autosurf >> hyip (swisscash) >> program reseller (terbaru).
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























rasanya dua-dua kategori pun ada….yang lembab dan slow leaner…
satu lagi mereka yang memang tak pernah terbaca benda macam ni, so
bila mereka baru pertama kali terbaca pasal peluang yang
macam ni…apa lagi ghairah lah jadinya…
bila mereka kena tipu..mulalah minda berkata pernaigaan
internet ni penipu…kita yang terkena tempias macam ni
kena bersabar je lah. Berikan mereka penerangan secara
bijak..
kepada mereka yang lembab dan slow leaner ni pula…
rasanya mereka ni malas nak mengkaji dan belajar
tentang sesuatu perkara…apa yagn mereka fikirkan
duit segera…itulah mentaliti
p/s : berhati-hati di lebuhraya maya
hahaha.. saya sukakan topik ini… low learner terus menjadi makanan brilliant learner.. pasal.. low learner tak paham-paham membezakan duit seringgit mereka.
slmt pg shuth,
kadang2 nak kata mereka lembap tu susah juga…
sebab mereka juga pandai pergi menipu org lain…
kadang2, mereka teruja dgn hype yang ditawarkan tu…(Nafsu)
susah juga nak betulkan mereka ni…
bila tahu kena tipu tak insaf2…
tu yang susah sikit tu…
han
Assalamualaikum.
Shuth…menarik..straight forward. Selalunya orang berkias-kias bila nak membahasakan orang yang selalu tertipu oleh skim piramid ni, tapi Shuth direct jer….’slow learner’…’siput sedut’. Gelak saya sorang2 dengar term tu.
Hakikatnya, saya sendiri sedih bila dengar majoriti yang mudah tertipu dengan skim piramid ialah bangsa kita sendiri. Mereka masih tidak boleh kesan sama ada sesuatu skim itu penipuan atau tidak. Sebab utamanya mungkin kerana mereka tidak ada asas keusahawanan, tak pasti macam mana nak kira untung rugi dan macam mana nak bayar keuntungan kepada rakan kongsi perniagaan.
Lebih sedih lagi, kalau nak beli buku harga RM20-RM40…merungut..menyumpah..siap kata ‘kenapa tak kongsikan secara percuma!” Bila kena pergi kursus yang berbayar..merungut juga…menyumpah juga…..katanya “kenapa nak kena bayar, dekat internet kan banyak yang percuma!”.
Tapi yang peliknya golongan inilah yang selalu kena tipu…bukan rm20-rm40, bukan ratus-ratus…tapi ribu-ribu…… Hmmm…. semoga tulisan Shuth ni boleh buka mata orang ramai tentang skim-skim macam tu.
Tepat, Panas, Straight to the point.. Orang yang pernah terkena pun tak serik jugak,dia terjun “perigi” lain plak walaupun dah terjun “perigi” yang sama konsep sebelum tu.
Benda sama tapi diduplicate je..& orang yang sama yang join…. Memang siput sedut betul la..tak faham lagi..
Entahlah, saya pun tak faham dengan golongan yang camni, kalau terkena sekali lepas tu sedar balik takpe…..ni terkena berkali-kali pun tak serik-serik juga. Yang sedihnya kebanyakan golongan ni adalah orang melayu kita dan ada sesetengah skim piramid tu memerangkap orang-orang kampung.
Kesian orang-orang kampung yang ditawarkan janji manis, akhirnya wang yang disimpan bertahun-tahun habis begitu saja
Hmm..Sham…terjun perigi…. hehe… memang konsep yang lebih kurang sama untuk siput sedut…
Saya masa sekolah dulu pernah baca satu pepatah tentang perkataan ‘bodoh’. Kata pepetah tu, “Bodoh ialah apabila dipatuk sekali lagi oleh ular yang sama di lubang yang sama”. Mungkin ada kaitan dengan posting Shuth ni.
Yup.. saya setuju dengan bro Osman Affan… Orang yang mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali boleh dikaitkan dengan perkataan ‘bodoh’… Tapi saya tak kata bodoh hehe ada kaitan jer
Assalamualaikum…
saya berkali-kali diminta oleh kawan supaya mengikut jejak langkah dia dengan menyertai skim ni..macam2 yg dipromote..kata bagus le..cepat kaya ler..kita yg taknak ni terpaksa juga buat2 senyum walaupun menyampah dengar
Ibarat dah masuk lubang, tapi korek lubang lain..
lama-lama banyak la lubang tu..
Ada yang join ni sebab terdesak nak duit cepat,
tu yang mudah terpengaruh sebab emosi dah x stabil
dengan akal fikiran..
kang terasa plak mereka-mereka yang selalu bertanya di WC, “xxxx.com ni betul ke?” kekeke..
Saya setuju dgn ‘Encik Dlie’. Sebenarnya, emosi x stabil kerana keadaan kewangan yg terhimpit.
Bagi mereka, satu2nya jalan keluar ialah ‘hit the Jack Pot’ atau dengan kata lain mereka ni mencari satu keajaiban untuk mendapat durian runtuh. Fantasi mereka ialah menjadi kaya dalam sekelip mata tanpa perlu bersusah-payah.
Oleh itu, walaupun mereka (1) dapat maklumat, (2) faham konsep, (3) ada kemahiran dan (4) ada pengalaman, mereka akan terus mencuba program2/ skim2 yg boleh merealisasikan fantasi mereka tu.
Mana saya tau semua ni. Sebab saya pernah melaluinya dulu ….
p/s - macam rancangan tv “kisah benar” lak!
hmm.. terlepas point encik dlie.. memang betul tu.. kadang2 masa tengah sengkek, terpk jugak aku skim cepat kaya ni.. tapi bukan nak join, tapi nak jadik tokey.. kekeke..
Alhamdulillah lah ALLAH pelihara iman aku.. pun begitu hobi aku di waktu lapang adalah berfikir cara-cara nak legalize SCK ni.. tapi tak pernah2 boleh..
jadik kesimpulannya yang dapat aku buat, selain group ’slow learner’, ada satu lagi group, iaitu ‘group terdesak’, yang seboleh-bolehnya nak kita kata ‘longkangduit.com’ adalah syurga duit mudah.
Betul tu ‘aku’. Kalau diberitahu bahawa dengan modal RM21k anda boleh membawa pulangan purata RM60k setiap tahun bermula dari tahun ke-3 ke atas TANPA berbuat sesuatu, memang ramai yg minat dan menarik. Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mengumpul dana RM21k itu melalui pinjaman bank la, pinjaman saudara-mara la, kekadang sampai sanggup gadai harta-benda!
Tapi kalau diberitahu bahawa untuk mendapat pulangan sedemikian, anda mesti mengerjakan tanah di bawah sinaran matahari, kemudian menanam pokok, membaja, menjaga pokok supaya tidak diserang penyakit dan sebagainya, ramai yg kata “tengoklah dulu, bila ada duit nanti baru aku mula melabur …”
Kesimpulannya, selain tambahan ‘group terdesak’ yg dicadangkan oleh ‘aku’, ada lagi satu group yg popular tapi buat2 tak wujud: ‘group pemalas’.
He he he … jangan marah kalau ada yg terasa pedas sebab kadang2 saya pun terkena tempias gak.
p/s - projek ni memang wujud, melalui kaedah ‘contract farming’. Sekarang nie masih dalam peringkat kumpul modal (tunai + tanah).
Normal la tu. Nak buat macam mana. Memang diorang slow learner. Tak semua bende leh faham dalam 1-2 bulan. kekadang amik masa yang lama. So, yang fast learner, bawak bersabarla kalau kene tanya banyak kali biarpun bende sama..
Agaknya sebab tu lah orang tak minat nak clik iklan kat blog aku ho ho. Kena tukar keyword lain lah…By the way setuju ngan semua pendapat kat atas ramai yang masih mempromosi benda yang sama mungkin dia orang tak tau kut antara terjun longkang, ngan telaga tu sebenarnya sama tapi masih nak masuk gak…wallahualam
memang pelik jika pisang berbuah dua kali, fikir-fikirkan.
uiksss.. komen aku kena cantas ke?
perigiXXXX.com tu lebh sesuai dipanggil perigibuta.com. Siapa yg masuk mmg cari nahas.
memang straight forward..
kalau ada yang terkena 2 janganla terasa plak..
bukan niat shuth nak tujukan kepada mana2 pihak..
kadang2 saya perhatikan dorang bukan siput sedut, tapi malas nak belaja n cari ilmu..
1 lagi, orang2 camni nakkan keuntungan segera je..
2 yang bila datang program lain (yang sama jenis dengannya), dorang takleh nak bezakan..
hek eleh lembab laa pulok… aduhai. banyak kali dah kena macam nih. semuanya jadinya lembab. bukan nak sangat menda lembab nih… tetapi dari semasa ke semasa kena pertimbangkanlah agar tidak menjadi lembab sepanjang zaman berzaman. takdapat den nak nolong weih…
nampak bagus juga untuk buat domain berkenaan siput sedut tu… siputsedut.com… hahahahaa..
jom join siputsedut.com