13
Dec
07

cuba tinggalkan bisnes anda.. willy la bro!

Minggu lepas saya agak sibuk sedikit.. memang tak sempat langsung nak update blog ini. Minggu lepas saya telah round satu malaysia.. dari selangor ke perak, penang, kedah, kelantan,terengganu, pahang… fuh.. hampir satu malaysia saya pusing untuk jom jalan-jalan cari awek. Nasib baik tak tersangkut dalam banjir..

Selain ber”jom jalan-jalan” .. percutian saya juga sekaligus telah menguji “sejauh mana”.. bisnes saya boleh bergerak tanpa kehadiran saya di depan komputer…

Hasilnya… masih tidak  memuaskan…. baru dapat lepas 3 tiang je..  tak sampai lagi kat simpang..  Nampaknya saya kena aturkan semula “sistem” perniagaan saya.. agar perniagaan saya boleh bergerak jauh tanpa kehadiran saya..  harap-harapnya bolehlah lepas sampai round about atau traffic light pula.. ho! ho! ho!  anda tak paham?.. saya pun tak faham… ha! ha! haaa! (pebenda nie? tak paham la..)  tak mengapa.. cuba kosongkan fikiran anda dan cuba bayangkan mat rempit sedang willy motornya.. hah?

ok.. ok.. serius..

Saya tidak pasti..  saya pernah menulis tentang perkara ini atau tidak.. tetapi, salah satu elemen yang terpenting untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya ialah “memiliki sistem perniagaan yang berkesan”. Sistem yang dimaksudkan disini, bukanlah sistem komputer (dulu saya pun terkeliru.. kalau sebut je sistem.. mesti saya ingat sistem dalam komputer.. maklumlah budak IT lah kononnya). Sedangkan sistem tu adalah suatu yang umum… macam-macam sistem ada di dunia ini..
sistem perparitan.. sistem pemprosesan makanan.. sistem kumbahan.. sistem aliran trafik.. sistem perkumuhan.. sistem of down.. dan juga pegawai sistem maklumat (keyword nie ramai orang cari tau.. oh!)

Pendek cerita (panjang tak cerita apa).. “sistem perniagaan” adalah sangat penting untuk menjadikan sesuatu perniagaan itu berjalan lancar dan teratur. Lebih baik lagi jika sistem perniagaan itu dapat berjalan/berfungsi secara automatik tanpa campur tangan/kehadiran anda!.

Jika anda dapat menghasilkan satu sistem perniagaan yang  dapat terus berjalan tanpa campur tangan anda.. selama bertahun-tahun (tahap willy sampai lepas ke lapangan  terbang nie) seperti mcdonald, kfc dan sebagainya. Tahniah!.. anda memang seorang yang hebat.. sila tulis buku/ebook yang menceritakan bagaimana anda melakukannya.. dan saya akan menjadi pembeli buku anda yang pertama… ho! ho! ho! merry christmas (apehal pulak!) . (ada ke buku pasal “pembangunan sistem perniagaan bagi  perniagaan kecil?”.. kalau buku pasal pembangunan sistem komputer tu banyak la..)

Apa-apa pun… cuba-cubalah tinggalkan bisnes anda sebentar..  dan tengok.. sejauh mana bisnes anda boleh willy? (hah? ingat mat rempit je ke tau willy..?)..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


13 Responses to “cuba tinggalkan bisnes anda.. willy la bro!”


  1. 1 JimieRay Dec 13th, 2007 at 11:36 am

    Sambil baca post ni dok bayangkan juga macamana rupanyer kalau Shuth betul2 buat willy kat roundabout…Huu.huu. :)

  2. 2 Han Dec 13th, 2007 at 2:41 pm

    pening baca post shuth ni..hehe
    sekejap ni sekejap tu…

    tapi yang nyatanya perniagaan shuth tetap berjalan dgn baik walau shuth tinggal…
    betul shuth?

    han

  3. 3 Labanon Dec 13th, 2007 at 3:10 pm

    Mak oihh happy semacam jer post ni, ker betul2 cari awek ni? :D Hu Hu Hu!

  4. 4 Encik Dlie Dec 14th, 2007 at 3:48 am

    Apa yang saya faham disini ialah, shuth cuba untuk mencipta satu sistem di mana perniagaan internet internet shuth dapat memberikan hasil seperti biasa tanpa kehadiran anda!

    Tahniah shuth.. semoga anda berjaya.

    Saya dapat perhatikan ahli perniagaan di Malaysia mempunyai beberapa rangkain perniagaan yang pelbagai.. Misalnya, seorang ahli perniagaan memilki 5 jenis perniagaan yang lain..

    Macam mana dia boleh lakukannya? Dia tidak melakukannya sendiri… dia mempunyai sistem yang mantap. Of course mempunyai pekerja.. tapi tanpa dia ada di dalam pejabat, perniagaan tetap berjalan lancar..

    Apa yang saya dapat tahu, seorang ahli perniagaan akan setup satu perniagaan yang baru. Setelah perniagaan tersebut boleh berdiri sendiri, dia akan serahkan kepada pekerjanya yang boleh dipercayai untuk menguruskan perniagaan tersebut. Kemudian, dia akan setup perniagaan yang lain. Perkara ini berulang2 sehingga ahli perniagaan tersebut berasa sudah cukup rangkaian perniagaannya..

    Good luck shuth..

  5. 5 Mohd Faisal Dec 14th, 2007 at 4:27 am

    Hoho.. Nasib baik 3 tiang boleh lps, kalau xlps satu tiang lagi truk..

    Hohoho!!

  6. 6 sham Dec 14th, 2007 at 10:34 am

    Ooo..Bagus..kena fikir strategi yang paling berkesan tu shuth..

    Find a right one..kalo tak semput tengah jalan,bukan setakat nak willy..nak jadi “seperman” pun boleh..(bukan superman tau).

    Kalo anak shuth dah besar, leh ajar anak..ni kecil lagi..

  7. 7 mizan Dec 14th, 2007 at 3:53 pm

    tahniah saudara shuth, idea yang hebat, saya percaya dan yakin dengan idea anda dan saya dah lama melihat idea ini semakin berkembang sekarang, cuma kita perasan atau pun tidak, maaf cakap orang-orang melayu hanya melihat sahaja. Mungkin orang2 seperti saudara shuth mampu mengubah pemikiran orang2 kita ini, tidak mustahil. Sistemlah yang mengerakkan perniagaan bukan perniagaan yang mengerakkan sistem, SAMA2 KITA BERFIKIR SISTEM UNTUK KEJAYAAN PERNIAGAAN.

    the art of mind magic

  8. 8 RajaAffiliate Dec 16th, 2007 at 6:14 am

    pada tahp ni saya tak berani nak tinggalkan lama2 bisnes..
    cz sya percaya efeknya sangat besar…tak keja takda duit..
    nila lumrah orang berniaga..

    mungkin jawpan yang paling sesuai utk menyelesaikan masalah ni
    ialah rakan niaga@ pekerja,,
    tp pada paringkat ni saya blum lagi boleh capai tahap ni..
    :)
    ada sesapa leh tolong?

  9. 9 AmirulFaisyal Dec 17th, 2007 at 5:28 am

    Setuju sangat2 dengan Shuth,

    Saya sekarang tengah nak habiskan buku Rich Dad- Cashflow Quadrant. Dalam buku ni ada sentuh pasal sistem bisnes, means kalau kita nak start satu bisnes jangan terlalu fikirkan produk, fikirkan sistem di dalam pernigaan yang kita nak buat tu. Dan dengan sistem inilah yg bezakan antara B (right quadrant) dan E (left quadrant).

    Saya pun tengah dok rangka sistem tu….dari order fullfillment, support dan lain2, supaya ia boleh dilakukan oleh golongan yang tak punyai pengetahuan komputer dan Internet yang tinggi. Kalau tengok sistem francais KFC atau McD, pekerja2 mereka bukanlah dari golongan yang mempunyai kemahiran yang tinggi…even PMR leavers boleh kerja dan menjadi sebahagian dari sistem mereka.

    Sebab bagi saya, dengan kuasa sistem ni dia akan bagi banyak masa untuk kita fokus kepada kerja2 yang lebih penting seperti diversify business models, atau pengembangan perniagaan.

    Dan contoh buku yang bagus untuk belajar pasal membina sistem ni bagi saya adalah e-myth tulisan michael e. gerber.

    Thanks Shuth!

  10. 10 randavi Dec 17th, 2007 at 12:56 pm

    bro shuth, tak kan setakat willy je, tak cuba pacak, best sikit. emm, ok serius, bro shuth nih memang banyak idea.

  11. 11 blalang Dec 20th, 2007 at 10:28 am

    Saya tak nampak macam mana nak automation ol bisnes kalau guna local bank transfer, kalau guna kredit kad bolehlah guna paypal,2checkout etc. Macam mana nak buat willy?

    Ada idea ke shuth?

  12. 12 zaki blogjer Dec 28th, 2007 at 1:21 pm

    Klu saya, tinggalkan busines maksudnye dpt ciput je la..

  1. 1 Sistem vs marketing? at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan Pingback on Apr 16th, 2008 at 7:40 am

Leave a Reply