The Death Of…. Lembu?
Salam… saya mohon maaf kerana tidak sempat untuk mengucapkan selamat hari raya korban kepada anda semua. Saya agak sibuk sedikit kebelakangan ini, hari rabu lepas (sehari sebelum raya haji) , saya telah pulang ke kampung… tak sempat nak buat post baru. Kira post hari ini adalah post qada’ lah..
Ok.. kali ini tiada cerita atau tips pasal perniagaan.. hanya sembang-sembang kosong je.. kadang-kadang, kena lah rileks dan cite sempoi-sempoi skit.. asyik cerita pasal perniagaan & duit je.. jemu lah pulak (eh? tak jemu pun?.. yerla.. saya tahu.. anda yang baca tak jemu.. saya yang menulis nie hah yang jemu.. ho! ho!)
Oklah. cite pasal qurban… biasalah.. saya rasa semua tempat pun sama.. pagi-pagi bangun tido… mandi wajib sunat.. gi sembahyang raya.. pastu tolong tengok orang sembelih lembu dan menghayati sejarah nabi ibrahim dan anaknya nabi ismail tentang erti pengorbanan.. (oh!.. saya malas nak cerita pasal erti “pengorbanan”.. saya rasa semua orang pun sudah ada pendapat masing-masing serta sudah ada cerita masing-masing apabila ditanya “apakah erti perngorbanan buat anda?”.. ada yang berkorban duit? masa? tenaga? kasih sayang? jiwa? raga? tol? minyak? dan apa-apa sahajalah yang boleh dikorbankan..)
Tagline klasik: Sesuatu kejayaan itu semestinya memerlukan pengorbanan..
Bila tiba masa hari raya qurban ini… maka ramailah mereka yang berkemampuan akan mengorbankan binatang peliharaan masing-masing.. kambing, lembu dan unta…
Melihat bilangan lembu yang begitu banyak dikorbankan membuatkan saya terfikir…. eh? kenapa lembu?… kenapa tidak ayam?
Jawapan yang berilmiah ada disini..
http://thetrueideas.multiply.com/journal/item/954/Berqurban_Dengan_Ayam
http://www.mail-archive.com/mediacare@yahoogroups.com/msg15680.html
Jawapan kurang ilmiah…
Ayam terlampau banyak kontroversi… dengan kes selsema burung… kes suntikan enzim khinzir.. kes sembelihan tak sah.. dan macam-macam lagi la… manakala lembu.. rileks je.. takde pun nak kecoh-kecoh.. ho! ho! mungkin itu salah satu hikmah mengapa Allah hanya menetapkan hanya kambing, lembu & unta sahaja yang sesuai untuk dikorbankan..
Wallah hu alam..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Hi semua.
takpe Sifu… even Sifu tak sempat wish hari raya ni… orang lain dah banyak dah yang wish! saya pun! heheh…
yap, kadang-kadang kena la santai gak. barulah ada ertinya bernafas ni!
apa pun, saya juga setuju dengan Sifu, bahawa pasti ada hikmahnya ALLAH menetapkan sesuatu. segala sesuatu (baik atau buruk), pasti ada hikmahnya… PASTI!!!
PS: SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA!
“Salam KeBAHAGIAan.
“
rasanya tak terlamabt utk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada rakan2 IM yang rajin megomen di sini dan shuth yang tengah mengorbankan lembu2nye..
huhu
Juga salam Aidil-Adha untuk Shuth dan rakan2. Semuga semuanya kembali ceria lepas ni setelah banyak bekorban jiwa dan raga….
Salam Aidiladha buat sumer sahabat..Semoga pengorbanan kita pada masa yg kita peruntukkan utk perniagaan internet ni dibalas dengan kejayaan oleh Allah SWT..
Selamat hari raya Aidiladha buat Shuth sekeluarga..
Salam hari raya aidiladha..
hohoho.. igtkan ade lg ebook baru the death of…
hahaha.. Salamat Hari Raya AidilAdha