Minggu lepas saya agak sibuk sedikit.. memang tak sempat langsung nak update blog ini. Minggu lepas saya telah round satu malaysia.. dari selangor ke perak, penang, kedah, kelantan,terengganu, pahang… fuh.. hampir satu malaysia saya pusing untuk jom jalan-jalan cari awek. Nasib baik tak tersangkut dalam banjir..
Selain ber”jom jalan-jalan” .. percutian saya juga sekaligus telah menguji “sejauh mana”.. bisnes saya boleh bergerak tanpa kehadiran saya di depan komputer…
Hasilnya… masih tidak memuaskan…. baru dapat lepas 3 tiang je.. tak sampai lagi kat simpang.. Nampaknya saya kena aturkan semula “sistem” perniagaan saya.. agar perniagaan saya boleh bergerak jauh tanpa kehadiran saya.. harap-harapnya bolehlah lepas sampai round about atau traffic light pula.. ho! ho! ho! anda tak paham?.. saya pun tak faham… ha! ha! haaa! (pebenda nie? tak paham la..) tak mengapa.. cuba kosongkan fikiran anda dan cuba bayangkan mat rempit sedang willy motornya.. hah?
ok.. ok.. serius..
Saya tidak pasti.. saya pernah menulis tentang perkara ini atau tidak.. tetapi, salah satu elemen yang terpenting untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya ialah “memiliki sistem perniagaan yang berkesan”. Sistem yang dimaksudkan disini, bukanlah sistem komputer (dulu saya pun terkeliru.. kalau sebut je sistem.. mesti saya ingat sistem dalam komputer.. maklumlah budak IT lah kononnya). Sedangkan sistem tu adalah suatu yang umum… macam-macam sistem ada di dunia ini..
sistem perparitan.. sistem pemprosesan makanan.. sistem kumbahan.. sistem aliran trafik.. sistem perkumuhan.. sistem of down.. dan juga pegawai sistem maklumat (keyword nie ramai orang cari tau.. oh!)
Pendek cerita (panjang tak cerita apa).. “sistem perniagaan” adalah sangat penting untuk menjadikan sesuatu perniagaan itu berjalan lancar dan teratur. Lebih baik lagi jika sistem perniagaan itu dapat berjalan/berfungsi secara automatik tanpa campur tangan/kehadiran anda!.
Jika anda dapat menghasilkan satu sistem perniagaan yang dapat terus berjalan tanpa campur tangan anda.. selama bertahun-tahun (tahap willy sampai lepas ke lapangan terbang nie) seperti mcdonald, kfc dan sebagainya. Tahniah!.. anda memang seorang yang hebat.. sila tulis buku/ebook yang menceritakan bagaimana anda melakukannya.. dan saya akan menjadi pembeli buku anda yang pertama… ho! ho! ho! merry christmas (apehal pulak!) . (ada ke buku pasal “pembangunan sistem perniagaan bagi perniagaan kecil?”.. kalau buku pasal pembangunan sistem komputer tu banyak la..)
Apa-apa pun… cuba-cubalah tinggalkan bisnes anda sebentar.. dan tengok.. sejauh mana bisnes anda boleh willy? (hah? ingat mat rempit je ke tau willy..?)..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




Latest Comments
ana, almukhalis, dora, shuth, ROHAIZAD BIN ZULKIFLI [...]
shuth, lynda, sri, azaliha, noraini binti saffi [...]
KampungBoy, AmmarZahar, Abdul Rashid Basar, catzer, appleblogger [...]
aini binte Ibrahim, roslan omar, lyana, khairulrx7, ejat [...]
durrah, shuth, asmid, ayu, ayu [...]