Wah! Nampaknya saya sudah pecah rekod.. hampir 2 minggu blog ini tidak diupdate. Mesti ramai pembaca yang sudah lari.. inilah akibatnya jika menulis “just for fun”… suka-suka je tulis… dan suka-suka je tidak menulis.. tak mengapalah. Abaikan saja perkara tersebut.
Sekarang ini saya sedang cuba menghabiskan beberapa buah buku.. masih ada 8 buah buku lagi yang telah saya beli sejak dari tahun lepas… tapi sampai sekarang tak baca-baca. Jadi, salah satu azam saya untuk bulan ini, ialah menghabiskan kesemua buku-buku tersebut.
Antara buku yang saya tak sabar-sabar nak baca..
- Marketing 101 (terhenti separuh jalan sejak tahun lepas, sampai skang tak sempat nak sambung2, tapi banyak info dalam buku ini telah saya gunakan untuk projek “setbersalin.com” dan hasilnya memang “marbeles” )
- Wealth Building 101
- Myth Mastery
- Duct Tape Marketing
- The Science of Getting Rich
- The Ugly Truth About Small Business
- Saya tidak mahu kaya tetapi harus kaya
- Agama, Bisnes & Pengurusan
Dan sekarang ini saya sedang membaca buku “Self Made Millionaire” & juga “Millionaire Mind”… (yer.. yer.. saya tahu, saya ketinggalan.. orang lain semua dah khatam buku nie sejak 3-4 tahun lepas lagi. Patutlah saya masih tidak menjadi jutawan lagi. Kalau saya baca buku nie 3 tahun lepas.. mesti skang saya dah jadi jutawan dah skang nie.. Oh!).
Kedua-dua buku ini, saya rasa memang tepat pada waktu saya membacanya.. iaitu pada awal tahun 2008. Memang betul-betul membakar semangat serta azam saya untuk tahun baru ini.
Satu tips yang paling saya suka dalam buku “Self Made Millionaire” ialah mengenai 9 “mind setting” yang perlu ada di dalam diri jutawan. Salah satunya ialah tentang memikul “100% tanggungjawap”.
Ramai orang lebih gemar menyalahkan sesuatu berbanding diri mereka sendiri apabila mereka tidak berjaya melakukan sesuatu perkara. Contohnya..
Jika ebook mereka tidak laku.. mereka akan berkata..
“Orang tak suka baca ebook, sakit mata tgk komputer lama-lama, orang lebih suka baca buku betul.”
Jika proposol JV mereka tidak diterima..
“Alaa… dia tu berlagak.. mentang2 dia dah femes, manalah nak JV dengan gua nie.”
Jika produk mereka kurang sambutan
“Hmm.. saya rasa pasaran masih belum bersedia dengan produk saya”
Jika posting mereka di forum di “delete”
“Ala.. moderator tu dengki..”
Alasan-alasan diatas adalah alasan-alasan yang menyalahkan pihak lain. Hakikatnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain, kita perlu bertanggungjawap 100% diatas segala apa yang kita lakukan. Ebook anda tak laku? mungkin cara promosi anda tidak betul? mungkin salesletter anda tidak membunuh? atau mungkin ebook anda kurang berkualiti? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda berputus asa dan terus menyalahkan orang lain.
Proposol JV anda tidak diterima.. mungkin cara approach anda tidak kena? Mungkin offer anda berat sebelah dan tidak “win-win”? Mungkin kelebihan serta manfaat yang anda tawarkan tidak mencukupi? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda berputus asa dan terus menyalahkan orang lain.
Produk anda kurang sambutan.. mungkin kaedah pemasaran anda tidak tepat pada golongan sasaran? Mungkin usaha promosi anda masih belum meluas dan berbaloi? Mungkin pasaran perlu di didik terlebih dahulu mengenai produk anda? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda berputus asa dan terus menyalahkan orang lain.
Posing anda di delete.. mungkin gaya bahasa anda kurang menyenangkan? mungkin posting anda penuh dengan unsur-unsur pengiklanan? atau mungkin posting anda salah tempat? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda terus-menerus menyalahkan orang lain.
Pendek kata… apa-apa masalah, kekurangan ataupun kegagalan yang anda hadapi.. semuanya adalah berpunca dari diri anda sendiri dan anda perlu bertanggungjawap keatasnya 100%!. Jangan sesekali mudah putus asa dan mengambil jalan singkat dengan menyalahkan orang/pihak lain. Seperti pasaran tak bersedia, kerajaan tak membantu, maling list tak berguna, otai-otai yang tidak membantu , rakan partner yang mengkhianat dan sebagainya… Sedarlah, anda tidak akan kemana-mana dengan sikap sebegitu..
Sekarang nilai balik segala kegagalan anda sebelum-sebelum ini?… adakah anda menyalahkan diri anda sendiri atau anda menyalahkan pihak lain?..
Mari kita renung-renungkan bersama…
p/s:- Soalan yang saya sangat suka tanya pada diri saya sejak kebelakangan ini.. “Mengapa saya masih belum menjadi jutawan pada waktu ini…. mengapa?”..
Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]