Siapa nak bertanggungjawap?
Wah! Nampaknya saya sudah pecah rekod.. hampir 2 minggu blog ini tidak diupdate. Mesti ramai pembaca yang sudah lari.. inilah akibatnya jika menulis “just for fun”… suka-suka je tulis… dan suka-suka je tidak menulis.. tak mengapalah. Abaikan saja perkara tersebut.
Sekarang ini saya sedang cuba menghabiskan beberapa buah buku.. masih ada 8 buah buku lagi yang telah saya beli sejak dari tahun lepas… tapi sampai sekarang tak baca-baca. Jadi, salah satu azam saya untuk bulan ini, ialah menghabiskan kesemua buku-buku tersebut.
Antara buku yang saya tak sabar-sabar nak baca..
- Marketing 101 (terhenti separuh jalan sejak tahun lepas, sampai skang tak sempat nak sambung2, tapi banyak info dalam buku ini telah saya gunakan untuk projek “setbersalin.com” dan hasilnya memang “marbeles” )
- Wealth Building 101
- Myth Mastery
- Duct Tape Marketing
- The Science of Getting Rich
- The Ugly Truth About Small Business
- Saya tidak mahu kaya tetapi harus kaya
- Agama, Bisnes & Pengurusan
Dan sekarang ini saya sedang membaca buku “Self Made Millionaire” & juga “Millionaire Mind”… (yer.. yer.. saya tahu, saya ketinggalan.. orang lain semua dah khatam buku nie sejak 3-4 tahun lepas lagi. Patutlah saya masih tidak menjadi jutawan lagi. Kalau saya baca buku nie 3 tahun lepas.. mesti skang saya dah jadi jutawan dah skang nie.. Oh!).
Kedua-dua buku ini, saya rasa memang tepat pada waktu saya membacanya.. iaitu pada awal tahun 2008. Memang betul-betul membakar semangat serta azam saya untuk tahun baru ini.
Satu tips yang paling saya suka dalam buku “Self Made Millionaire” ialah mengenai 9 “mind setting” yang perlu ada di dalam diri jutawan. Salah satunya ialah tentang memikul “100% tanggungjawap”.
Ramai orang lebih gemar menyalahkan sesuatu berbanding diri mereka sendiri apabila mereka tidak berjaya melakukan sesuatu perkara. Contohnya..
Jika ebook mereka tidak laku.. mereka akan berkata..
“Orang tak suka baca ebook, sakit mata tgk komputer lama-lama, orang lebih suka baca buku betul.”
Jika proposol JV mereka tidak diterima..
“Alaa… dia tu berlagak.. mentang2 dia dah femes, manalah nak JV dengan gua nie.”
Jika produk mereka kurang sambutan
“Hmm.. saya rasa pasaran masih belum bersedia dengan produk saya”
Jika posting mereka di forum di “delete”
“Ala.. moderator tu dengki..”
Alasan-alasan diatas adalah alasan-alasan yang menyalahkan pihak lain. Hakikatnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain, kita perlu bertanggungjawap 100% diatas segala apa yang kita lakukan. Ebook anda tak laku? mungkin cara promosi anda tidak betul? mungkin salesletter anda tidak membunuh? atau mungkin ebook anda kurang berkualiti? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda berputus asa dan terus menyalahkan orang lain.
Proposol JV anda tidak diterima.. mungkin cara approach anda tidak kena? Mungkin offer anda berat sebelah dan tidak “win-win”? Mungkin kelebihan serta manfaat yang anda tawarkan tidak mencukupi? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda berputus asa dan terus menyalahkan orang lain.
Produk anda kurang sambutan.. mungkin kaedah pemasaran anda tidak tepat pada golongan sasaran? Mungkin usaha promosi anda masih belum meluas dan berbaloi? Mungkin pasaran perlu di didik terlebih dahulu mengenai produk anda? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda berputus asa dan terus menyalahkan orang lain.
Posing anda di delete.. mungkin gaya bahasa anda kurang menyenangkan? mungkin posting anda penuh dengan unsur-unsur pengiklanan? atau mungkin posting anda salah tempat? Mengenalpasti kelemahan diri serta memperbaiki diri sendiri itu lebih mudah daripada anda terus-menerus menyalahkan orang lain.
Pendek kata… apa-apa masalah, kekurangan ataupun kegagalan yang anda hadapi.. semuanya adalah berpunca dari diri anda sendiri dan anda perlu bertanggungjawap keatasnya 100%!. Jangan sesekali mudah putus asa dan mengambil jalan singkat dengan menyalahkan orang/pihak lain. Seperti pasaran tak bersedia, kerajaan tak membantu, maling list tak berguna, otai-otai yang tidak membantu , rakan partner yang mengkhianat dan sebagainya… Sedarlah, anda tidak akan kemana-mana dengan sikap sebegitu..
Sekarang nilai balik segala kegagalan anda sebelum-sebelum ini?… adakah anda menyalahkan diri anda sendiri atau anda menyalahkan pihak lain?..
Mari kita renung-renungkan bersama…
p/s:- Soalan yang saya sangat suka tanya pada diri saya sejak kebelakangan ini.. “Mengapa saya masih belum menjadi jutawan pada waktu ini…. mengapa?”..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Rezeki masing2 … hanya tuhan yg maha mengetahui. Pengasas resepi KFC pun hanya berjaya selepas umur 60 Tahun!
Teruskan usaha Shuth. Ikut hukum alam, usaha tangga kejayaan. May be boleh cuba cara memenuhi impian ikut buku The Secret.
Jika direnung2kan, banyak kelemahan yang masih belum saya perbaiki tetapi tahun 2008 ini saya sedang memperhalusi kerja saya dan memperbaikinya sedikit demi sedikit..
Terima kasih atas nasihat yang diberikan..
saya masih belom jadi jutawan sebab saya suka berbelanja… dapat je duit lebih nak beli sofa baru, nak tukar tv flat screen 48inc, nak upgrade pc, nak tukar sport rim kete, nak tambah bini baru…huhuhu
oh, sukarnya membendung nafsu…
Tajuk di atas ada kesalahan ejaan. Bertanggungjawab, bukan bertanggungjawap. Harap maklum.
Heh..
Banyak betul buku yang nak di baca tu shuth… shuth kalau boleh post la ulasan mengenai buku-buku tersebut tentu menarik.
Nak senang, kenela susah dulu. Barula berharga.
a’a la bro. ulas2 la pasal semua buku yg dh baca yek. boleh kita kongsi2. hehehe… sapa yg nk bertanggungjawap?
best la ulasan berkenaan buku yang bro shuth baca tuh…
terima kasih kerana sudi kongsi2 ilmu tersebut..
tq…
jadilah insan yang bertanggungjawab..
mungkin lobang lom jumpe lagi
salahkan orang lain?
ni biasanya jalan terakhir nak elakkan dari mengakui kelemahan diri sendiri…
tak heranla kalau apa yang berlaku asyik salahkan orang lain…
org yang taknak bertanggungjawap pd dri sendiri adalah orang yang tak matang.!
Semoga hajat anda tercapai…
Biasalah dalam kehidupan ni banyak menyalahkan orang lain di sebabkan kegagalan sendiri
Semoga berjaya di ucapkan kepada shuth dan juga kepada pembaca blog ini semoga tercapai impian anda semua pada tahun ini. Saya juga akan lebih bertang
gungjawab dan tidak mudah putus asa untuk menjana pendapatan melalui internet dan seterusnya bebas kewangan.
Shuth, artikel ni boleh dirumuskan seperti berikut: “satu jari kita tuding pada orang lain, 4 jari lagi akan mengarah pada diri kita sendiri”. Means, tak salah untuk ‘menyalahkan’ orang lain, tapi biasanya kita sendiri juga banyak ‘salah’ dan kurang (*4 jari). Di sudut yg lain, jangan asyik nak salahkan orang jer.
Mengapa belum jadi jutawan? Haa, jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tapi, untuk mengetahui di mana silap kita, apa kekurangan kita, tak cukup hanya kita soal selidik diri sendiri. Nak tahu kenapa? Cuba search di Google mengenai “johari window”. Anda akan tahu sebabnya.
ps. Off topik sikit. Saya dari dulu asyik tertanya, mana satukah ejaan yang betul:
jawab vs jawap
tanggungjawab vs tanggungjawap
Mana satu yg betul? Atau penggunaannya melihat pada keadaan tertentu?
*Saya tak pernah guna perkataan jawap dan tanggungjawap.
ye, jangan mudah putus asa n jang mudah untuk menyalahkan rang lain di atas kegagalan kita. sepatutnya kita comeout with solution yang dapat membantu kita.
Walaupun dah lama.. Aku nak reply gak la..
Pada aku, benda nie disebabkan aku alpha dan leka..
Dalamam tidak disediakan dahulu..
Yup, bersetuju dengan Shuth, perlu perbetulkan mind setting jika ingin berjaya. Kalaulah dengan mentaliti negatif tersebut ditakdirkan ia berjaya maka mungkin kejayaannya atas dasar ‘pijak kepala’ & men’kondem’ orang lain.
Betulkan Mindset kita dulu sebelum nak berjaya di dalam dunia perniagaan kerana dunia perniagaan ini mempunyai 1001 ragam dan perangai yang perlu dihadapi nanti.
Thanks Shuth!