Satu lagi info menarik yang saya perolehi dari bacaan buku “The Secret Of Self Made Millionaire” tulisan Adam Khoo, ialah mengenai 4 tahap kekayaan.
1) Kestabilan Kewangan
Tahap kestabilan adalah tahap pertama di alam konteks ukuran kekayaan. Pada tahap ini, anda sudah memiliki kedudukan kewangan yang stabil. Maksud kewangan yang stabil ialah, anda masih boleh menyara kehidupan anda selama 6 bulan jika anda berhenti kerja pada waktu ini. Pendek kata, jika perbelanjaan anda sebulan ialah RM2,000… dan anda sudah mempunyai simpanan sebanyak RM12,000. Maka anda sudah mencapai tahap pertama kekayaan ini, iaitu, kestabilan.
2) Keselamatan Kewangan
Pada tahap ini pula, anda sudah mempunyai nilai aliran tunai yang positif yang dapat menampung perbelanjaan keperluan asas kehidupan anda. Pendek kata, anda sudah boleh berhenti kerja dan pendapatan pasif income anda sudah boleh menampung gaya hidup anda yang asas. Tetapi jika anda tidak mahu berhenti kerja, hasil pendapatan daripada perkerjaan makan gaji anda itu, anda boleh gunakan untuk menambahkan lagi portfolio pelaburan anda yang seterusnya akan membesarkan lagi nilai “cash flow” bulanan anda.
3) Kebebasan Kewangan
Kita sering mendengar perkataan “kebebasan kewangan”.. tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?. Menurut Adam khoo, anda mencapai tahap kebebasan kewangan apabila, pasif income yang terhasil daripada aset serta pelaburan anda.. mampu menampung perbelanjaan gaya hidup anda “pada masa kini”. Sudah tentunya, ianya agak subjektif.. setiap orang mempunyai definasi yang berbeza tentang definasi “Gaya Hidup Masa Kini”. Walau apa-apa pun, pada tahap ini anda sudah boleh berhenti kerja dan hidup dengan kehidupan anda yang sederhana pada masa kini (berbanding pada tahap “keselematan kewangan”, anda hanya boleh hidup pada tahap yang asas-asas sahaja.
4) Rezeki Melimpah-ruah (Financial Abundance = Kelimpahan Kewangan?)
Di tahap ini… anda sudah boleh berhenti kerja dan goyang pinggul kaki dirumah sahaja… anda kini hidup di dalam gaya kehidupan yang anda idam-idamkan. Rumah banglo 5 tingkat (pergh!), swimming pool beserta ikan dolphin (fuyoo), keta BMW 7 ketul (waaaahh), helikopter 2 biji (gulp) serta isteri 4 orang beserta 7 orang anak setiap seorang ( ho! ho! ho!)..
Tapi, pada kebiasaannya, orang yang sudah mencapai tahap ini, jarang sekali berhenti kerja dan hanya duduk rileks-rileks goyang pinggul. Mereka akan terus bekerja.. tetapi, mereka bekerja bukan kerana duit. Tapi kerana mereka memang minat melakukan perkara tersebut.
Itulah serba sedikit info yang dapat saya kongsikan bersama anda hasil pembacaan saya. SO.. boleh renung-renungkan, anda di tahap mana?
Kalau nak lebih puas hati.. mungkin anda boleh baca sendiri buku karangan Adam Khoo yang berjudul “The Secret Of Self Made Millionaire” ini, boleh dapatkan secara online di website MPH.. saya pun beli online je haritu.. Kalau cari kat MPH yang berdekatan, memang susah skit nak jumpa. Buku ini stok dia terhad. Oh! kalau nak beli kat web MPH tu.. kena pakai IE, kalau pakai firefox dia tak jalan… tak tahu kenapa..
Ok lah! itu sahajalah untuk entry kali ini.. YOSH!…..
P/s:- ada sesiapa gi youth malaysia kat pwtc esok pagi? I’ll be there..
Fuyooo … tahap satu pun tak lepas lagi. Sedih …
Bila dah kumpul duit, teringin pulak nak belanja. Maklumlah, dah penat kerja. Dugaan betul la!
Ho ho kesemua minda jutawan bercakap tentang perkara yang sama…kesemua mempunyai akaun financial freedom yang sama iaitu…akaun yang mampu menampung gaya hidup….bayangkan setiap tahun anda boleh tukar model jam tangan yang berharga RM40,000.00. Satu jumlah yang payah bagi yg biasa biasa dan suatu pembaziran bagi bagi yang tak mampu. Mereka mampu kerana walaupun keluar duit yang banyak tapi pendapatan tak terjejas langsung….
For me just reward my self for what im have doing to achive things
Bila lah nak mencapai tahap bebas kewangan ni? Penat memikirkan pasal duit ni, tp takper..Artikel ni memberi sedikit kekuatan pada saya. Nak order buku tu dah habis stok pulak..
best..best.. tajuk favourite nie… nmpak mcm senang ajer kan tahap-tahap dia tuh..
tapi realitinyer.. nak capai sesuatu tahap bukan sesenang yang dicakapkan…
wat masa sekarang tahap pertama pun tak lepas lagik ni…
akan terus berusaha untuk capai tahap pertama dan tahap seterusnye..
terima kasih byk-byk pasal kongsi guideline untuk capai kejayaan kekayaan…
lambat lagi kut nak capai tahap2 tu..
Wa aku tahap satu pun tak lepas lagi ni…..
Betul la kata benjol, tahap satu pun tzk lepas lagi. Tapi betul , orang kaya bekerja kerana minat, kita bekerja kerana hendak survive dalam hidup. Tapi sekarang, perniagaan internet adalah minat saya dan mana tahu boleh jadi orang kaya yang istiqomah melalui perniagaan internet.Doakan saya ye..
Insya-ALLah. Sebelum 27 tahun. Boleh dan Yakin punya!
hm… tahap kekayaan sy? hohoho.. on the way ke tahap 1 baru… semua pasti impikan tahap goyang menggoyang kan? ye la.. wat masa ni utk mengejar tahap 1 tu pun masa merupakan faktor utama kena amik kira. Sbb ada senior sy yg baru grade baru pnjang akal langit tinggi rendah sbb dia betul2 dpt feel mksd ” apabila lapang sebelum sibuk”
P/s: mcm manan dgn youth? update la bro
to kuasadua >> buku tu memang selalu abis stok, order je.. kalau tak order.. lagilah lama diorang akan ambik stok. kalau nak tunggu dia ada stok abru nak order.. nampaknya, seminggu sekali lah kena jgk website MPH tu..
to ahib>> pasal youth tu.. tak banyak gambar saya ambik.. so rasa macam malas pula nak cite.. bagi yang masih lum tahu.. pemenang bagi youth dotcom search ialah website shoutmix.com , esok saya cuba cari kat suratkhabar.. ada ke tak cite pasal benda nie.. ramai juga wartawan yang turun tadi..
bagi saya pula kekayaan adalah kelapangan hati tanpa ada perasaan resah.
Terasa hampeh bila pikir pasal kewangan nih, manakan tak, tahap satu pun tak lepas. Nk pegi tahap satu pun ntah bila, tahap kedua lagi la
untuk mempunyai kebebasan kewangan, kita kena ukur cara berbelanja. Kalau pendapatan sejuta sebulan pun, tapi berbelaja bulanan 2 juta sebulan, sampai kiamat pun tak dapat kebebasan kewangan..Ni lah pentingnya sifat zuhud dalam diri.
Pingback: cara nak kaya, cara nak jimat, krisis kewangan kronik, cari duit online, jutawan internet
At the same time, perlu sentiada redha dan bersyukur pada tahap kita sekarang , dan teruskan usaha untuk mencapai tahap seterusnya. Dan yg utama, semoga akhirat kita tak tergadai dlm proses tersebut.
the most important think yang saya nampak adalah kestabilan keawangan. yang lain tu akan menyusul.
Pada pendapat saya kejayaan bukannya sebuah pintu, tapi ia sebuah tangga sama macam Adam Khoo kata ada 4 tahap kekayaan yang perlu kita lompat, lompat dan lompat untuk sampai ke puncak. Tapi korang ada tak terfikir kenapa kita tak lepas pun tahap pertama? Asyik tenak je akhir-akhir bulan walaupun income dah sampai 10k, tu tak berhenti kerja 6 bulan lagi. Saya rasa cara pembelanjawan & pemikiran kita terhadap wang masih di tahap orang-orang biasa(bagi yang tenak). Pada pendapat saya kita perlu ada minda seorang jutawan dulu baru boleh survive tahap pertama dan tahap-tahap seterusnya, pikir macam Adam Khoo dan belanja macamnya baru hidup pun tak susah.
Apa pendapat korang?
rezeki wang ditangan tuhan…
perlu ada usaha barulah boleh mencapai semua peringkat ini.
Pingback: Jom Join CIMBClicks Game | Blog Afzai Afandi dot com
[quote comment="4837"]perlu ada usaha barulah boleh mencapai semua peringkat ini.[/quote]
usaha tidak akan datang tanpa semangat..
nak jadi kaya senag je. jimatkan duit dari sekarang dan beli pa yang di perlukan sahaja. tentukan yang manasatu kemahuan dan yang mana satu keperluan. we must to differentiate between our WANTS and our NEEDS. contohnya nak beli kasut baru, kasut lama masih lagi ada dan ok, fikir 100 KALI UNTUK BELI KASUT yang baru. Sebab kasut patut di beli sebagai keperluan bukan kemahuan.
think wisely
huh…
semua nak tahap goyang mengoyang tu…
saya pun nak juga…hehe
sapa lah taknak Rumah banglo 5 tingkat (pergh!), swimming pool beserta ikan dolphin (fuyoo), keta BMW 7 ketul (waaaahh), helikopter 2 biji (gulp) serta isteri 4 orang beserta 7 orang anak setiap seorang ( ho! ho! ho!)…
hehe
assalamualaikum semua..
saya nak tanya bagaimana hendak membuka agency?
tq
4 isteri….? ceh…
Pingback: - » Set Blueprint anda