Pejam-celik-pejam-celik.. sekejap je dah nak habis bulan januari, dan percaya atau tidak… pada hari yang ke-30, 90% manusia akan lupa tentang segala azam yang telah mereka buat pada awal januari lalu.
Jadi.. pada hari ini, selain dapat mengingatkan anda, ia juga dapat mengingatkan diri saya sendiri tentang azam yang telah saya buat pada awal januari lalu.
Apakah azam anda? Adakah anda masih mengingatinya? Adakah anda masih berkobar-kobar untuk mencapainya? atau sebaliknya?
Antara beberapa teknik yang boleh digunakanuntuk anda terus mengingati dan mengekalkan momentun usaha merealisasikan azam anda ialah:-
1) Menuliskannya di atas kertas dan menampalkannya di tempat yang mudah dilihat & dibaca.
2) Usah bertangguh dan sentiasa tanya di dalam fikiran anda.. “Apakah yang telah anda lakukan pada hari ini untuk mencapai impian anda?”
3) Dapatkan rakan-rakan yang positif yang menyokong azam anda
4) Sediakan plan yang lengkap untuk mencapai impian & azam anda. Mungkin anda boleh mulakan dengan penamatnya (start from the end) untuk membuat perancangan anda.
5) Sentiasa berfikiran positif dan sedar.. segala kesukaran yang akan anda hadapi hanyalah satu ujian sementara dan anda pasti akan dapat mengatasinya.
6) Sentiasa semak azam anda.. mungkin seminggu sekali?. Sewaktu membuat semakan, tanya diri anda.. adakah anda semakin hampir dengan azam anda? adakah anda sedang menuju kepadanya atau menjauhinya? Mungkin anda boleh pecahkan azam anda kepada beberapa “milestone”.. setiap kali mencapai milestone tersebut.. berikan hadiah kepada diri anda!
Ok! semoga tips ringkas ini dapat membakar semula azam anda… YOSH!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Betul cakap shuth…saya pun dah terlupa azam saya.Bila baca post ini datang pulak idea.Saya nak buat macam ini.Setiap kali saya on pc.Terus nampak azam saya kat pc.
-TakLaku.Com-
pastinya saya mahu azam saya tercapai…
Shuth, kalau tulis atas kertas, gerenti hilang punya.
Cara yg terbaik, tulis azam atas desktop wallpaper.
Gerenti hari2 baca, gerenti tak hilang. Kecuali
kalau kena virus pas 2 kena format. hahaha…
Azam tu penting…. tapi memang betul, tak ramai orang yang ingat azam mereka. pelik tapi benar……….
Yeazzzaaa shuth ho hoo ho tengah nak tengok balik ni ianya berjalan seperti dirancang harap berjaya yosh! yosh !yoooosh!
Aku ingat aje. Sebab apa? Azam aku ada 2 je. Tak susah nak ingat. Tiap2 tahun. Renew je azam tu. Jangan wat azam yang susah2. Make it simple.
Azam pertama … nak bebas hutang … kedua … nak pindah rumah atas tanah … ketiga … nak buat bisnes dr rumah … tu jer … hari2 simpan dlm kepala … siap ada target lagi … setakat ni bulan pertama lum lepas azam pertama … namun saya tidak akan berhenti sebelum kalah …
[quote comment="4841"]Azam pertama … nak bebas hutang … kedua … nak pindah rumah atas tanah … ketiga … nak buat bisnes dr rumah … tu jer … hari2 simpan dlm kepala … siap ada target lagi … setakat ni bulan pertama lum lepas azam pertama … namun saya tidak akan berhenti sebelum kalah …[/quote]
alangkah puas ati semua azam dapat di implement kan..
Adakah aku sudah melupakan azam2 ku?

nampaknya ia masih membakar lagi..
insyaAllah..Saya tulis azam saya kat meja study supaya tak lupa…
Nice topic shuth. The good thing about mission is it can guide you based on your plan. Our mission should be dynamic so that it can cater the needs and current requirement, however, it should be too diverting from our original plan. Just my 2 cents.
Alhamdulillah, setakat ini saya masih melaksanakan perancangan dan matlamat saya.. semuanya masih mengikut jadual.. InsyaAllah saya akan pastikan ianya menjadi seperti mana yang saya impikan..
azam dah lari!!!
so kita kena kejar balik azam tu shuth…
memang ramai yang azamnya hanya tahan sekejap je…
no fokus…
Assalammualaikum,
Betul kata Rammel, buat Wallpaper mengenai azam anda
tapi bila buka mana-mana program, wallpaper tak nampak.
Lekat dekat dinding berhampiran meja komputer. Itulah yang saya buat.
Mengenai azam tu InsyaAllah tercapai.