Archive for January, 2008



01
Jan

Selamat tahun baru

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua pembaca blog mohdsuhaimy.com.

history

Jika menjelang tahun baru, ramai orang akan mengimbas kembali kejayaan serta kegagalan mereka sepanjang tahun 2007, tetapi saya, lebih gemar mengimbas kembali segala usaha saya sejak tahun 2005 dimana saya memulakan langkah membina perniagaan internet saya.

Bagi saya, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki dan pelajari.

Tahun 2008 tidak begitu banyak projek yang saya rancangkan… buat masa ini hanya ada satu sahaja projek mega yang saya rancangkan.. tapi saya tidak pasti adakah ia boleh dilaksanakan pada tahun ini.. mungkin tahun hadapan? kerana projek ini memerlukan perancangan dan perlaksanaan peringkat demi peringkat.

Selain itu, pada tahun ini juga saya bercadang untuk memantapkan semula kesemua website-website serta perniagaan internet yang sedang saya miliki. Terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki.

Masuk tahun baru.. memang tdak terlepas daripada memperkatakan tentang azam. Terus-terang saya katakan, azam saya tahun yang lepas masih lagi tidak terlaksana sepenuhnya.. saya akan bawa & cuba pertingkatkanya pada tahun ini.

Itulah sahaja coretan saya untuk pembukaan tahun baru ini…

p/s:- Oh yer! WC300 sedang dibuka.. jangan terlepas peluang keemasan ini.

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.