yang mana satu?
Jika anda ditanya untuk memilih salah satu daripada 2 perkara berikut.. yang mana satukah yang akan menjadi pilihan anda?
- Antara kekayaan dan juga kebahagiaan?
- Antara keimanan dan juga kemewahan?
- Antara keseronokan mendapatkan pendapatan yang lumayan dan juga keseronokan melakukan sesuatu perkara yang anda minati?
- Antara ketenangan hidup dan juga kemashyuran?
Ok.. pilih.. pilih.. jangan tak pilih….
Apakah pilihan anda?…
.
.
.
.
.
.
.
.
Tahukah anda?… Jika soalan ini ditanya kepada orang-orang yang kaya/jutawan seperti Syed Mokhtar Al- Bukhari, Irfan Khairi, Azizi Ali, Chef Li dan juga jutawan2 yang lain lain…
Maka.. jawapan yang akan mereka berikan ialah….
"Saya akan pilih kedua-duanya".
.
.
"Eeeii.. tamaknya?" ujar pakcik semail..
Sebenarnya, itulah yang membezakan antara orang kaya & orang yang miskin kurang kaya. Orang-orang yang miskin kurang kaya sentiasa berfikiran bahawa mereka terpaksa memilih salah satu, mereka tidak boleh memilih kedua-dua atau kesemuanya.. mereka beranggapan itu adalah sesuatu yang diluar kemampuan mereka dan juga merasakan ianya adalah merupakan sifat orang-orang yang tamak dan tidak reti bersyukur jika seseorang itu menginginkan kesemuanya.
Anda sebenarnya boleh sahaja memiliki kekayaan dan kebahagian sekaligus, anda juga boleh memiliki keimanan dan juga kemewahan. Anda juga boleh mendapatkan pendapatan yang lumayan dengan melakukan perkara yang anda minati. Tidak ketinggalan juga, anda mampu mendapatkan ketenangan dan juga kemashyuran hidup di dunia ini.
Jadi.. mengapa tidak memilih kedua2nya?..
.
.
Adakah anda masih merasakan memilih kedua-duanya itu adalah merupakan jawapan bagi seseorang yang sangat tamak? cinta dunia? dan tidak reti bersyukur?… Sekarang.. jawap pula soalan ini…
Antara kaki dan tangan anda.. yang mana satukah pilihan anda?…
P/s:- Ok! sekarang pilih pula antara elyana dan juga waheeda? oh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

kalau ikut moral of the story, ‘terpaksa’lah aku pilih kedua-duanya – elyana dan waheeda.. kekeke
Antara Elyana dan Waheeda?? Aku pilih keduanya sebab laki boleh kahwin 4.. Hahaha.. Tp memang aku minat Waheeda sebagai artis..
Hi semua,
post kali ini amat menarik. sehingga ‘magnet’nya menarik saya untuk bersama memberi sepatah dua kata (cecewah…).
baik, apa salahnya jika perlu pilih keduanya sekali? hakikatnya, dunia ini memang adil (tidak adil kepada mereka yang lemah. so mereka-mereka ni, toksah la buang masa fikir apa-apa kejayaan untuk diri anda. kenapa? kerana anda mesti tidak akan capainya! kerana anda hidup di planet ini! anda perlu bermastautin di planet lain! planet nameck mungkin???)
berbalik kepada isu kita kali ini…
saya ungkapkannya dengan mudah:
kepada saudara seagama:
jika anda tidak terlepas membaca doa ini saban hari (yang antaranya): ‘Ya ALLAH, berilah daku kejayaan dan kebahagiaan dunia. berilah daku kejayaan dan kebahagiaan akhirat. dan jauhkanlah daku daripada azab api neraka’, hentikanlah membacanya sekarang. kerana anda hanya berbohong kepada diri anda sendiri. (doa itu meminta kita untuk perkejar keduanya dengan baik dan adil). mungkin anda boleh mula membaca doa sebegini: ‘Ya ALLAH, berilah daku apa sahaja yang aku sendiri tak tahu mahu minta…’ aik, tak ke pelik doa tu???
kepada saudara tidak seagama (dan juga seagama):
cuba anda fikirkan ini. sekarang anda ada 1 televisyen di rumah. thank god, aliran masuk pendapatan anda bertambah bulan ini… dan anda bercadang untuk membeli 1 lagi televisyen untuk bilik utama anda. ya, anda mampu lakukannya! nah, tidakkah senario ini sahaja membuktikan kita semua mampu untuk memilih lebih daripada 1??? fikirkan… (saya nak tambah sikit berkenaan dengan poin ini… saya kenal seorang usahawan yang luarbiasa berjaya, sehinggakan beliau mempunyai lebih daripada 3 kereta mewah!!! dan nilai 1 kereta mewahnya sahaja sudah melebihi 1/2 juta!!! nah, realitinya, ada orang yang mampu dan berhak untuk memiliki lebih daripada 2 perkara di dunia ini. malah, lebih 10!)
nak tambah lagi… heheh…
jika anda fikirkan dan resah akan bagaimana jika anda kaya nanti, bimbangkan akan hal jika lupa daratan dan sebagainya yang negatif… hentikanlah memikirkannya. kerana anda perlu sedar, bukan sahaja orang kaya yang berhati busuk sebegitu, malah, orang yang ‘kurang’ juga sedemikian. buktinya, masakan banyak kes-kes kecurian berpunca daripada kesempitan wang. yang pentingnya di sini, adalah, jika anda sampai di tahap itu, anda berhak untuk memilih, samada melakukan hal-hal yang lebih baik, atau sebaliknya. seperti kata Neo dalam trilogi matrix, “life is a choice”. (tetapi, sedarlah, kebanyakan yang kaya, adalah orang-orang yang baik dan bagus pe’elnya. dalam hal ini, saya utamanya salute kepada orang kaya yang tidak putus-putus membongkar rahsia kejayaan mereka agar ia dapat diperkembangkan lagi. yang banyak menderma juga, amat ramai sekali).
PS: wah, sudah lama saya tidak membuat komen sebegini rupa di mana-mana laman. ya, saya amat rindukannya… yang pasti, bila tiba masanya nanti… saya akan ’serang’ laman-laman best nanti. nantilah… heheh… (ha… kan dah cakap, ‘magnet’ post kali ini hebat sekali!!!)
PPS: maaf, ni bukan sepatah dua kata dah… berpatah-patah dah… heheh… gomen ne…
PPPS: sila baca ‘jutawan dari planet jupiter’ dan ‘jutawan ekstrem’. isu ini diperterang dengan sebaiknya dan semasuk akalnya di sana.
oh ya, kedua-dua buku itu adalah hasil tulisan COACH Azizi Ali.
Btol tu.. kita kenalah sentiasa jadi yang terbaik. Tiada istilah tamak dalam hal ni. tamak adahal sikap mementingkan diri. Dalam perkara ini, kita bukan pentingkan diri. Hanya ingin menjadi yang terbaik. seperti yang disarankan agama kita. Semakin hari semakin baik. insyallah..
Kalau nak dua-dua. Mesti usaha sampai dapat kedua-duanya. Kalau cakap je tak guna kan? Kan?
waheeda n elyana..
saya nak kedua2nye le..
hahaha…
pilihan banyak…
bukan satu je..
Contoh2 ni ada pd semua para sahabat ra dan para tabiin.
“Para umpama bintang di langit,jika kamu mencontohi salah satu drpdnya nescaya kamu selamat”
-Lebih kurang bunyi hadis….
Yg kaya-Abd Rahman Auf….
Yg glamour-khalifah….
Yg miskin-Abi Hurirah…
Boleh kaya tapi tak mau kaya-Saidina Umar….
Yg kaya,glamour,tenang-…..????? banyak contoh….
Walau apa pun ke’mau’an gaya hidup anda… akar tunjangnya akidah/iman yg mantap…
Iman adalah ubat mujarab dlm apa jua keadaan…..
“Bertaqwalah kamu dan berusaha kamu kearahnya” – ayat quran
kalau syia.. syia pun akan pilih dua2.. kebahagiaan dengan kemewahan tapi nak mencapai tahap boleh nikmati dan buat keputusan memilih 2 sekali gus tu.. banyak cabaran kene lalui
akan ku pilih yang keduanya..
enjoy dah bersyukur!
Masih banyak yang aku perlu pelajari utk berjaya sebelum betul-betul menghadapi kenyataan dalam dunia perniagaan.
Menarik sekali post kali ini.
Antara Elyana dan Waheeda.Aku pilih Elyana.Setia pd yng satu kot…keh keh keh
Ini ada post yang menarik drp saudara Shafril:
http://www.shafril.com/hampir-dirogol-kisah-benar-dari-us.html#more-75
huhu…
menarik post ni shuth…
pilih dua2 sekali…
baru orang tu seorang yang berjaya…
aku rasa ko silap sket shuth…
patutnya ko jangan bagi jawapan dulu.. try test pembaca blog ko ni.. heheh.. ni memang dah jawapan spesen ler..
he! he!.. takper.. pembaca blog ini semua memang mempunyai “mind setting” yang betul.. kalau tak bagi jawapan awai-awai pun memang semua akan pilih kedua2nya..
lupa nak cakap, pas baca entry ko ni, aku tanya adik dan bini aku.. memang bleh buat modai sembang beb… heheh
>>> waldin
saya amat setuju dengan awak. di tahap mana kita sekalipun, iman jangan dilupa. kita semua perlu sentiasa beringat bahawa mati adalah pasti dan hidup di alam fana ini adalah hanya sementara. hakikat terutamanya, di alam inilah untuk kita mengumpul bekalan yang sebanyak mungkin untuk kesejahteraan hidup di alam-alam seterusnya.
yang pasti, hidup ini seterusnya adalah pilihan. tiada siapa melainkan diri kita sendiri yang akan buat pilihan; yang seterusnya akan menentukan ke mana hala tuju kita…
>>>semua
jom! pilih dua-dua!!!
Assalamualaikum,
Membuat pilihan merupakan cabaran pertama sesuatu keputusan.
Namun begitu ianya adalah yang termudah berbanding pelaksanaan dan penerimaan individu mengenai hasil daripada keputusan yang dibuat (berjaya atau gagal).
Tidak kira berapa banyak pun pilihan yang dibuat atau diberikan, tiada siapa pun berhak melabel seseorang individu lain sebagai tamak, konservatif atau sebagainya.
Kerana keupayaan aku, engkau dan kita semua untuk membuat pilihan sesuatu keputusan adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran dan juga faktor-faktor dalaman.
Antara faktor-faktor luaran ialah pengaruh daripada pilihan orang-orang yang di sekeliling, keadaan yang mendesak mental mahupun fizikal, konsep sebab dan akibat yang telah jelas keputusannya dan faktor-faktor lain.
Faktor-faktor dalaman juga ada banyak seperti ilmu pengetahuan, pengalaman, keyakinan kepada Allah dan kepatuhan kepada agamaNya, intuisi dan kapasiti berfikir individu tersebut dalam menilai baik dan buruk pilihannya itu.
Oleh itu keupayaan aku, engkau dan kita semua untuk membuat pilihan berbeza-beza. Semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t. kerana setiap keputusan yang dibuat oleh kita telah pun ditentukanNya.
Sekian,
Hamba Allah.
Salam Muhibah Semua,
Kekadang kita tak boleh pilih kedua2 sekali… Tengok tempat dan ketikanya lah.
Bagi post kat atas tu ok,boleh pilih 2 dua sekali.
Kalau renung bintang kat langit jangan lupa bumi yang di pijak.Boleh di rasai sekali tapi tak boleh di pandang.. TAPI kalau ada sesiapa boleh buat tu……HEBAT.
Salam
Assalammualaikum,
Jika mahu memilih, saya mahu kedua-duanya dan saya
berharap Allah menguatkan iman saya jika ditakdirkan
perkara di atas terjadi kepada saya. Saya tanya anda balik, anda mahu dunia atau akhirat?
sudah pasti kedua-duanya bukan:) sama la tu
saya sendiri pun akan pilih keduanya. kedua-duanya penting
Semua yang diperlukan di dunia cukup dah puas umur pun dah sabsidi ni tunggu bila bila masa kena panggil . Buat apa lagi nak cari harta dunia. Anak anak dah kerja pun dah boleh hidup sendiri cuma tunggu bila dia orang dapat jodoh. Mak bapak kenalah support hal nikah kawin. Tak de masalah cukup buget.
Saya sedang memantapkan pelaburan yang membawa kebahagiaan hakiki.
Semoga Allah menerima hambaNya ini di alam hidup selepas mati dengan Rohmat dan KeredaanNya. Tanpa RohmatNya saya tak akan bahgia di dunia dan akhirat.
Ingat akhirat, Ingat Akhirat Ingat Akhirat Ingat Akhirat.