Ada orang bertanya.. "Mengapa anda nak jadi kaya sangat? Bukannya boleh bawak ke kubur pun duit banyak-banyak tu!"
Jawapannya.. saya ingin jadi kaya bukan sebab nak bawak duit ke kubur.. tetapi saya ingin tinggalkan semua duit-duit tu supaya ia memberikan manfaat kepada orang lain.
Kepada isteri-isteri.. untuk digunakan sebagai pemangkin kepada keterusan hidup agar tidak megalami nasib seperti kisah ibu malang. Kepada anak-anak agar wang tersebut dapat membantu mereka meneruskan hidup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka. Kepada ibu & bapa untuk mengubat sedikit kesedihan kerana kehilangan seorang anak. Untuk bank & pemiutang-pemiutang yang lain agar tidak menganggu di akhirat kelak kerana menuntut hutang yang tertangguh.
Sekarang tanya pula kepada diri… "Mengapa anda nak mati dalam keadaan miskin?"..
Sudahlah tidak meninggalkan sebarang harta @ kebaikan kepada keluarga .. malah menyusahkan lagi mereka dengan hutang-hutang anda.. nanti orang kata.. "Sudahlah hidup menyusahkan orang.. dah mati pun nak menyusahkan orang lagi!"
Uhh!.. Kan sadis bunyinya tu…
p/s;- Saya pernah lihat kisah si"anak-anak" bergaduh selepas kematian bapanya…. bukan sebab merebut harta.. tapi sebab "siapa yang nak bayar kos batu nisan bapa mereka".. oh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























“Saya pernah menjadi miskin dan pernah menjadi kaya. Lebih baik menjadi kaya.” Sophie Tucker.
“Saya setuju!” Azizi Ali.
“Saya pun!!!” Azam Wahid.
*** petikan daripada buku ‘Jutawan Dari Planet Jupiter’ oleh Azizi Ali. (kecuali quote daripada saya. heheh…
saya pun setuju walaupun tak pernah miskin tapi bila melalui saat tak ada duit ia amat memeritkan dan memedihkan sesapa yg pernah melaluinya saya percaya dia akan rasa…jugak….so lebih baik ada daripada tak ada kalo ada lagi banyak…alhamdulillah
hari ini kalau suami hidup sekadar cukup-cukup makan, bagaimana nak sara anak isteri. sebab itu kenapa kita perlu jadi kaya.
Assalamualaikum,
Aku setuju dan tak setuju tentang kita nak jadi kaya. Kerana kita sendiri yang mendefinasikan apakah maksud perkataan ‘kaya’ itu sendiri.
Sebagai contoh aku merujuk seseorang yang lahir dalam keluarga yang ‘mewah/kaya’, baginya memakai kasut dan pakaian berharga mencecah ratusan ringgit merupakan perkara yang lazim bagi orang yang di sekelilingnya (keluarga,rakan & jiran terdekat). Padanya memakai kasut dan pakaian yang berjenama pereka tertentu yang berharga mencecah ribuan ringgit barulah dianggap ‘kaya/mewah’.
Keperluan seharian seperti kereta, rumah, pakaian, telefon bimbit pada pandangan aku adalah sama dari segi fungsi tetapi relatif dari segi harga. Semuanya bergantung kepada aku, engkau dan kita semua untuk menilai batang pengukur kejayaan diri kita sendiri.
Merujuk kepada weblog di atas, masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita (dan seluruh dunia) ialah masalah penerimaan realiti nasib sendiri atau redha secara ringkasnya.
Kurangnya redha mengakibatkan kurangnya sifat sabar dan ketenangan dalaman.
Kurangnya sifat sabar mengakibatkan ketidakseimbangan emosi seperti marah, tidak puas hati, rasa putus asa dan hasad dengki.
Kurangnya keseimbangan emosi mengakibatkan terlanjurnya perbuatan yang merosakkan seperti bertengkar, maki hamun (dalam konteks tidak bersyukur), perebutan kuasa/harta dan pembunuhan.
Dan apabila terlanjurnya perbuatan yang merosakkan sudah tentu akibatnya kerosakan samaada kerosakan berskala besar mahupun kecil. Kerosakan yang mungkin berlaku boleh disenaraipanjangkan dari pertengkaran sehinggalah kematian dan rosak akidah.
Aku tertarik dengan apa yang pengurus weblog dan rakan-rakannya usahakan. Pada pandangan aku ianya wajar disokong dan aku menyokong penuh selagi matlamat perusahaan belum terpesong kerana takdir Allah mampu merubah segala-galanya termasuk aku, engkau dan kita semua.
Sekian.
Hamba Allah.
Kalau tanya kepada orang beriman pula Kenapa nak Kaya?
Kerana kaya saya dapat menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu Zakat.
Kerana dengan Kaya saya dapat melakukan amal jariah dan Bersedekah.
Bagaimana pula dengan anda.
bagi syia simple je.. lebih baik mati nanti tak menyusahkan orang
Kalau dulu, orang akan pandang serong kalau kita mahu menjadi kaya kerana mereka menganggap orang kaya sombong dan tamak.. tetapi sekarang, kita harus menjadi kaya kerana keperluan dan keadaan hidup pada masa ini, jika tidak siapa yang nak bantu kita.. kalau nak harapkan anak2, belum tentu mereka nak bantu sedangkan mereka sendiri pun hidup susah kerana tak kaya..
Alhamdulillah….memang patut kita kaya…sekurang-kurangnya mak ayah, anak2, adik beradik,sedara mara dan kawan-kawan leh tumpang kekayaan kita dan lebih baik kiranya kita tinggalkan kekayaan kita biar semua orang leh tumpang sekali seperti madrasah, surau, masjid yang kita bina dari kekayaan kita bila kita dah tiada di dunia ini…kaya budi kaya harta…
Cabaran untuk orang kaya amat berbeza dengan orang yg tak berapa kaya. Fair & square. Hanya orang yg pernah melalui & merasai kedua-dua darjat tersebut saja yg tahu menilainya.
Pokoknya pak, niat mesti betul!!!
Menusuk post kali ini bagi segelintir orang.. Hahaha.. Kalau blh kita cuba mengelak hutang..
Assalam Shuth dan semua,
Kaya dengan kebaikan tu ..BAGUS , Tapi kena ingat Allah lah ya..
Kaya dengan keburukan tu .. Jangan di ikut/ di jauhkan tak berkat tu.
Miskin dengan harta tapi kaya dengan budi/Takwa di pandang Allah dan Malaikat.
Miskin harta ,budi buruk…. Minta di jauhkan Allah.
Wassalam
hahaha

tula..
dah mati pun masih nak menyusahkan org lg ..
tak salah kalau kita kaya..
duit akan dimanfaatkan kepada keluarga n mereka yang memerlukan walaupun kita dah takda lagi..
duit byk adalah masalah.
duit takde pun satu masalah.
masalah yang mana anda mahu pilih?
[quote comment="4904"]duit byk adalah masalah.
duit takde pun satu masalah.
masalah yang mana anda mahu pilih? ;)[/quote]
jadilah bersederhana..
itukan yang dituntut..
Assalammualaikum,
Bagi saya pula, Biar seimbang kaya harta dan jiwa.Biarlah jadi seperti Tan Sri Syed Mokhtar
yang telah menderma lebih kurang RM 1 billion melalui yayasannya.
Jika ramai orang kaya seperti beliau, mungkin slot Bersamamu tidak wujud.
Post bro shuth nih ada maksud yang tersirat. yup, sekurang-kurangnya bila dah mati taklah juga menyusahkan orang lain. sekurang-kurangnya bila dah meninggal, isteri dan anak-anak taklah masuk program bersamamu TV3.
Saya setuju pendapat saudara tu kita perlu kaya, sebab jika kita kaya kita dapat membantu ahli keluarga kita dan masyarakat kita yang memerlukan bantuan, samada dari segi kewangan dan pekerjaan. Siapa lagi kalau kita yang sedar ini untuk menjadi kaya..
biar kaya duit, kaya iman, kaya beramal.. makin tunduk makin berisi.
sy tak mau kaya, cuma nak senang jerk..hahahaha..
kaya pun susah…
tak kaya pun susah…
habis tu kenapa tak kaya-kaya lagi…?
tak kaya pun masih tak kaya-kaya jugak…?
tak payah jadi kaya dan tak payah jadi tak kaya…
memang takkan kaya sampai bila-bila…
aku sokong mr.zuL,
duit bukan segaLa-gaLa…
tapi ingat segala-gala perlukan duit,
nothings free in the world,
so, lebih baik kaya dari miskin…
tapi masalahnya ramai orang melayu yang mudah puas hati dengan apa yang ada,
dengan kata lain mereka lebih senang dengan kesusahan mereka…
AkakPokPek ni pun nak kaya, tapi tak kaya2 jugak… :-)Pada kekawan yang dah kaya tu, jgn lupa bayar zakat ye…
slmt pg shuth,
saya suka ayat ni “Mengapa anda nak mati dalam keadaan miskin?”..
memang terasa lah…hehe
mati dlm kemiskinan ni akan menyusahkan org terdekat…
saya pun takut juga kalau kita mati dlm kemiskinan…
Definisi kaya tu penting pada setiap individu.. Jika kaya semata2 untuk berlagak dan menunjuk2 sudah pasti kenikmatan kekayaan tu tidak akan dapat diresapi…
Semoga kita menjadi orang kaya yang beriman..
AMIN..
Eh kaya ke aku??? Kaya senyuman je kot…
macam bapak aku di kampung.. tinggal kat rumah kayu lama,pakai kopiah,hisap rokok daun kekadang..nampak miskin.. kalau bawak kawan-kawan dari Kl balik kg, memang diorang nampak kami miskin.. tapi kalau dia mati tidak menyusahkan anak-anak.. nilai tanah yang dia tinggal tu pun lebih setengah juta. tapi aku berazam kalau boleh tak nak harta peninggalan orang tua bagi kat adik beradik lain jer,nak usaha sendiri..baru anak soleh
misikin & kaya susah
baca posting shuth ni, buat saye nak kaya jer.. tapi bila baca posting2 orang2 kat sini bikin saye rasa tanak kaye plak.. nanti kaya kena kutuk la semua la.. salah ke nak kaya pun.. sukati la kan……
aku nak jadi kaya,ade sesiapa leh tolong
Sy perlu sgt menjadi kaya bkn untuk menunjuk2 tp tuk kesenangan diri sendiri dan keluarga
dapat juga meringankan beban orang2 sekeliling.definasi kaya terlalu sukar untuk dijelaskan
apepun kaya tp kalau lupe akan suruhan allah pown x gune gak..biar x kaya harta tp kaya budi bahasa..hehe(ade orang bole tlg sy x nk kaya)