Percaya atau tidak…
Orang kaya.. sukakan orang kaya yang lain… mereka akan saling mengagumi dan akan saling menghormati…
Manakala..
Orang yang membenci, cemburu serta sakit hati melihat kekayaan orang lain… adalah merupakan orang-orang yang miskin yang sememangnya tidak akan menjadi kaya..
Mestilah.. mana boleh anda boleh jadi kaya jika anda membenci orang kaya dan menganggap orang kaya adalah orang yang jahat.. makan rasuah.. putar belit alam.. dan tamak haloba. Perkara ini, akan menyebabkan fikiran anda secara tidak sedar akan mengatakan.. apabila anda kaya.. anda akan menjadi orang-orang yang seperti itu.. yang tamak, makan rasuah dan sebagainya.. Oleh sebab itu.. minda anda tidak akan membiarkan diri anda menjadi orang yang kaya walaupun hati anda meronta-ronta inginkan kekayaan. Sekaligus.. anda tidak akan dapat menjadi kaya sampai bila-bila… selagi mana tanggapan di fikiran anda tidak diperbetulkan..
Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang membenci bos mereka… dan menganggap semua tindakan bos mereka adalah silap, tak betul dan suka menindas. Orang-orang seperti ini tidak akan berjaya menjadi bos sampai bila-bila sehinggalah mereka memperbetulkan semula tanggapan dan minda mereka terhadap orang yang bergelar BOS.
Jadi.. mari kita fikir-fikirkan.. pernahkah anda membenci orang yang telah berjaya?
P/s:- Sewaktu dr. irfan khairi mula-mula muncul di khalayak umum dan memperknalkan diri beliau sebagai seorang jutawan internet sewaktu masa dahulu.. ada juga yang tidak berpuas hati dan membencinya dan mengatakan ianya adalah penipuan semata-mata.. apa lah agaknya nasib orang-orang itu sekarang yer.. dah jadi jutawan internet jugak ke?
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Biasalah tu, memang ramai yang berfikiran dan ada mentaliti macam tu, sebab dengkikan dengan kejayaan orang lain, sedangkan diri mereka tidak langsung berbuat apa untuk majukan diri sendiri.Bagi saya lebih baik kita cemburukan dengan kejayaan orang lain yang jadi kaya, untuk jadi pembakar semangat kita untuk berjaya jugak, cemburu bentuk positif.
Patut laa aku semakin suka kat kau Shuht…rasa rasanya aku pun dah macam nak dapat hasil dalam biz online kot…
dengan perkongsian saudara shuth,bermula dengan buku mas kahwin, saya mula menyusuli perkembangan saudara melalui wang cyber.. terima kasih saya ingin ucapkan walaupun tanpa pengetahuan saudara, saya telah jadikan saudara sebagai mentor saya..
saya setuju sangat dgn post shuth ni…
saya selalu dengar orang cakap “dia ni kaya sebab jual dadah”
nampak sangat negatif…
apa salah nya kita berkawan dgn org kaya tu…minta tunjuk ajar ke…
mana lah tahu kita pula yang kaya…
be positif lah…
han
sekali lagi anda memberi pengajaran yang amat bagus buat semua.
terima kasih Saudara Shuth.
yang hanya saya lihat, soal mindset. setkan minda anda lebih kepada perkara-perkara postitif. insyaALLAH, yang positif juga akan kembali…
dalam Islam, tiada masalah langsung untuk menjadi kaya (pastikan juga beriman). kerana Islam itu sendiri membangun dengan mereka-mereka yang kaya. semua saling memerlukan. dan soal saling memerlukan inilah yang perlu kita fahami sebaik mungkin. insyaALLAH, aminnn…
Depend , bagaimana kalau memang betul orang kaya dan bos tu jahat? tak betul? songlap ? penipu?
But tak sepatutnya kita kata semua orang kaya itu jahat kan? atau bos itu tak betul kan?
why not kita tak kata “aku nak jadi jadi kaya macam Osman Bin Affan” atau pun contoh terdekat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari tapi “aku tak nak jadi kaya macam x macam y tu yang jahat” .
Betul tak?
tapi… setahu saya, tak semua orang kaya suka sesama mereka…ada juga yang saling membenci..
Hehe..manusia. Bila saling membenci, apa pun tak jadi..
Ya..
ermmm,,,,
Yang kaya kalau bijak gerenti bertambah la kekayaan tu kan…
Sekadar pandangan saya sahaja..
tetapi tidak semua yang miskin akan kekal miskin…
Yang miskin boleh kaya jika ada usaha
Yang kaya memang dah kaya…
Jika sudah kaya tapi tidak pandai mengurus kewangan mungkin boleh jadi macam si miskin yang hendak berusaha tu kan???
P:S Golongan biasa2 je
kalau orang kaya..gaya hidup penuh kemewahan, hilang nikmat jugak.. lebih baik hidup gaya sederhana… contohnya,seorang ternama dipandu di belakang limosin,melalui kawasan orang jual cendol, meleleh air liur nak makan cendol..hati kata nak makan cendol..meronta-ronda suruh pemandu menekan pedal minyak.. tapi ego kata. tak boleh, jatuh Standard, maka tak jadi jugak orang besar itu nak makan cendol hari tu.. meleleh air liur saja.. cendol sedap beb!!rugi tak makan.. apa-apapun,hidup sederhana baru tak hilang nikmat dunia.
[quote comment="4959"]Patut laa aku semakin suka kat kau Shuht…rasa rasanya aku pun dah macam nak dapat hasil dalam biz online kot…[/quote]
bro.. suka yang macam mana tu?? hehehe jaga-jaga.. yup buatlah biz online bersungguh-sungguh.. nanti boleh jadikan mHariz sebagai boss.
[quote comment="4974"]kalau orang kaya..gaya hidup penuh kemewahan, hilang nikmat jugak.. lebih baik hidup gaya sederhana… contohnya,seorang ternama dipandu di belakang limosin,melalui kawasan orang jual cendol, meleleh air liur nak makan cendol..hati kata nak makan cendol..meronta-ronda suruh pemandu menekan pedal minyak.. tapi ego kata. tak boleh, jatuh Standard, maka tak jadi jugak orang besar itu nak makan cendol hari tu.. meleleh air liur saja.. cendol sedap beb!!rugi tak makan.. apa-apapun,hidup sederhana baru tak hilang nikmat dunia.[/quote]
eh? bukan boleh suruh driver tu tolong belikan ke?.
betul tu shuth tapi…emm.. kalau suruh driver beli dapat “nikmat deria rasa” jer, tapi kalau berenti,order cendol sendiri,sembang-sembang sikit.. nikmat deria rasa dapat dan nikmat “hati” pun dapat jugak iaitu dapat bermesra dengan semua orang.
Cerita pasal nikmat nie.. saya rasa ia terpulang kepada individu masing2..
ada sesetengah orang.. dapat makan cencol tepi jalan itu adalah satu nikmat yang terindah..
ada sesetengah orang pula.. dapat sarapan pagi di australia dan makan malam di eifel tower di paris itu pula… adlaah satu nikmmat yang terindah..
setiap orang mempuyai deria “nikmat” yang berlainan.. orang kaya lain nikmat dia.. orang miskin pun lain nikmat dia..
apa-apa pun.. kena sentiasa menyukuri segala nikmat yang Allah bagi..
Bagi orang kaya, yang dapat makan pagi di australia dan dimenara eifel tu, bagi diorang perkara tu biasa, anytime boleh pergi,anytime boleh makan. tapi nak makan cendol tepi jalan tu yang susah,kalau sanggup makan cendol tepi jalan lebih sinonim maknanya seseorang itu sanggup turun padang.
Bagi kita yang tak pernah sampai disitu sahaja berasa nikmat yang amat sangat,mendapat gambaran seperti syurga yang sebenar-benarnya(senyum). Bak kata Syed mokhtar albukhairy,rumah banyak pun, dapat tidur satu rumah jer satu malam,makanan sedap macam mana pun, paling tinggi 4 pinggan jer satu hari.
sekadar komen jer shuth
err.. makan malam di eifel tower biasa?. maaflah tapi saya rasa ia tidak begitu.. eifel tower hanya ada satu je di dunia.. manakala gerai cendol di tepi jalan pula tak terkira banyaknya.. dan saya tidak rasa orang kaya akan merasakan minum cendol di tepi jalan sebagai satu nikmat yang sangat terindah dan perkara yang luar biasa…
Jangan lah disebabkankita tidak kaya lalu kita mencipta alasan untuk “menyedapkan hati” dengan berkata.. orang kaya tak boleh makan cendol.. orang kaya tak boleh makan kedai mamak.. orang kaya tak boleh makan durian di kebun.. dan sebagainya.. pada pandangan saya itu hanyalah “alasan” untuk menyedapkan hati sahaja.. dan tanpa kita sedari ia sebenarnya sesuatu yang merbahaya..
sebabnya? apabila kita dah rasa sedap hati dan selesa.. ia akan membuatkan diri kita tidak mahu berusaha dan akhirnya tidak akan menjadi kaya sampai bila-bila.. dan sudah tentu… orang2 ini akan berkata pula.. “ala tak kisah tak kaya pun.. yang penting hati senang”.. lihat? mereka akan membuat alasan “menyedapkan hati” lagi.. jangan ingat semua orang kaya.. hati mereka tidak senang… lihat syed mokhtar.. saya rasa hati dia lebih tenang daripada orang-orang yang duduk di rumah pondok ataupun rumah teres..
Maaf lah yer jika pendapat saya agak bertentangan dengan anda.. tapi pada pendapat saya.. ayat yang mengatakan “orang kaya hilang nikmat nak minum cendol tepi jalan” itu.. hanyalah “alasan penyedap hati” sahaja dan ia kurang elok untuk diamalkan….
Apa-apa pun saya hormati pendapat dan pandangan salihin.. no hard feeling.. saya faham.. setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing2.. terpulang pada kita bagaimana kita mahu berfikir.. itu hak kita masing2..
p/s:- tadi saya lalu di depan gerai cendol & rojak tepi jalan berhampiran rumah saya.. nampak ada kereta honda accord dan juga kancil perking sebelah2.. tak pastilah siapakah yang lebih kaya antara mereka?.. mungkin si pemilik kancil itu malas nak bawa kereta bmw 5 seriesnya .. maklumlah.. dekat je.. so naik kancil jerla..
Komen Shuth di atas sama dgn komen saya di blog SaifulSham. Miskin atau kaya adalah PILIHAN. Pilih yg mana anda mahu. Tapi satu jer yg perlu kita ingat. Once kita dah pilih yg mana kita mahu, jangan sesekali menuding sesuatu yg tak patut kepada orang lain yg berbeza pilihan dengan kita. Kenapa? Sebab kita dah pilih yang tu, kenapa tak selesa dengan pilihan orang lain pula? Kalau tak suka, mengapa tak pilih sahaja seperti orang tersebut?
Kekayaan adalah rezeki dan rahmat daripada Allah. Sebaliknya miskin tak semestinya bermaksud akan bahagia. Kedua-dua keadaan ini (kaya dan miskin) adalah ujian daripada Allah. Tak ada ayat Al-Qur’an dan Hadits pun mengharamkan kekayaan atau kemiskinan. Tapi yg diharamkan ialah syirik kepada Allah.
Si miskin atau kaya, kalau dia dah syirik dan membelakangkan hukum Allah, kedua-dua si miskin atau kaya ini tetap mendapat kemurkaan Allah, sama sahaja. Jelas, tak ada beza miskin atau kaya dalam Islam. Yang berbeza ialah isi hati, iman, amal dan taqwa.
Kita perlukan orang kita berfikir sebegini. Faham konsep asas miskin dan kaya. Barulah tak ada tuding menuding. Kita mesti ingat. Apabila kita tidak berpuas hati dengan kekayaan seseorang, secara tidak langsung kita tidak selesa dengan kurniaan Ilahi kepada si kaya tersebut. Orang yang kaya, layak mendapat harta yang banyak setimpal dengan usahanya (jutawan skim cepat kaya tak termasuk di sini).
Akhir kata, pilih mana satu jalan yg anda mahu: KAYA atau MISKIN? Dah pilih satu, jalanilah hidup sebaik-baiknya. Usah menuding jari dan hiduplah aman dan harmoni antara satu sama lain.
Wassalam.
stuju…tetangga saya juga begitu…
komen saya bukan untuk menidakkan pendapat orang lain,jauh sekali untuk menganggap salah pendapat orang lain. pendapat saya sekadar untuk “MEMERIAHKAN” Lagi pendapat orang lain. Saya rasa saya betul dan anda jugak betul. apa yang saya serita itu adalah sebuah cerita,bukannya fakta. saya setuju apa yang shuk cakap tentang makan durian di kebun tu.. Pernah jugak dulu Datuk Shukri bekas pengrusi ARB makan durian rumah bapak saya di kampung.
Mentaliti saya bukan seperti yg digambarkan oleh anda..cuma saya nak mengelak daripada bercakap dengan nada ego,meniggi diri,bongkak. Kalau mentaliti saya rendah, masakan saya menyokong my bro menjual 4 ekar tanah untuk memulakan bisnes dia, alhamdulillah projek dia skang mendapat hasil.
cc; Tidak salah kita bercita-cita kaya tetapi bercakap dengan nada merendah diri.
kalo ampu bos lelame akan jadi bos..
Salam, hebat rasenya baca Utusan online mengenai kisah suri rumah yang menjalankan biz online hanya dari rumah. memang die seorang yang gigih. Malu juga rasanya kita yang ada kepakaran ini tidak dapat lakukan sebagaimana beliau.
Betul tu..saya akan jadikan 1 inspirasi dan motivasi untuk berjaya dalam bisnes internet..
satu mentaliti ialah,kalau kaya sangat,akan senang kena rompak,dan selalu sangat dengar ialah duit banyak banyak 2 bukan boleh masuk kubur pun.