berapa income anda?

Dulu.. saya pun begitu teruja untuk melihat berapa income yang boleh saya dapat setiap bulan. Tapi lama-kelamaan intuisi itu sudah tidak lagi menghairahkan.. (ceh!.. ayat…)

Pendapatan yang tinggi bukanlah faktor utama untuk anda menjadi kaya dan bebas kewangan.. apa yang lebih penting ialah berapa yang anda dapat simpan (sebelum menjadi jutawan) dan berapa nilai “networth” anda (selepas jadi jutawan).

Tahukah anda.. dikalangan jutawan.. tidak akan ada soalan yang berbunyi.. “Berapakah income anda sebulan?”.. jika anda bertanyakan soalan itu di majlis yang dihadiri oleh jutawan-jutawan .. jelaslah kelihatan anda bukan jutawan (mesti payeeng punya! oh!). Di kalangan jutawan-jutawan.. soalan yang akan mereka tanya ialah. “Berapakah nilai networth anda? @ “Berapakah keuntungan anda?”..

Jika anda tidak percaya?.. anda boleh lihat sendiri “Senarai Jutawan Muda Dunia” , anda boleh lihat.. disitu mereka menggunakan “Revenue” & juga “Estimated Networth” sebagai kayu pengukur kekayaan & kejayaan mereka… tiada langsung disebut tentang “Income”.

Oleh itu, usahlah terlalu taksub dengan jumlah “pendapatan” anda…. ia kadangkala boleh memerangkap anda dengan menjadikan anda berasa “selesa” dan mencukupi, lantas membuatkan anda mengurangkan usaha anda.

Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam ebook “Maskahwin Yang Hilang“.. tidak ada gunanya anda mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan jika perbelanjaan anda ialah RM12,000 sebulan… anda tetap seorang yang boros dan sentiasa tidak cukup wang..

Adakah anda masih fikir jumlah pendapatan itu.. begitu penting untuk anda?

.

.

.

P/s :- Bacaan sampingan, baca kisah suri rumah tangga berniaga di internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 thoughts on “berapa income anda?

  1. Kalau dah kaya, memang terma ‘networth’ akan digunakan untuk melambangkan nilai seseorang itu. Sedihnya, soalan ‘berapa income anda’ akan masih terpacul jika belum sampai tahap standard ‘jutawan’. Apa nak buat … ramai yan masih struggle in life!!! :-(

  2. itulah.. kalau nak jadi jutawan.. kena selalu tanya pada diri.. “berapa simpanan aku sebulan?”… bukannya “berapa pendapatan aku sebulan?..” :D

  3. wah, suami masuk tv, isterinya pulak masuk paper. fuhhhh… lepas ni pulak, satu keluarga masuk encyclopedia lol. Tahniah!!!

    bercerita pasal gaji bulanan…

    alkisah, ada seorang jejaka yg acapkali memeriahkan forum http://www.wangcyber.com, dengan menggembar-gemburkan pendapatan beliau yg beribu² sebulan. x cukup dengan membuka thread untuk menunjukkan pendapatan bulanan beliau pada ahli² wangcyber, asal ada topik melibatkan gaji, dia lah org pertama akan membalas topik tersebut… macam² orang kat internet nih…

    oh ye, saya berubah cara belanja lepas membaca “jutawan dari planet jupiter”… alhamdulillah…

  4. Tahnih Shuth, wife masuk surat khabar.. :)

    Mengenai kisah yang shuth nyatakan kat atas, saya selalu ditanya oleh kawan2 ofis.
    Mcm ni bunyinya, “berapa income ko skang?”. Saya hanya jawab boleh la… Salah ke jawapan saya?

    Lagi pon saya masih baru dgn IM ni, masih bertm

  5. Nthala..nak komen lebih2 pun saya sendiri selalu tak cukup wang..hehehe. Sesungguhnya orang yang kaya ialah orang yang tiada hutang.

    Apa guna wang bertimbun, jika hidup tiada senyum..

  6. perkataan yang mampu di ucap kan “MANTAP”..
    satu family terlibat dalam dunia perniagaan internet mmg mantap..
    tahniah.. tahniah… tahniah…

  7. btoi tu shuth..x guna kalo gaji kita 20ribu sebulan kalo x pandai menyimpan dan melabur di tempat yang sepatutnya. kebanyakan orang sekarang bila dapat gaji tempat pertama mereka melabur di shopping mall…

  8. [quote comment="5013"]itulah.. kalau nak jadi jutawan.. kena selalu tanya pada diri.. “berapa simpanan aku sebulan?”… bukannya “berapa pendapatan aku sebulan?..” :D [/quote]
    lepas ni kena print qoute nih shuth.. tampal kat dinding. :D

  9. memang patutnya kena tanya gitu.. kalo nak jadi jutawan memang patut laa kena tanya berapa banyak ko simpan sebulan2…?

    berapa banyak saya simpan sebulan demi sebulan? saya simpan dan simpan dan kemudian habis gitu je… eh macam mana nak jadi jutawan haaaa….?

  10. Pingback: duit bonus, simpan duit, simpanan hari tua

  11. [quote comment="5037"]memang patutnya kena tanya gitu.. kalo nak jadi jutawan memang patut laa kena tanya berapa banyak ko simpan sebulan2…?

    berapa banyak saya simpan sebulan demi sebulan? saya simpan dan simpan dan kemudian habis gitu je… eh macam mana nak jadi jutawan haaaa….?[/quote]
    ko bukan ke jutawan abd fatah..jutawan mane menyimpan..semua telah melabur..

  12. ntahla aku x keje mane ade income..

    tapi parents aku bagi rm500 tiap2 bulan masuk asb..

  13. gaji bulan2 RM1,000 jer..bayar kete RM460, bagi 0rang tua RM100, minyak kete RM150, ASB RM100, nak belanja lagi RM150..balance RM40..mana cukup..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge