siapa buat siapa?
February 29th, 2008, by shuth

siapa buat siapa?

Jika anda membuat bisnes.. pastikan anda yang membuat bisnes anda.. jangan sampai , bines itu yang membuat anda. Hah!.. camner tu?. Kalau ikut bahasa standardnya .. "working ON your business, not IN your business!."

Mungkin ada yang sudah maklum, dan mungkin ada yang belum maklum tentang perkara ini… kepada yang sudah maklum, anggaplah entry kali ini sebagai ulangkaji.. bagi yang belum…  boleh baca-baca dan fikir-fikirkan.

Sebagai seorang usahawan internet yang "kecil" , sudah pastinya, perniagaan yang dimulakan mempunyai sumber yang agak terhad.  Tiada wang besar.. tiada pekerja.. tiada mesin auto… dan sebagainya..

Oleh itu, semua perkara perlu dilakukan sendiri..  dari membuat website, mencari produk, menghubungi supplier, memasukkan produk dalam website, melayan pelanggan & bakal pelanggan yang kadang-kadang tidak jadi pelanggan, menghantar email, mengambil order, membungkus produk,  menghantar produk, update website, hantar email lagi, semak order lagi, sahkan bayaran  dan sebagainya.

Perkara ini memang normal di awal perniagaan… maklumlah.. nak upah orang lain belum mampu lagi.. jadi, nak tak nak.. kenalah buat sendiri semua. Lagipun, di awal-awal perkahwinan ini, semua perkara itu memang meng"ghairah"kan..  pengalaman pertama lah orang kata.. memang susah nak bezakan antara malam & siang. oh! Jadi.. memang tak kisahlah pun buat semua benda itu sendiri.. best apa?

Tetapi, lama-kelamaan… apabila pelanggan semakin ramai, sudah tentunya, perniagaan anda memerlukan keupayaan "customer support" yang lebih besar. Dulu pelanggan 5-6 orang dalam satu-satu masa.. bolehlah layan dan chat di YM lama-lama.. sekarang pelanggan dah jadi 100-200 orang (dalam satu-satu masa).. kalau 1 orang ambik masa 5 minit untuk chat dilayan .. maknanya..  sehari suntuk masa anda hanya akan digunakan untuk melayan pelanggan sahaja!

Bagaimana dengan kerja-kerja lain seperti update website, urus order, bungkus order, hantar order, makan, minum, sembahyang, tidur & bersatu tubuh (bagi yg telah berumahtangga..oh!) , bermesra & menguruskan anak-anak (bagi yang sudah mempunyai anak) dan sebagainya. Situasi ini akan menyebabkan anda menjadi lambat untuk menguruskan order dan menghantar produk. Akhirnya, pelanggan akan mula naik marah (sebab lambat dapat barang), suami / isteri pun akan mula marah (sebab lambat tidur), anak-anak akan mula marah (sebab lambat jemput balik sekolah), mak bapak pun akan mula marah (sebab dah lama tak balik kampung dan menjenguk!). 

Pada waktu ini, anda perlu sedar… bines anda kini sedang membuat anda… (sambil tangan melambai ke kamera yang macam pengacara misteri nusantara selalu buat tu! )

Kebanyakkan usahawan-usahawan serta peniaga-peniaga kecil seringkali terperangkap dengan situasi ini. Niat asal mereka berniaga & menjalankan perniagaan sendiri , konon-kononnya adalah untuk bebas dari kongkongan kerja 9-5 dan bebas untuk melakukan apa-apa pun di dalam hidup… tetapi, apabila mereka berniaga/bekerja sendiri. Pukul 5 pagi mereka sudah bangun untuk menyiapkan bahan-bahan jualan perniagaan mereka (bangun lebih awal dari orang makan gaji)... kemudian, sewaktu orang pulang kerja pada pukul 5… mereka masih lagi tercongok di gerai/kedai mereka menunggu pelanggan. Pukul 10 malam, sewaktu orang yang bekerja makan gaji sedang lepak-lepak depan televisyen dan dah nak masuk tidur. Dia baru nak tutup kedai dan kemas-kemas kedai. Pukul 12 malam baru balik dari kedai.. kul 1-2 pagi baru tidur. Oh? dimanakah kebebasan yang diidamkan-idamkan? Dari pagi sampai ke malam asyik sibuk menguruskan perniagaan sehingga tiada masa untuk keluarga dan diri sendiri..

Itu contoh orang berniaga sendiri yang mempunyai kedai la..

Untuk usahawan internet pun lebih kurang sama… pagi-pagi bangun.. terus ngadap komputer, dengan tak mandi dan tak gosok gigi lagi.. sibuk tengok order masuk dan uruskan order, kemudian, layan pelanggan dan sebagainya.. kadang-kadang sampai tgh malam pun tak habis-habis layan pelanggan. Maklumlah.. ramai pelanggan lah katakan. Walaupun ia suatu petanda yang baik.. tetapi. untuk jangka panjang, ia bukanlah sesuatu yang elok untuk diamalkan, dan kesan buruknya bukanlah hanya terhad kepada diri anda, tetapi ia akan memberikan juga kesan langsung kepada pasangan anda, anak-anak, ibu-bapa dan rakan-rakan anda.

 

Jika anda bekerja @ menjalankan perniagaan sendiri, tetapi masa kerja & cara kerja anda lebih teruk dan lebih memenatkan berbanding dengan orang yang bekerja makan gaji. Itu bermakna… bisnes anda sedang membuat anda. Bukan anda yang membuat bisnes anda.

Oleh itu, satu "sistem perniagaan" perlulah direka dan dibentuk untuk membolehkan perniagaan anda itu berjalan secara sendirinya tanpa kehadiran anda. Ataupun, kalau tak boleh jalan sendiri pun, jadikan ia separa auto, dimana ia hanya memerlukan "campur tangan" yang sedikit sahaja dari anda untuk terus berjalan.

Antara urusan perniagaan (internet) yang boleh di"auto"kan ialah seperti :-

  • Pengambilan order, sediakan lah borang tempahan di website anda. Elakkan ambil order secara sms atau penghantaran email yang memerlukan anda membalasnya secara manual.
  • Penerimaan Bayaran, gunakan paypal atau merchant akaun dari NBepay (jika mampu)  dan sebagainya untuk mengelakkan anda menyemak bayaran dan mengesahkannya secara manual.
  • Pertanyaan Pelanggan, sediakan borang support / sistem maklumbalas untuk pelanggan membuat sebarang aduan & pertanyaan. Elakkan penggunaan YM ( kalau pelanggan sedikit bolehlah, tapi kalau pelanggan ramai..  habislah.. pada masa itu.. bisnes anda akan mula membuat anda)
  • Penghantaran produk , untuk produk digital, bolehlah buat page auto download selepas pembayaran. Manakala untuk produk fizikal, mungkin anda boleh langgan dan buka akaun dengan syarikat "kurrier".  Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa anda untuk berulang-alik ke pejabat pos. Ini kerana, syarikat kurier tersebut akan datang ketempat anda (rumah/pejabat) untuk mengambil barang-barang yang ingin dihantar.

Itu adalah antara beberapa perkara yang boleh anda "auto" kan di dalam perniagaan anda dan Namun begitu, jika anda ingin betul-betul menjadikan perniagaan anda "auto" secara total.  Cara yang terbaik ialah dengan mengupah orang lain (ambil staff) untuk menguruskan kesemuanya… setel semua… kini anda sudah boleh makan & minum dengan lebih kerap, tidur dan bersatu tubuh dengan lebih kerap, bermesra & bermain dengan anak-anak  dan juga boleh balik kampung dan bercuti pada bila-bila masa!.

Tapi.. yerla.. untuk itu, kenalah pastikan terlebih dahulu bajet & keuntungan perniagaan anda mencukupi… kalau tak nanti.. tak cukup pula nak bayar gaji. pekerja.. :)

Apa-apa pun.. jangan biarkan perniagaan anda membuat anda,  dan jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri (sekali lagi melambai tangan di depan kamera macam pengacara misteri nusantara selalu buat tu)

Yosh!..

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

13 comments Subscribe Comments

  1. By Tina on February 29th 2008

    Nasihat dan peringatan yg amat berguna… :)

  2. tapi camana plak yang menjalankan khidmat consultant cam saya ni memang kena layan pelanggan selalu walaupun depa tak beli hu hu :smile:

  3. Buat masa skang market malaysia memang camni , payment and shipping kena buat manual walaupun produk digital , yer lah guna maybank2u lainlah kalau auto cam nbepay yang bro buat tu, memang sodap arr guna kan?

    Pasal support saya lebih suka guna e ticket dari email .

    >> MMmm , pasal apa post kali ini berbaur sex perkahwinan ? hohoho :D . Oh yer semalam kan malam jumaat tu terbawa-bawa kenangan indah sampai ke blog :p

  4. MCM best NBEpay tu..akan dipertimbangkan nanti..Nanti masuk dalam TO DO list saya untuk 2008,automation..

    untuk maybank & seangkatan dengannya boleh wat auto ke shuth?

  5. memang tahap SX pada post kali ni sangat ketara :D

    yer work on your business, don’t work in your business (pro-kiyosaki betul hehe)

  6. btl tu shuth, nak jadi jutawan mesti kenea kerja keras dulu.pastu da maju boleh upah orang untuk kerja dengan kita. itu yang dinamakan buat duit sambil goyang kaki. pape pun malam jumaat penuh dengan keberkatan..

  7. fuh , jenuh jugak la kalau banyak pelanggan . kalau tak sempat urukan . Dengan tip nie harap dpt beri panduan berguna :)

  8. heehe…. memang nk jadi usahawan kecilan bak kata bro tu mcm mana pun faktor pembahagian masa yang teramat penting. So mcm student amat terikat. anyway utamakn apa yg utama :)

  9. moral of the story, kena rancang dulu..jgn hentam kromo..kan?

  10. Dulu ye. aku banyak wat manual. tapi sekarang, terpakse pakai auto. dah tak larat. dah upah gak kawan jadi customer support. SO far. Memang memula cam tak cukup tdo. Tapi skrg. Oklah, boleh tdo lena sket..

  11. Pendapat yang bernas dan berguna kepada saya yang baru berjinak2 menjalankan perniagaan internet. Kalau boleh bagi lah lagi tip2 mudah untuk mempromosikan website..www.pearlsmart2u.com

  12. Betul lah apa yang suth katakan nih….

    Saya sebenarnya membuat perkara yang salah selama ni….
    Cadangnya nak bebas bekerja, tapi jadik makin sibuk…
    Xda ke website yang sediakan seminar secara online… boleh la orang yang berminat macam saya n xda masa ntuk ke seminar nih mengetahui rahsia menjalankan perniagaan secara online… heee


Add your comment