Archive for February, 2008



11
Feb

kenapa nak kaya sangat?

Ada orang bertanya.. "Mengapa anda nak jadi kaya sangat? Bukannya boleh bawak ke kubur pun duit banyak-banyak tu!"

Jawapannya.. saya ingin jadi kaya bukan sebab nak bawak duit ke kubur.. tetapi saya ingin tinggalkan semua duit-duit tu supaya ia memberikan manfaat kepada orang lain.

Kepada isteri-isteri.. untuk digunakan sebagai pemangkin kepada keterusan hidup agar tidak megalami nasib seperti kisah ibu malang. Kepada anak-anak agar wang tersebut dapat membantu mereka meneruskan hidup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka. Kepada ibu & bapa untuk mengubat sedikit kesedihan kerana kehilangan seorang anak. Untuk bank & pemiutang-pemiutang yang lain agar tidak menganggu di akhirat kelak kerana menuntut hutang yang tertangguh.

Sekarang tanya pula kepada diri… "Mengapa anda nak mati dalam keadaan miskin?"..

Sudahlah tidak meninggalkan sebarang harta @ kebaikan kepada keluarga .. malah menyusahkan lagi mereka dengan hutang-hutang anda.. nanti orang kata.. "Sudahlah hidup menyusahkan orang.. dah mati pun nak menyusahkan orang lagi!"

Uhh!.. Kan sadis bunyinya tu…

 

p/s;- Saya pernah lihat kisah si"anak-anak" bergaduh selepas kematian bapanya…. bukan sebab merebut harta.. tapi sebab "siapa yang nak bayar kos batu nisan bapa mereka".. oh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

05
Feb

yang mana satu?

Jika anda ditanya untuk memilih salah satu daripada 2 perkara berikut.. yang mana satukah yang akan menjadi pilihan anda?

  • Antara kekayaan dan juga kebahagiaan?
  • Antara keimanan dan juga kemewahan?
  • Antara keseronokan mendapatkan pendapatan yang lumayan dan juga keseronokan melakukan sesuatu perkara yang anda minati?
  • Antara ketenangan hidup dan juga kemashyuran?

Ok.. pilih.. pilih.. jangan tak pilih….

Apakah pilihan anda?…

.

.

.

.

.

.

.

.

Tahukah anda?… Jika soalan ini ditanya kepada orang-orang yang kaya/jutawan seperti Syed Mokhtar Al- Bukhari, Irfan Khairi, Azizi Ali, Chef Li dan juga jutawan2 yang lain lain…

Maka.. jawapan yang akan mereka berikan ialah….

"Saya akan pilih kedua-duanya".

.

.

"Eeeii.. tamaknya?" ujar pakcik semail..

Sebenarnya, itulah yang membezakan antara orang kaya & orang yang miskin kurang kaya. Orang-orang yang miskin kurang kaya sentiasa berfikiran bahawa mereka terpaksa memilih salah satu, mereka tidak boleh memilih kedua-dua atau kesemuanya.. mereka beranggapan itu adalah sesuatu yang diluar kemampuan mereka dan juga merasakan ianya adalah merupakan sifat orang-orang yang tamak dan tidak reti bersyukur jika seseorang itu menginginkan kesemuanya.

Anda sebenarnya boleh sahaja memiliki kekayaan dan kebahagian sekaligus, anda juga boleh memiliki keimanan dan juga kemewahan. Anda juga boleh mendapatkan pendapatan yang lumayan dengan melakukan perkara yang anda minati. Tidak ketinggalan juga, anda mampu mendapatkan ketenangan dan juga kemashyuran hidup di dunia ini.

Jadi.. mengapa tidak memilih kedua2nya?..

.

.

Adakah anda masih merasakan memilih kedua-duanya itu adalah merupakan jawapan bagi seseorang yang sangat tamak? cinta dunia? dan tidak reti bersyukur?… Sekarang.. jawap pula soalan ini…

Antara kaki dan tangan anda.. yang mana satukah pilihan anda?…

 

 

P/s:- Ok! sekarang pilih pula antara elyana dan juga waheeda? oh!