Archive for March, 2008

21
Mar

saya dah tahu semua tu.. habislah!

Dalam buku “The Secret Of Millionaire Mind” ada menyatakan, apabila seseorang mengatakan bahawa beliau sudah tahu tentang semua perkara.. maka, ia mengambarkan.. beliau adalah seorang yang miskin dan sombong.

Orang kaya tidak akan pernah berhenti untuk belajar dan menimba ilmu. Mereka sedar, proses pembelajaran adalah sesuatu yang berterusan dan sebab itu.. mereka akan mengakui.. mereka tidak tahu semua perkara.

Berbeza dengan orang yang miskin kurang kaya,  mereka beranggapan mereka sudah tahu mengenai semua perkara.. cakap je apa-apa pun..”aku dah tahu dah semua tu..” . Disebabkan tanggapan dan sikap mereka itu, maka proses pembelajaran mereka akan terbantut, sekaligus.. daya pemikiran serta kekayaan mereka (jika ada) juga akan terbantut.

Menurut T. Harv (penulis buku The Secret Of Milionaire Mind) , anda hanya tahu sesuatu perkara itu apabila anda melakukannya secara rutin di dalam kehidupan anda. Jika anda tidak melakukannya.. anda sebenarnya tidak tahu apa-apa pun mengenainya..  anda mungkin hanya pernah melihat.. pernah membaca.. pernah mendengar dan juga mungkin pernah bercakap mengenainya.. tetapi hakikatnya anda tidak “tahu” mengenainya.

Jadi.. usah berlagak… kalau tak tahu.. cakap je tak tahu.. tak perlu nak buat-buat tahu. Lebih baik makan tahu.. tidak lah nanti terlalu malu.. oh!

Kesimpulannya… usah berlagak dan hormatilah setiap ilmu yang anda terima .. walaupun ilmu itu sememangnya anda sudah tahu dan sudah sedia maklum, anggaplah ia sebagai satu ulangkaji dan peringatan.

P/s:- Ada sesetengah orang sangat sombong dan berlagak lalu berkata..”saya datang dari jauh dan susah payah ke sini, jadi.. sila berikan ilmu yang saya tidak pernah tahu.. ilmu yang saya dah tahu.. saya tak mahu tahu”..

Apa ilmu yang ko tak tahu? manalah aku tahu? budusssss… syoh! syoh! nyah ko dari sini.. Oh!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

18
Mar

3 faktor penentu kejayaan perniagaan anda

Di dalam apa-apa jua perniagaan pun.. terdapat 3 faktor yang akan mempengaruhi sama ada perniagaan itu akan berjaya atau gagal. Tidak kiralah sama ada ia perniagaan konvensional. perniagaan internet, perniagaan mlm mahupun perniagaan jalanan. 3 faktor yang akan saya nyatakan ini, adalah faktor asas..

1) Komitmen Diri

Apabila anda ingin menjalankan sesuatu perniagaan, faktor yang paling utama ialah mengenai diri anda. Sejauh mana anda dapat memberikan komitmen kepada perniagaan anda? Kebanyakkan perniagaan gagal adalah disebabkan oleh kurangnya komitmen daripada pengusaha perniagaan tersebut.

Sebagai contoh, perniagaan kedai roti. Bolehkah anda membuka kedai anda ikut suka hati anda?… Hari isnin anda buka… hari selasa anda tutup.. hari rabu. anda buka setengah hari… tapi kalau rasa-rasa macam malas.. anda tak buka langsung. Kemudian, lain hari.. kalau rasa sangat rajin.. and abuka kedai roti anda dari pagi sampai malam. Esoknya, rasa penat, buka setengah hari.. sebelah petang sahaja!

Oh!.. 2 bulan…. kompem.. kedai tutup terus…

Begitu juga dengan perniagaan internet, khususnya perniagaan yang berasaskan perkhidmatan. Hari ini, layan customer.. sangat cemerlang dan pantas.. esok, lambat sedikit.. lusa.. sebab ada exam.. 2-3 hari tak reply email. Lepas exam.. laju semula… ya.. ini adalah masalah yang seringkali dialami oleh mereka yang menjalankan perniagaan internet sewaktu sedang belajar. Tidak ada salahnya untuk anda menjalankan perniagaan internet sewaktu sedang belajar.. tetapi seelok-eloknya pastikan anda mampu memberikan komitmen yang “sebaiknya”. Kalau boleh, elakkan perniagaan yang berbentuk “servis” (seperti webhosting & training).. kerana perniagaan yang berbentuk servis selalunya, memerlukan “komitmen” yang tinggi. (lainlah kalau anda mampu mengupah pekerja.. itu lain citerlaa..). Customer yang “ganas”…. tidak akan peduli sama sekali apa masalah anda.. anda tgh exam ke? tgh putus cinta ke? mereka peduli apa?…  itu masalah anda.. bukan masalah mereka.. apa yang mereka tahu, mereka bayar anda dan mereka mahukan produk (hak) mereka.. business is business.. if you can’t serve or deliver..  you better not doing a business.. pergh!

2) Produk yang berkualiti

Faktor yang kedua ialah produk. Jika anda berkomitmen tinggi sekali pun.. tetapi jika produk anda tidak bagus! Perniagaan anda pasti akan gagal.

Siapa yang nak beli roti yang masin & keras?
Siapa nak beli pencuci muka yang boleh menyebabkan kulit muka mengelupas?..
Siapa yang nak beli  hosting yang selalu down 24/7?
Siapa yang nak beli webdesign yang buruk dan menghinakan?

Jadi… sebelum anda menjual apa-apa produk.. pastikan produk anda berkualiti!
Bagaimana nak tahu ia berkualiti atau tidak? Ada banyak cara..  boleh gunakan kaedah beta tester, produk review, product consultation ataupun benchmark score.

3) Strategi Pemasaran (Marketing Strategy)

Ini juga adalah merupakan faktor utama yang akan menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu berjaya atau tidak. Strategi pemasaran adalah termasuk kaedah promosi, lokasi perniagaan (bagi perniagaan konvensional) , pembungkusan produk, pengiklanan, pricing, branding dan sebagainya. Saya kira ramai yang sudah tahu tentang perkara ini.

Bagi perniagaan konvensional.. perkara yang paling utama dalam strategi pemasaran ialah.. lokasi.. lokasi.. lokasi..

Bagi perniagaan internet pula.. perkara yang paling utama dalam strategi pemasaran ialah.. promosi.. promosi.. promosi..

Tanpa strategi pemasaran yang baik… tidak ada gunanya anda mempunyai produk yang terbaik di dunia serta komitmen diri yang tinggi menggunung. Ia tidak akan berhasil. Jadi, rangka dan laksanakan strategi pemasaran anda sebaik mungkin.

Ok.. itulah antara 3 faktor penting yang dapat saya kongsikan dimana, ianya akan mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan . Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan dan ambil mudah  3 faktor ini, ia adalah faktor kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalan perniagaan anda.

Sekian..  Takbir!!… (ho! ho!.. baru lepas deman pilihanraya!)

P/s:- Tahukah anda? saya terpaksa mengeluarkan Rm169 untuk mendapatkan tips ini. Dan kini, saya berikan ia percuma kepada anda… istimewa untuk anda sebagai pembaca blog ini!

13
Mar

CadarShop.com @ MHI, TV3

Hari ini, mari kita lihat sedikit sedutan rakaman yang telah disiarkan di TV3 di dalam MHI pada 10 Mac 2008 yang lalu, mengenai seorang surirumah yang menjalankan perniagaan di internet dari rumah , dengan hanya menjual cadar bilik tidur.

enjoy!




Email Subscriber

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda:

Delivered by FeedBurner